Wednesday, January 30, 2013

Durian crape

Ini buat pertama kali membuat durian crape gara-gara makin top masakini.Modal nak membuatnya takderlah mahal mana pun.
Durian kampung dekat Mantin

Durian yang telah diasing biji nya
Kulit durian crape

Inilah rupa yang dah siap

Tuesday, January 29, 2013

Cabut gigi

Buat pertama kali buat anak sulong cabut gigi susu yang tak salin yang baru.Ini telah menyebabkan dua batang telah tubuh dibelakang gigi susu.Sebelum gigi baru makin membesar ,langkah awal baik cabut sahaja gigi susu tersebut.Dental clinic Saleha menjadi pilihan yang berdekatan dengan rumah.
Dr tengah memeriksa sebahagian gigi Affan .Ada tiga batang gigi susu yang akan dicabut.Untuk kali ini hanya 2 batang dahulu dicabut dan sebatang lagi minggu depan.Alhamdulillah Affan takder rasa sakit dan menangis.
Muka menahan sakit  dan darah keluar.Untuk mempercepatkan darah berhenti Dr. nasihatkan makan ais-cream

Monday, January 28, 2013

DIY drawer

Keadaan almari yang mana drawernya telah rosak.Ini disebabkan oleh rolernya dah pecah dan tidak boleh menampung beban yang di isi.Kalau sesiapa yang tak tahu dah tentu akan buang dan beli yang baru.Rupa-rupanya ada sparepart roler di kedai DIY atau kedai barang-barang logam.


Inilah rupa roler yang dah pecah yang akan digantikan dengan yang baru.Untuk pengetahuan saiz drawer roler ni banyak ukuranya ada 10" hingga 20".So ambil ukuran dahulu sebelum pergi beli.


Barang baru drawer roler yang bersaiz 16"



Hanya menggunakan screw driver + sahaja untuk sesi DIY.


Dan ini rupanya almari yang dah siap kesemuanya.

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul


Tauhu Bakar Vs Nasi Ayam

Tauhu bakar dan nasi ayam memang terkenal di Semenyih yang terletak berhampiran dengan sekolah dan Masjid.Pelbagai bangsa yang datang memeriahkan kedai tersebut.Selain menu utama , ada juga disediakan kerang rebus.

Kedai hanya tutup pada hari jumaat sahaja.Pada hari minggu kena datang awal kalau tak nak beratur panjang.
Ini keadaaan pada hari cuti maulidul rasul di mana Q sampai keluar kedai,Semua meja penuh dan terpaksa bungkus sahaja.

Saturday, January 19, 2013

DIY lampu kelabu

DIY lampu yang pudar warnanya.
Lampu sebelah kiri adalah elok manakala lampu belah kanan telah pudar (kelabu).Bahan yang digunakan hanya soft 99 sahaja.Hanya gosok perlahan-lahan untuk beberapa kali.
Lampu yang ok....memang berkilat sebab baru
Gambar ni dah polish satu layer,kalau tak memang kelabu lagi.....
Soft 99 yang digunakan
Inilah hasilnya.....dah sama kedua-dua belah...berkilat macam baru .Kalau nak cantik lagi pakai kertas pasir yang halus sekali kasi gosok dulu baru polish.

Friday, January 18, 2013

Bantuan Sekolah RM100



Hari ini pergi sekolah anak untuk ambil duit bantuan sekolah sebanyak RM100.Alhamdulillah bolehlah beli apa yang patut untuk anak nanti.
Anak sekolah sesi petang,waktu yang diberi adalah dari jam 2 hingga 4 petang.So kena datang awal sebab nak kena kerja semula.

Thursday, January 17, 2013

TT Mega CR 2012

 TT Mega CR 2012 untuk kali ini diadakan di Pullman Putrajaya pada 13 January 2013.
Sebanyak 150 biji pesawat MPV Exora berjaya menawan Putrajaya.
Tahniah.




Tuesday, January 8, 2013

Lawatan YB and Pak Yus

 Thanks YB dan Pak Yus kerana sudi datang ke rumah melawat baby baru.Gaya pegang anak tu macam nak tambah lagi tu.....hehehhehe moga-moga ada nanti.

Saturday, January 5, 2013

Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan buat Affan dan Aiman.
Aiman begitu semangat sekali nak ke sekolah sebab nak naik van sekolah.
Semoga anak-anak semua belajar rajin-rajin dan berjaya.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Selamat Tahun Baru 2013 buat semua pembaca blog.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.