Friday, June 20, 2008

Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.

Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-



Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!





Friday, June 13, 2008

Farewell & Birthday Party

Pada 12 jun 2008 satu acara Farewell dan Birthday telah diadakan di site office Mysem pada jam 16:00pm.
Farewell ini adalah buat Lily dimana beliau adalah seorang student practical di process deparment.Beliau telah menamatkan practical selama 6 bulan disini dan beliau akan menyambung pelajarannya kembali selama satu tahun lagi sebelum gred.
Manakala birthday adalah untuk 8 orang pada bulan ini iaitu Wan Sabeng,Sharifah Kamariah,Nazrah,Hilme Bo,Erman,Sab,Hezri dan Fazilah
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Wan Sabeng dan diikuti sesi perkenalan buat 2 orang engineer baru serta ucapan dari Lyli.
Sebelum makan bacaan doa oleh Shahril dan acara pemberian hadiah birthday dijalankan sepanjang makan.
Makanan yang disajikan adalah soto,kek dan beberapa jenis kuih mueh .

Terima Kasih kepada pengerusi majlis dan ajk yang menjayakan majlis ini.



Tuesday, June 10, 2008

Kejohanan Badminton Tertutup MYSEM


Pada 7 jun 2008 satu kejohanan Badminton Tertutup Mysem telah diadakan di Uniten Bangi pada pukul 9 pagi hingga 1 tengahari. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai acara dan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
Kumpulan A
1.Shah bersama Hamdan
2.Zdin bersama erman
3.Pie bersama Sham
4.Yus bersama Amoi
Kumpulan B
1.Matlang bersama John
2.Hisham bersama Sab
3.Fairuz bersama Azni
4.Asbari bersama sujak
Perlawanan adalah secara liga dimana pasukan juara dan naik juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya.
Sepanjang permainan berlangsung,banyak antara pasukan menunjukkan pertentangan yang begitu sengit sekali sehingga membawa kepada game tambahan.
Berikut adalah senarai team yang memenangi acara buat kali ini:
Juara : Shah bersama Hamdan
Naik Juara:Matlang bersama John
Ketiga:Fairuz bersama Azni


TEAM JUARA

TEAM NAIB JUARA

TEAM KETIGA

Wednesday, June 4, 2008

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti
ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka
di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari
lidah api neraka jahannam".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka
membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: "
sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada
yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "

Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.
maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh
pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya
serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu
ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama
sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada
ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh
binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata
iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan
agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik,
kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah