Tuesday, August 23, 2011

Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

Keselamatan jalanraya adalah penting sepanjang masa,tidak kira samada dimusim perayaan atau pada hari-hari biasa. Namun pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha,Tahun Baru Cina ,Deepavali dan lain-lain perayaan, kadar penggunaan jalanraya meningkat secara mendadak dan pemanduan adalah lebih mencabar. Ini memaksa kita sebagai pemandu agar lebih berhati-hati semasa menggunakan jalanraya. Kesabaran ketika memandu juga amat dititikberatkan untuk mengelakkan dari sebarang kemungkinan kecelakaan.

Bersesuaian dengan matlamat pemanduan dimusim perayaan ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemandu untuk menjamin keselesaan ketika dijalanraya.



8 Langkah Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

1. Rancang perjalanan terlebih dahulu, jika letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa mengikut panduan had laju yang ditetapkan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalanraya dipersimpangan dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan berikan keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan dari mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi turut memerbahayakan semua pengguna jalanraya.

8. Elakkan mencelah diantara kenderaan kerana ini memerbahayakan keselamatn anda dan orang lain.


Semoga dengan langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuhi perjalanan jauh pulang kekampung halaman masing-masing. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang.

Friday, August 19, 2011

Mana Mak?

As-Salamualaikum...wbt
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak...semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya...


Mana Mak...?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua muslimin dan muslimat. Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1432H adalah hari ulangtahun turunnya kitab suci Al-Quran ke muka bumi ini kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Jumaat, tahun ke-41 selepas keputeraan baginda.. Di hari yang mulia ini bersama-samalah kita mememilihara kesucian al-Quran ini.. Pada yang bercuti.. Selamat bercuti :) ~KL kerja hari ni..

Monday, August 15, 2011

DIY rak Oven

Akhirnya jumpa juga cara nak mencantikkan tempat dan susun oven aku ni.Barang tersebut dijumpai dengan search melalui google dimana boleh di dapati di IKEA Damansara.
Ini contoh cara lekat di dinding......gambar dari ikea
Microwave yang telah siap di letak......gambar dari ikea

Dan ini gambar yang telah aku DIY semalam.

kereta ku di cium

Minggu lepas hari khamis kereta aku dah di cium oleh mat motor berhadapan Uni. Ten.yang tengah jem.Mat motor tersebut tak reti cilok ke apa....habis bumper aku di sondolnya.

keaadaan bumper yang renggang semasa kejadian
tempat mat motor cium bumper

Thursday, August 11, 2011

Pengesahan sekolah

Semalam buat pengesahan sekolah untuk anak tahun satu tahun depan.Nasib baik Q 3 orang sahaja waktu tu.

Pengesahan ini dibuka sepanjang bulan ogas dimana pihak sekolah ada menghantar surat ke rumah.Dalam bulan 12 nanti akan diadakan sesi orientasi dan peperiksaan untuk tentukan kelas.

Sekarang dah buka fail peribadi murid ,ingatkan pihak sekolah bagi FREE ,rupanya kena beli sendiri di koperasi …..harganya boleh tahan juga……

Selamat menduduki tahun satu buat Usman Affan.



kuih oh kuih

SENYUM KAMBING SEMETOR DEH AWOK2 KITE:
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

Tuesday, August 9, 2011

Pasaran Saham Dunia jatuh


Nekbat

Nekbat terkenal pada bulan puasa di pantai timur dimakan waktu berbuka puasa.Ni rupa nekbat yang belum dimasak,rupanya macam bahulu tapi tawar jika dimakan macam tu.

Dapat bekalan nekbat dari kampung….hanya masak sahaja….best best best……Jika cari nekbat di pasar ramadhan di sini susah dan jika ada pun tak sedap seperti yang dikehendaki.


Monday, August 8, 2011

Pensil (2008) SDTVRip XviD



Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis. Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid. Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid. Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih saying dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.




http://www.fileserve.com/file/XBn6YNK/Pensil.2008.SDTVRip.XviD-TeaMarYzs.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/3vQYe74/Pensil.2008.SDTVRip.XviD-TeaMarYzs.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/xcNYHk6/Pensil.2008.SDTVRip.XviD-TeaMarYzs.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/B6v5QM9/Pensil.2008.SDTVRip.XviD-TeaMarYzs.part4.rar

‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!

Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.


Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga. Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan. Syukur alhamdulillah.

Masing-masing tahu akan kebaikan ‘Bazar Ramadhan’. Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya. Kerana kebaikannya semua sudah maklum.

Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke ‘Bazar Ramadhan’. Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana. Supaya ‘Bazar Ramadhan’ tidak menjadi ‘Bazir Ramadhan’.




