Saturday, December 31, 2011

Futsal

Dari indoor ke outdoor plak.....
harga pun murah...kalau hujan gagal.....
lokasi PKNS Bangi....lepas main futsal boleh pekena MC D bersebelahan.

Thursday, December 29, 2011

Antara 2 Sujud



TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Wednesday, December 28, 2011

Fenomena Ombak Besar di Pantai Teluk Lipat Dungun

Air pasang besar

Kejadian amukan ombak yang paling teruk berlaku di Dungun. Kejadian ini berlaku di pantai teluk lipat dungun terengganu.Ini gara-gara fenomena air pasang besar.

Tuesday, December 27, 2011

Bercuti di Genting Highland

Photo-photo bercuti di Genting Highland









Sunday, December 25, 2011

Sekolah

Hari ni pergi beli kelengkapan anak untuk tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik kesuma.

Untuk tahun 1 ada 8 kelas.Dalam 1 kelas tu ada 40 orang murid....perhhhh ramainya.....Jenuh cikgu nak layan.

Saturday, December 24, 2011

Tomyam 2000 Kajang

Hari ni bawa keluarga makan di Tomyam 2000 kajang.Pada mulanya nak test kedai D'Muar tapi rupa-rupa kedainya tutup.Yang jadi nak makan kat Kajang tu sebab ontheway balik dari Cheras.

Menu yang kita orang order terdiri dari Tomyam ayam,Kailam ikan masin,Telor 3 rasa dan nasi putih.Nampaknya semuanya berselera makan...ker lapar sangat tu......

Next time boleh test D'Muar pulok.

Thursday, December 22, 2011

Selawat syifa" penyembuh penyakit

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya. Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.



Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus ‘ayat by ayat’. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa’ juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

Wednesday, December 21, 2011

Program paling menjijikkan di tv



LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Monday, December 19, 2011

Kuliah Maghrib

Alhamdulillah ramai anak-anak muda ingin mancari ilmu.Ini adalah gambaran di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi di mana kuliah maghrib di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus



Wantan Mee

makan t.hari hari ini dengan menu wantan mee di kedai D'jamel,Desa Tun Razak.

Exora BOLD

Bilalah boleh test exora bold ni.....asyik tengok orang jer test....
Nampak mmg berdesut tak ingat lajaknya......ahhhhh kena test jugak ni.....






Sunday, December 18, 2011

jejak Upin Ipin

Hari ni bawa anak jalan-jalan di Muzium Negara sempena pameran jejak Upin Ipin.Pergi ke Muzium awal untuk mengelakkan kesesakan jalanraya dan parking kereta.




Tuesday, December 13, 2011

Geng Semut Merah ke Desaru

Sebahagian geng semut merah yang menyertai konvoi ke Desaru Damai Beach Resort.