Photobucket

Tuesday, March 16, 2010

Umran Adam-My new baby

Pada 11 March 2010 bersamaan 25 rabiulawal 1431H
lahirlah baby boy
di Hospital Pakar An-Nur,Bandar Baru Bangi.
Beratnya adalah 3kg dan
yang bernamaUmran Adam.
Marilah kita melihat photo-photo selama

5 hari berturut-turut.












Tuesday, March 9, 2010

Mandi -manda

Membawa anak berjalan-jalan sambil mandi kolam di persint 9.
Di samping itu kita juga boleh membeli belah disepanjang jalan
berhampiran kolam tersebut iaitu pada hari ahad sahaja.

Ni budak berdua baru turun ke kolam dengan kesejukan.
Lepas tu jangan haraplah nak boleh naik dengan senangnya.

Tengok tu Affan menunujukkan skill dia menyelam mukanya ke dalam air.
Terkejut tengok dia boleh melakukan dengan begitu lama.


Ini satunya cendawan yang mengeluarkan air
yang ada di situ.Ramai yang
suka mandi di bawah jatuhan air itu.

Lagi satu aksi terjunan Affan yang berani sejak
belajar berenang di sekolah.
Adiknya takut-takut......dan hanya dapat lihat jer..

Monday, March 8, 2010

Masakan Hari Minggu




Masakan hari minggu yang dapat aku sediakan ialah kari kepala ikan merah.
Wife still tak larat nak buat kerja berat,masih menunggu masa sahaja nak
bersalin.

Bahan-hahan
kepala ikan merah
bendi
tomato
daun kari
bawang merah,putih dikisar
asam jawa
rempah kari ayam
garam + gula

cara-cara membuat
panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sebanyak 4 sudu besar
(sebab tak pakai santan) dan daun kari.tunggu sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit air yang digaul bersama asam jawa dan tapis.
Masukkan rempah serbuk kari 5 ke 6 sudu(bergantung keadaan air).
Jika air mendidih tambahkan air mengikut kesesuaian kepala ikan.
Lepas tu bolehlah masukkkan kepala ikan merah bersama bendi dan tomato.
Garam dan gula secukup rasa dan tunggu sehingga masak.



selamat menjamu selera.

Friday, March 5, 2010

Hujan


Bahang panas yang melanda negara sekarang tak dapat dielakkan lagi.
Ini mungkin berlarutan ke bulan april atau lebih.
Banyak pokok-pokok yang dah kering dan ada juga yang terbakar akibat kesan tersebut.Sekarang banyak empangan yang dah mula surut takungan airnya.Kita hendaklah berjimat-cermat dalam seharian menggunkan air.

Walaupun ada hujan tapi tak semua tempat,hanya sebahagian sahaja yang turun.Semalam ada hujan sebelah petang di kawasan rumah,ia hanya seketika sahaja.Ini yang menyebabkan lagi panas malam tersebut.
Jika pasang kipas full pun tak memberi kesan dan bagi yang mempunyai econ pula kira ok lah......dapat tidur dengan lena.

Thursday, March 4, 2010

Checkup


3 March adalah hari checkup untuk minggu ke 38.Pagi-pagi dah sampai untuk ambil no giliran yang terawal walaupun
klinik buka jam 9 pagi.Bila pintu klinik dibuka jam 8:30 pagi...tu dia berebut-rebut nak masuk......nasib baiklah
dapat nombor ke -10.
Mungkinkah minggu ni last checkup atau minggu depan
sekali lagi sebelum bersalin......itu semua kuasa Allah.
Aku berdoa semuanya selamat.Tentu abang-abangnya suka jika adiknya keluar nanti.....bertambah meriahlah rumah aku ni.
Old Town Bangi
Memandangkan nak tunggu giliran lama lagi.....aku pergilah sarapan pagi dulu di Old Town White Coffee yang berdekatan.Aku order set sarapan pagi jer....perhhhh!!!! kaw...kaw....kopinya.....best plak....
Menu aku dan wife order
Lepas makan terus sahaja ke klinik sekali lagi......waktu tu baru 2 ke 3 orang jumpa Dr.Aku punya giliran siap jam 11:30 pagi barulah selesai semuanya.
Menurut kata DR. baru jer buka 1 cm laluannya....mungkin malam ni.....mungkiin besok....mungkin lusa...
mungkin minggu depan......itu semua kuasa Allah.Just siap sedia sahaja ....jika sakit terus je datang.
Mudah-mudahan semuanya selamat. Amin.

Wednesday, March 3, 2010

D'tebing


Makan tengahari di cheras di gerai D'Jamel aka. D'tebing.
Kebetulan pada hari ni ramai pulak pelanggan yang datang.
Order seperti biasa dari seorang ke
seorang....waktu menunggu makanan sampai..... ada 2 ke 3 kumpulan sampai lagi.

