Thursday, August 28, 2008

Wednesday, August 20, 2008

Bergambar kenangan di hari akhir Faiz Aizat di MYSEM

Bergambar bersama Faiz Aizat pada hari terakhir perkhidmatan di MYSEM.
Beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.Moga beliau berjaya di dalam bidang yang diceburi kelak.




Tuesday, August 19, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaarak!

Assalamu'alaikum wt,

Untuk semua umat Islam dan para pengunjung khususnya, salam Ramadhan diucapkan.

Moga kita dapat beribadah kpd-Nya yg terbaik, merebut setiap saat di bulan yang penuh dengan limpahan barokah dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Dan semoga kita juga berjaya meraih ketaqwaan di sisiNya daripada madrasah Ramadhan kali ini.

Buat yang jauh , ingatan kami terhadap kalian di sana tetap tersemat di hati.

InsyaAllah sepanjang Ramadhan, irbasmad akan cuba menghidangkan yg terbaik untuk kesegaran sanubari, moga dapat terus memotivasikan diri untuk meningkatkan iman dan amal.


Wassalamu'alaikum

Aktiviti ke Sabah

Pada 9 August 2008,aktiviti ke Kota Kinabalu berjalan.
Kami bertolak ke LCCT pada jam 8:00 pagi.Waktu check-in di kaunter salah satu I/C kami tertinggal.Pihak kaunter tak boleh accept disebabkan, jika sesiapa tiada dokumen untuk ke Sabah tidak akan lepas,melainkan dalam semenanjung sahaja.
Pada waktu tu,memang dah frush habis....dah lah 5 bulan booking tiket online
tetiba tak dapat pergi bersama.

Terpaksalah bodek-bodek dengan penjaga kaunter tu lama supaya lepas,last-last dia accept.Tapi dekat Sabah nanti pandai- pandailah cakap dengan Imigresen.
Tiba di Lapangan Terbang K.Kinabalu dalam jam 12:30pm.Disitu kami telah berjumpa
dengan pegawainya di dalam bilik untuk mengambil pengesahan.
Takderlah susah sangat saja jer dia orang buat gempar....tapi kalau Oversea memang
tak lepas punya.

Dari KK ambil kereta sewa terus ke Kundasang dimana mengambil masa dalam 2 jam 1/2.
Kundasang adalah sebahagian dari kaki Gunung Kinabalu.Disitu memang sejuk berbanding
dengan Cameron Highlands.Kami bermalam satu malam disini.Disekitar itu kita boleh jugak melawat Tea,Sabah,Hot spring dan lain-lain lagi.
Pada keesokannya kami bergerak ke Bandar K.Kinabalu dan ronda-ronda sekitar tempat yang menarik.Pada hari tersebut sempatlah pergi pasar Tamu berdekatan Tabung Haji.Macam-macam hasil jualan disitu tapi malangnya tak lama berjalan anak meragam.
Pada sebelah petang mulalah shooping di Pasar Philipine.Disini penuh dengan perniagaan mutiara.Pada sebelah malamnya ada Pasar Malam pulak.Barangan di situ lebih murah dari Pasar Philipine.

Gambar sekitar K.Kinabalu adalah seperti dibawah.