Thursday, August 26, 2010

Kedua UA Demam


Hari ini masuk hari ke-5 Usman Affan demam.Pergi ke tadika pun hanya hari isnin sahaja.Temperaturenya memang tinggi........ sekali sekala temp. boleh mencecah 39++.Waktu yang teruk demamnya adalah waktu tengahari dan malam.Setiap jam terpaksalah monitor temp.terhadapnya.Keadaan tersebut, terpaksalah ibunya dan aku mengambil cuti untuk menjaganya mengikut giliran.

Pada petang semalam ,terima panggilan dari pengasuh mengatakan Umar Aiman pulak deman panas.Ini membuatkan risau disebabkan sejarah sawan yang lalu takut berulang terhadapnya.Nasib baiklah hari tersebut ibunya cuti menjaga Affan demam dan bolehlah menghantar ubat buntut ke rumah pengasuh.Selepas memberi ubat ,barulah temp.nya makin menurun dan panas kembali sebelah malam,terpaksalah bawa pergi ke klinik mintak ubat.

Pagi ini bawak kedua-duanya berjumpa ustaz mintak air tawar.Harap-harap besok Usman Affan boleh kembali ke tadika.Sekarang nampaknya kedua-dua tak boleh duduk diam kat rumah .....biar je dia main bagi berpeluh sikit.

Coretan 26.Aug.2010

Kuih raya-Sarang semut


Tahun ni projek membuat kuih raya sendiri sepenuhmya.Kuih tunjuk-tunjuk mungkin takder langsung,jika ada pun hanya kek lapis sahaja.Buat permulaan atau starting dengan kuih raya sarang semut.Penyediaan untuk membuat kuih ini senang sahaja.
Anak-anak memang suka makan kuih ini,tengok kuih dalam balang tu habis dimakannya.Kira berbaloi-baloi membuat sendiri dari membeli di kedai.Tapi jika nak membuatnya memerlukan masa dan komitmen.
Gambar kuih sarang semut di dalam balang
Kuih sarang semut yang siap untuk di bakar.

Wednesday, August 25, 2010

Beronok buat berbuka puasa


Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.
Semalam berjaya menyediakan beronok seperti gambar di atas,memang menyelerakan.

Saturday, August 21, 2010

Krimer

Buat berbuka puasa hari ini,lama dok makan krimer ni......Selamat Berbuka Puasa semua.

Thursday, August 19, 2010

Juadah berbuka puasa

Inilah kuih yang dihasilkan oleh air tangan my wife buat berbuka puasa baru-baru ini.Rasanya memang best setelah sekian lama tidak merasainya.Namanya ialah buah bom,itu nama panggilan dari Terengganu.Jika di negeri lain entahlah apa namanya.
Yang ni pulak onde-onde atau kuih melaka......Biasa dijumpai pada bulan puasa sahaja.Memang sedap semuanya....terubat masakan kampung.....

*photo hanya hiasan.
photo sebenar blur

Thursday, August 12, 2010

1st day Ramadhan


Alhamdulillah selesai sudah hari pertama berbuka puasa pada tahun ini.1st day puasa aku terkena demamlah plak.waktu tengahari nak solat zuhur dah terketar-ketar kesejukan masa ambil air sembahyang....dahlah econ kat opis tu sejuk tak ingat.Waktu berbuka puasa,mulut nak makan pun tak sedap..terasa tawar jer.....dan terbongkang kejap....melepaslah ke tarawih malam tu.
Malam tu jugak pergi klinik dan Dr. pun offer MC...apa lagi sambar jerlah orang nak bagi.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Itik gantung



Inilah dia itik gantung sebenarnya yang berada di lokasi puchong.

Saturday, August 7, 2010

pizza





pizza sebelum bakar
Pada hari ini belajar membuat pizza sendiri.Recipe diperolehi dari kawan yang bernama KM.Nak membuatnya memang senang jika peralatan mencukupi.
Patutlah harga pizza hut mahal....sendiri buat baru tahu..........hasil buatan sendiri lagi sedap.
Inilah hasilnya
jom makan

Friday, August 6, 2010

Makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan



Acara makan-makan sempena menyambut bulan ramadhan telah diadakan di Tanan Bukit Jalil.
Anggaran dalam 20 0rang menyertainya. Menu utama adalah pizza,spaggetti,ayam bakar serta beberapa menu lain.
Inilah rupa pizza yang belum di bakar lagi....
sebelum makan,menanti ahli-ahli yang terlibat datang.
Sempat lagi layan.....sebelum semua ahli tiba

Ini gambar selepas selesai makan.......bagus semuanya licin

Thursday, August 5, 2010

Birthday anak Sally

Acara makan-makan sempena hari lahir anak Sally di Satey Hj Samuri, Kajang. Jamuan berlangsung selepas tournament bowling di Metro point.
Sedang menunggu satey yang tak sampai-sampai lagi

Wednesday, August 4, 2010

One Utama





Berjalan-jalan di One Utama,Damansara bersama keluarga,sementara menanti pelanggan bisnes sampai.Ini adalah pertama kali jejak di kompleks one utama.Bangunannya boleh tahan besar dan macam-macam kedai yang ada.
Gambar diruang legar,pasaraya dimana ada pameran yang berkaitan dengan TV dan bola sempena Piala piala dunia.
sempat bergambar kejap sementara menunggu ibuya membeli barang di dalam pasaraya.

Foot detox (Tampal kaki)

Foot detox (Tampal kaki) adalah untuk membuang toksin di dalam badan dengan menampal di tapak kaki.
Ini merupakan pic yang digunakan untuk tampal di tapak kaki sebelum kita nak tido.
Hasil tampalan di tapak kaki yang dilakukan sebelum tido.
Tengoklah begitu hitam sekali hasil buangan toksin di dalam badan.

Untuk maklumat lanjut jika anda ingin mengetahui:
Tanda-tanda seseorang itu BANYAK TOKSIN,
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh dan lain-lain bolehlah layari
http://tampalkakitoksin.blogspot.com

Tuesday, August 3, 2010

Bulan kemerdekaan.




Sekarang dah masuk bulan 8 dimana bulan kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia.Pejam celik -pejam celik dah ke 53 kita merdeka.
Tema pada tahun ini adalah “1Malaysia Menjana Transformasi”.
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Sunday, August 1, 2010

Mimos-Bowling


Pertandingan bowling antara dept. telah diadakan di Metro point Kajang pada hari sabtu 31 July 2010.Kesemua 30 lane telah digunakan di dalam pertandingan ini.Seorang akan bermain sebanyak 3 frame dan jumlah kesemuanya untuk menentukan juara individu dan juga dept.
Untuk tahun ini ,kira bernasib baiklah dapat top 1o acara individu.Entah kenapa balingan untuk tahun ini tak menjadi.