Masa dah agak lama berlalu!!!!
Tunggu punya tunggu air tak sampai-sampai......yang group baru sampai tu semuanya
dah dapat air......alahai.....apa ni...nak panggil yang ambil order tadi duduk main
area depan kaunter plak....last-last panggil brother yang lain suruh usar apasal
lambat.....
Beberapa minit sampai makanan.....nasib baik sampai....tapi air tak sampai lagi ni....
dahlah musim panas.....bertambah panas waktu tu.....
Dah makan sampai separuh barulah air muncul......ada plak air yang takder straw...
ada plak satu tak dapat.......
bikin panaslah.....ni mesti kalut ramai orang ni...

Tapi puas hati makan walaupun air lambat sampai....memang "berbaloi-baloi" bak
iklan celcom.....tu dia berpeluh tak ingat
makan "Wantan Mee"....dia punya masakan
memang sedap......5 orang order semua sama....kena plak
dengan "air bandung cincau"
musim-musim panas ni....
Nampaknya next time nak pergi kene gerak awal ckit.......

Monday, March 1, 2010

Nasi Ayam Madu Aku



Sabtu,memandangkan wife taklarat nak buat kerja disebabkan
tengah sarat mengandung,aku mengambil alih untuk memasak
tengahari.Menu untuk tengahari tersebut merangkap ke malam
adalah Nasi Ayam Madu.Aku perkenakan minuman oren bersama
nasi ayam madu.Sesiapa yang nak cuba buat bolehlah follow
seperti di bawah.

Bahan untuk nasi
3 pot beras (untuk aku 4 beranak sampai ke malam).
3/4 halia.
2 biji bawang putih.
2 helai daun pandan.
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu besar planta.
secubit ajinamoto.
air paras sukatan beras tadi.

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Memandangkan aku guna periuk letrik..terpaksa tumis dalam
periuk lain dahulu.Panaskan periuk dengan planta tadi.
Kemudian masukkan halia bersama bawang putih yang telah
ditumbuk lumat ke dalanm periuk yang telah panas tadi.
Masukkan daun pandan sekali.Tumiskan sehingga naik bau
dan masukkan garam,secubit aginamoto dan
air(mengikut sukatan paras beras).
Lepas tu tuangkan air ke dalam periuk letrik bersama
beras tadi.Kemudian tutup dan biarkan ia masak.Nasi akan
menjadi kekuning kuningan bila masak nanti dan berbau harum.

Bahan untuk Sos
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia.
1 sudu besar cuka.
garam dan gula secukup rasa
sedikit air.

Cara untuk membuat Sos
semua bahan tersebut dimasukkan sekali dan
dikisar.Rasa sekiranya ada kurang tambah garam gula
mengikut citarasa.
Bahan untuk Sup
Ayam (untuk rebus sahaja)
minyak masak (untuk tumis)
Bawang putih yang telah dikisar.
daun sup (potong halus)
garam/gula secukup rasa.

Cara untuk membuat sup
Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.kemudian
masukkan bawang putih yang telah dikisar tadi.Setelah
naik bau masukkan air(air mesti dapat menenggelamkan ayam).
Kemudian masukkan ayam dan rebus sehingga mendidih.
Jika nak tahu ayam dah masak cucuk peha ayam.
Angkat ayam yang telah masak dan sejatkan untuk digoreng
nanti.Kemudian masukkan garam dan gula ke dalam sup
secukup rasa.Tutup suis dapur dan taburkan daun sup kedalamnya.

Bahan untuk ayam
ayam
kicap
sos tiram
madu

Cara untuk ayam goreng madu
ayam yang telah direbus dan disejat tadi hendaklah di gaul
bersama sos tiram,kicap dan madu.(semua ini bergantung
kepada kita...nak lebih yang mana....aku madulah lebih).
Perapkan ayam tersebut dalam 5 ke 10 minit.Kemuadian goreng
dalam minyak panas.(sekejap
sahaja sebab ayam dah masak).Potonglah ayam tersebut untuk hidangan.

So siaplah jamuan tengahari aku bersama "Nasi ayam madu aku".
Jangan lupa sediakan daun salat,tomato,
timun batang....sebab jika tiada sayur tersebut tak bestlah nak makan.
Terima kasih kepada wife kerana memuji masakan aku...ehhehheh best
plak rasa masakan aku.....

Selamat menjamu selera.....Perhhhhh!!!!best kena bersama air oren dimusim panas ni.


Pada ahad plak aku hanya menyediakan nasi goreng sahaja bersama keropok keping
dan air Oldtown white coffee ais.