Tuesday, March 30, 2010

Bumbung Bangunan Dalam Pembinaan UMT Runtuh, Seorang Pekerja Maut

Main runtuh jer ni.....bebaru ni stadium...

KUALA TERENGGANU:
Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.
Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).





Monday, March 29, 2010

Nyamuk Aedes



Bebaru ini ada pihak kesihatan membuat penyemburan nyamuk aedes di kawasan perumahan aku.
Ini gara-gara ada beberapa kes yang telah berlaku termasuklah lorong yang aku duduki.

Nyamuk Aedes dikenali ramai sebagai pembawa virus demam denggi biasa ataupun demam denggi berdarah. Bila sebut je Aedes, semua orang tahu bahawa ia boleh menyebarkan demam denggi. Tapi yang orang tak tau ialah yang mana satukah gerangan nyamuk aedes ni? Nyamuk aedes ada banyak spesies tapi hanya dua spesies aje yang boleh membawa demam denggi (Aedes albopictus) dan demam denggi berdarah (Aedes aegypti).Lain-lain nyamuk aedes ni kalo dia gigit tu memang le boleh menghisap darah tapi setakat rasa gatal-gatal je la.Paling teruk pun rasa sakit...sakit hati sebab dia gigit tapak kaki (susah nak garu)

Nak kenal nyamuk aedes ni senang aje.Sangat obvious la warna nyamuk ni iaitu hitam belang putih dari kepala sampai le ke kaki.Nyamuk aedes albopictus (yang bawak virus demam denggi) ni membiak di luar-luar rumah.Makanya, dia ni banyak ditemui di luar rumah le.Bahagian toraks dia ada satu belang putih menegak berbanding Aedes aegypti (pembawa virus demam denggi berdarah) lebih banyak ditemui di dalam rumah ada lain sikit la corak pada toraks dia nih.Nih hah gambo diorang...yang kiri tu Aedes aegypti yang kanan tu aedes albopictus.



Nyamuk ni aktif menggigit waktu siang tapi time yang dia paling aktif ialah awal pagi (subuh le tu) dan senja (time maghrib le tu).Sebab tu kalo orang pejabat kesihatan pegi fogging antara time 5-7 pagi or petang.Kalo ada company pest control yang datang nak fogging time memalam bute ke...tengahari rembang ke maknanye menipu le tu.Kalo diorang mintak duit tu lagi le menipu sebab pejabat kesihatan fogging secara percuma.Macam tu gak le kalo pihak DBKL ke DBKK ke segala majlis daerah tu pun sepatutnya FREE! Kalo diorang mintak duit tu boleh report.

Demam denggi ni bahaya sebab takde ubat takde penawar.Tapi nyamuk aedes ni senang dikawal.Dia suka membiak dalam takungan air jernih so kalo kat dalam or luar rumah tu ada air bertakung takmo pakai tu,buang je supaya tak jadi tempat pembiakan.Periksa le kawasan kediaman kita paling koman pun seminggu sekali.Cek semua tempat yang terbuka,yang menakung air jernih.Kalo longkang kotor tu bukan nyamuk aedes tapi nyamuk lain.Pendek kata,kalo kawasan keliling or sekitaran rumah kita bersih,insyaAllah takde pembiakan nyamuk aedes seterusnya bila takde nyamuk maka takde le agen pembawa virusnya maka tiadalah demam denggi Ada paham???

Kalo kat dalam rumah tu terpaksa menakung air contoh macam tray bawah peti ais, alas pasu ke, kolah mandi ke dsb nya, make sure kita taruk Abate 1% SG (boleh dibeli di kedai hardware or stesen minyak) ikut sukatan dia. kalo macam alas pasu tu seminggu sekali bersihkan le,gosok biar telur-telur nyamuk yang ada tu terkeluar.Ingat!!!Kitar nyamuk adalah seminggu (minimum). So kalo kita ada menakung air lebih seminggu, nyamuk tu dah boleh membiak lagi.