Pembaziran Wang

Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan. Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah. Itu nak, ini pun nak. Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa. Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa. Maka berlakulah pembaziran wang.



Pembaziran Makanan

Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli. Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan. Nasi sebekas, hanya suku diusik. Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja. Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya. Menyedihkan.

Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan. Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya. Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan. Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.

Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah. Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.



Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan. Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut. Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin ‘mencuci mata’. Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.

Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja. Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga. Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga. Ataupun membaca al-Quran sehelai dua. Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.
Pembaziran Tenaga

Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ. Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam. Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.
Pembaziran Pahala

Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim. Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita. Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.

Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal. Minda juga berfikir yang bukan-bukan. Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi. Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.

Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir’. Cakap itu dan ini. Sebahagiannya ada yang tidak benar. Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.

Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini. Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan. Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera. Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.
Pembaziran Peluang

Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali. Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan. Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja. Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.

Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini. Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.
Jangan Membazir

Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan. Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)

Pembaziran adalah perbuatan Syaitan. Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan. Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.

Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya. Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin.

Sunday, August 7, 2011

Bazar Ramadhan Putrajaya


Hari ni sempat pergi ke Bazar Ramadhan Putrajaya bersama keluarga bertempat di Persint 2.Opersinya adalah dari jam 4 petang hingga 7:30 malam.Orang kata kalau ke sana jangan lupa beli roti john Unan sebagai juadah berbuka puasa dengan resipi istimewa.Gerainya selalu Q panjang dan juga termasuk gerai martabak dan ayam golek.
Kebetulan pergi masa ni berjumpa dengan TUN Mahathir,punyalah ramai org nak bergambar dengannya,


Saturday, August 6, 2011

monolog diri

pagi2 menguap . mulut tersangap2 . tiba2 senyap . sbb terlelap . cuma sekejap . mata lip lap lip lap . mujur kerja dah siap . bila bangun sendi berderap . praaappp . cuba berdiri tegap . mujur x tertiarap . apa boss anggap? aku x boleh harap? aku belum bengap . gigi kuketap . kakiku tetap . kutuju tingkap . darah menyirap . keringat kulap . klu ada air sirap . kan kuteguk lahap .

Thursday, August 4, 2011

Dugaan


Semalam hari ke-4 puasa dan orang ramai berpusu-pusu nak balik rumah berbuka puasa bersama keluarga.Petang tu memang hujan lebat sekitar KL.

Laluan aku adalah dari UPM menuju ke Bandar Tasik Kesuma.Sesampai nak exit ke Semenyih(jalan dalam) melalui highway dah nampak jem teruk sampai ke highway......aku dah ambil keputusan masuk higway LEKAS dan exit dekat tol semenyih......lepas bayar tol terus tak gerak,waktu ni dalam jam 6 petang.sebelum ni pernah mengalami jem teruk macam ni....memang ambil masa yang lama.Dah puas menunggu lama dalam 15 minit tak lepas-lepas lagi dari simpang traffic light.....last2 aku buat U-turn dan masuk highway LEKAS kembali dan exit PAJAM.Sampai rumah dalam 6:50pm.kalau aku tak exit semenyih maybe 6:30 dah sampai.
Lepas ni kalau nampak jem teruk mcm ni aku akan terus saja ke PAJAM sahaja.....

Bilalah exit Bandar Tasik Kesuma nak buat.....w/pun flyover dah stanby.Nanti senanglah tak perlu tempuh jem di Semenyih.

Dahlah waktu ni nak ambil anak di rumah pengasuh dan bertolak ke equen park nak berbuka puasa di sana.Jika nak ikutkan memang tak sempat ke sana,nasib baiklah ada kurma di dalam kereta.Masuk waktu maghrib masa sampai di Bandar Baru Bangi......so berbuka dengan kurma di dalam kereta bersama anak-anak.Allamdulilllah sampai ke tempat yang dituju 20 minit lepas maghrib.

Kesesakan tersebut berpuncaa dari kerosakan lori yang melintang jalan.

juga boleh rujuk di blog MaMa FinA

Tuesday, August 2, 2011

puasa


Semalam Usman Affan berjaya puasa sampai pukul 5 petang w/pun tak bersahur.Agak-agak hari ni boleh tahan ke tidak sbb malam td bersahur.....
Tahniah.....1st time belajar puasa

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak~

Muzdalfa Fried Chicken(MFC)


Makan di MFC pada sabtu sebelum puasa,lokasinya di Bandar Baru Bangi.Macam-macam masakan ada.....ayam goreng mcm KFC....sedap,Pizza mcm pizza hut pun ada.....yang lain nasi arab.Semuanya best dan murah.


photo hiasan