So, diharap selepas membaca artikel ni kita semua ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama membanteras nyamuk aedes ni supaya kes demam denggi tak meningkat. Denggi membunuh tetapi jika tiada aedes maka tiada denggi.

Saturday, March 27, 2010

Umran Adam

Anakda Umran Adam yang berusia 2 minggu....sekarang dah makin berisi sedikit.....nak mandikan dia pun senang jer.....
Waktu Adam tengah tido-tido ayam ni ambil gambarnya...sekejap celik sekejap pejam.
Pandangan sisi dimana mata dah sedar dari tidur

Kasi zooming dekat sikit



Show all


























Pizza Maggie

Jom makan Pizza Maggie lah plak....tak rasa nak makan nasi

Bahan-bahan
1 bungkus maggie (apa2 perisa)
1 biji telur
1/2 perisa

Cara-caranya
Rebuskan maggie dahulu dan sejat airnya.
Pecahkan telur dan masukkan 1/2 daripada perisanya.
Lepas tu gaulkan sekali bersama maggie tadi.
Panaskan kuali dan tuangkan maggie yang digaul di atas kuali.
Tunggu sehingga masak dan selamat menjamu selera.

Friday, March 26, 2010

Affan deman

Anakda yang sulung iaitu Usman Affan mengalami kepanasan kepala,kadang-kadang tu ada keluar darah ikut hidung.Kejadian macam ni juga pernah berlaku pada diri ku sendiri waktu kecil dahulu.

Semalam lepas balik dari sekolah ada mengadu tak larat penat......dahlah mengalami selesema dengan hidung tersumbat. Kebetulan pada hari tersebut ada kelas swimming, itu yang membuatkan kepala panas tu......dan deman sedikit....suhunya dalam 37.8C.

keesokkan paginya ada jugak terasa panas kepalanya.Aku cakap dengannya supaya tak payah pergi sekolah just duduk di rumah sahaja.Tu dia!!!!!! tak nak jawapannya.....siap pergi mandi sendiri ...tak payah suruh...Kebiasaannya jenuh nak kejut bangun tidur dan terpaksa berdukung ke bilik air barulah nak mandi.


Tengok muka nak tido kejap semasa perjalanan ke sekolah. Sepanjang perjalanan dari Highway Silk sampai ke sekolah Affan tido.....
Aku terpaksa pesan ke cikgunya supaya memberi ubat deman dan selesema selepas makan tengahari nanti.

Waktu balik ambil Affan ,kepala dan badannya ada panas sedikit......waktu dalam perjalanan balik ke rumah nampak Affan macam lemah jer.....rasa kepala semakin panas.
Singgah kejap berhenti di stesen minyak Shell sebelum tol Sg.Besi.....
Aku basuh kepala Affan supaya suhu panasnya turun......ketika itu bibirnya memang merah.....
Lepas tu ada nampak ok sedikit.......semasa meneruskan perjalanan semula,dimana dah nak
sampai di pekan Semenyih nampak Affan tak larat sekali lagi...mungkin suhu makin meningkat.
Apa lagi terpaksa berhenti untuk kali ke-2 di Petronas. Untuk kali ini aku basahkan kepalanya lama sedikit......barulah segar .....

Lepas tu aku terus pecut kereta sedikit supaya cepat sedikit sampai ke rumah supaya dapat check temperature dan boleh mandikan sekali.Dalam jarak 1KM lepas Tesco ada plak berlaku kemalangan antara kereta.....nasib baik baru lagi kejadian tersebut....kalau tak masaklah
tempuh jalan jem....
Sampai di rumah jer terus check suhunya.....rupa-rupanya dan cecah 39.0C. Nasib baik ada stok ubat bontot......bagi jerlah....Dalam 5 minit terus pergi mandi....lepas tu memang oklah suhunya
sebab mandi + ubat bontot.

Lepas maghrib bawa pergi Klinik ambil ubat......sampai di klinik Dr. plak pergi makan.Dalam 30minit jugaklah menunggu.....
Tahu jerlah bawak 2 orang ke klinik,bukannya boleh duduk diam,tak nak ajak mengamuk dibuatnya.Bersebelahan klinik tu ada bukak kedai runcit kecilan....ada plak menjual mainan.Terpaksalah beli pistol tu.....nasib baik RM0.50 sebijik......murahlah plak.

Waktu berjumpa, Dr. mengatakan semuanya OK just minum banyak air.....
dan memberi ubat antibiotik,deman dan selesema.


Thursday, March 25, 2010

Ikan stim

kebetulan ada ikan selar yang agak besar dalam peti ais.Waktu ni memang perut kelaparan.
So fikir apa manu yang nak di masak....
last-last masakan stim menjadi pilihan.

Bahan-bahan
ikan-apa jenis ikan yg sesuai.
2 ular bawang putih-dipotong panjang
sedikit halia -dipotong panjang
Sos tiram
sos ikan
sedikit garam
bendi/tomato
lada jarum -dipotong halus

Cara-caranya.
Gaulkan sos ikan, sos tiram bersama ikan tadi,bahan-bahan lain pun turut sama digaul.
Masukkan ikan tadi di dalam kukusan.....dan tunggu sehingga masak.

Kamera

Photo semasa di kedai Bintang Maju

Camera? dah ada hp punya 3.2 megapixel ...
compact pun ada 2.5 megapixel.
Compact ni seusia perkahwinan aku...
masih lagi elok walaupun menjadi permainan anak-anak.
Sekarang jika zooming ambil gambar kadang-kadang tu, dah tak berapa
sharp gambarnya....tapi dalam keadaan biasa masih cun melecun.

Kini terasa jugak ingin memiliki model SLR yang
kini menjadi pilihan pengguna. Tapi tepuk poket,mengatakan relex dulu....hehhehehhe...
Insyaallah jika ada rezeki adalah tu....
Model apa...Sony...Canon...Nikon....semuanya menarik.....

Model camera dah banyak keluaran terbaru dan megapixel pun makin
meningkat.......so makin bermutulah hasil photo tu nanti....

Tunggu!!!!!!

Nasi Bubur

Terasa nak makan nasi buburlah plak.....balik kerja sempatlah beli telur masin buat makan bersama nasi bubur.

Bahan-bahan
Beras
kentang potong halus-halus
ikan bilis digoreng
telur masin direbus
garam secukup rasa

Caranya
panaskan beras dengan air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih/masak.
Sambil tu masukkan kentang dan garam secukup rasa.
Sementara masak bolehlah goreng ikan bilis dan rebus telur masin.
Jika nak adaUmmps buatlah cili potong bersama kicap.
Barulah meletup

Begitu suka sekali anak-anak ku menikmati masakan nasi bubur .
Nasib baiklah habis licin kesemuanya

Wednesday, March 24, 2010

Keropok Lekor

Keropok goreng
Menikmati keropok lekor Pok Su di Kg.Hj Su Ganu....Rasanya boleh tahan jugak
tapi pencicahnya kurang,Ini Mak aku bawak dari kg waktu melihat cucu baru.

Jika nak bangdingkan dengan keropok lekor bukit Tok beng jauh sekali sedapnya.


Pencicah aka "lada keropok"


Sempatlah goreng 2 batang untuk sorang makan,anak-anak layan keropok keping sahaja.Jika lama tak makan memang mengidam tu......nak makan keropok dekat pasar malam tak berapa sedap,setengah gatal dan ada setengah keras tak ingat jika dah sejuk......
Time aku balik kampung ...borong banyak-banyak buat stok , simpan di dalam peti ais

Tuesday, March 23, 2010

Singgang Ikan


semalam rasa malas nak pergi pasar malam.......last-last masak
yang ringkas jer.....iaitu ikan sainggang + budu

Bahan-bahan
ikan (kembong/selayang(sardin)
sedikit bawang putih
sedikit kunyit ketul
sedikit lengkuas
sedikit garam
1pcs asam keping

caranya
Panaskan air dan masukkan semua bahan itu tu satu persatu
tunggu sehingga mendidih .
Jika nak best lagi letaklah kacang bendi sekali.


Nak sedap bolehlah makan bersama budu dan ulam-ulam.
Ini boleh tak sedar satu periuk habis

Monday, March 22, 2010

Hot Air Balloon

2nd Internatiomal Hot Air Balloon Fiesta 2010 Putrajaya 18-21

March 2010 Precien2.
http://www.mynalloonfiesta.com


Photo pada petang Jumaat jam 17:30pm






Sunday, March 21, 2010

Lipas


Lipas adalah binatang yang tidak disukai oleh manusia jika ia banyak
berada di rumah anda. Tapi jika di dalam kereta lagilah tak selesa
untuk memandu. Ni kisah lipas yang berada di dalam kereta
aku sebanyak 70 ekor selepas di sembur dengan
spray Co- Go.Kesemuanya adalah anak-anak lipas sahaja.

Ini dapat dikesan pada waktu malam,ada ternampak beberapa
ekor yang sedang bergerak di atas seat kereta.
Puncanya adalah makanan dari anak-anak yang jatuh di dalam kereta.
Apa kata anda semua cuba try test sembur di dalam kereta anda
pula.....adakah hasilnya sebanyak di dalam kereta aku......

Thursday, March 18, 2010

IkanBakarBerempah



Semalam makan ikan bakar berempah di kuchai lama yang mana memang dah lama tidak pergi. Semasa bujang dulu memang selalulah kesitu sebabnya rumah sewa hanya berdekatan sahaja. Jika waktu rehat tengahari time bekerja pun turun ke sana.

Waktu pindah rumah sewa ke keramat pun kita orang sanggup datang jika hari minggu.
Nak dibandingkan harga dahulu dengan sekarang memang jauh berbeza sekali.
Jika kepuasan yang dikecapi boleh dikatakan berbaloilah walaupun mahal sedikit.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari http://www.ikanbakarberempah.com

Wednesday, March 17, 2010

Derma Darah kali ke 10


Acara tahunan Derma Darah dari Pusat Darah Negara kembali lagi semalam di Opis buat kali ke-10 untuk diri aku. Sambutan untuk tahun ini nampaknya mengalakkan dimana ramai muka-muka baru dan bilangan peserta makin bertambah.Tahniah diucapkan kepada yang menyertainya dan juga yang berhajat tapi tak lepas ujian tekanan darah dan berat.

Benefits from Donated Blood

Blood donation benefits many people. One pint of blood benefits donors in the following ways:

* Each pint of whole blood donated by one person helps three other people.

* * One pint of blood may be separate into its various components such as plasma, red blood cells and others. If one pint of blood is used as components, it can help seven people.

* * Blood donation benefits surgical patients. A liver transplant patient, for example, may need up to ten pints of blood during surgery. Blood transfusions are needed during many types of surgery and for accident victims.

* * People undergoing chemotherapy and radiation benefit from blood donation.

* * Individuals with sickle-cell anemia need blood donations to replace their red blood cells.

* * Donated blood saves the lives of premature infants and children. Many of these tiny patients require blood transfusions, and only blood from a donor can help them.


Tuesday, March 16, 2010

Umran Adam-My new baby

Pada 11 March 2010 bersamaan 25 rabiulawal 1431H
lahirlah baby boy
di Hospital Pakar An-Nur,Bandar Baru Bangi.
Beratnya adalah 3kg dan
yang bernamaUmran Adam.
Marilah kita melihat photo-photo selama

5 hari berturut-turut.