Tuesday, June 30, 2009

Anak Ku


Lokasi Sg.Congkak

Kenangan di sg.congkak Ulu Langat

Raja Buah

Semalam ada beli durian 3 biji RM15.
Rasanya pun boleh tahan.

Monday, June 29, 2009

Ikan Keli

Hasil usaha jiran sebelah memelihara ikan keli di belakang rumahnya.
Semalam ada beberapa ekor jiran bagi.
Rasanya memang sedap kalau masak goreng ciliapi.

Hari Lahir

Terima kasih buat isteri tersayang kerana membuat dua biji kek sempena birthday abanng.
Kek yang disediakan adalah chess kek dan kek coklat kukus keju.
Terima kasih sekali lagi kerana anaka-anak pun suka makan kek tersebut.

Thursday, June 25, 2009

Majlis Perkahwinan di Ijok Kuala Selangor

Majlis Perkahwinan kawan wife UPM di Ijok,Kuala Selangor pada 07 Jun 09.
Rumah pengantin betul-betul di hadapan padang bola dan bersebelahan ladang
tanaman buah dragon kepunyaan bapanya.Perjalanan dari rumah mengambil masa
dalam 2 jam ke sana.Ketika sampai acara makan beradap sedang berlangsung.
Boleh dikatakan semua persiapan dilakukan sendiri terutamanya hantaran,pelamin dan
juga bunga telur.
Acara berlangsung dengan meriahnya dimana mempunyai nyanyian dan panca silat di dalam
acara perkahwinan tersebut.

Semoga kekal selamanya.

Lapar

Terasa lapar malam tadi,ini disebabkan tidak makan waktu makan tengahari.
Waktu tu pergi Menara Affin Bank Jalan Raja Chulan atas urusan perumahan.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat ada niat nak singgah Cheras beli Pau 4 segi,
tapi terasa kenyang lagi sebab sarapan nasi lemak pagi tu.
Dalam perjalan pulang ke rumah perut terasa lapar,malahan hujan
turun waktu itu,maka bertambahlah lapar.
Nasib baik dirumah ada meehoon dan ayam.Maka sajiannya adalah seperti di dalam
gambar di bawah:

Tuesday, June 23, 2009

Siakap

Terima kasih buat Lan Siakap dengan ikan sebesar itu.Sampai tak muat kuali untuk dimasak dan terpaksa di potong dua.
Rasanya enak sekali sebab fresh dari kolam pancing memang menyelerakan.


Masakkan yang di buat adalah sweet sour dan masak 3 rasa

kek coklat

Terima kasih buat isteri tersayang kerana berjaya menghasilkan kek coklat yang begitu sedap sekali.
Ini membuatkan saya bersama-sama anak yang tak jemu untuk makan dan asyik buka peti ais jer.
Bila nak buat lagi ni……hehehhehe

Kaset Lama

Kaset yang berkurung lama tinggal kenangan apabila sudah berpindah tangan kepada seseorang.Ini kerana berada dirumah bukanya dengar pun,buat sarang habuk adalah.
So telah disedekahkan kepada Otai (pengumpul barang-barang lama).
Sebahagian lagi dah buang dalam tong sampah.....

Monday, June 22, 2009

Pertunangan Ha

Beberapa gambar daripada acara pertunangan antara Hafizah dan Afiq pada 21 jun 09 di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Hantaran cup cakes

Acara membuat cup cakes untuk hantaran pertunangan.Ini adalah kali ke 2 membuat
Cup cakes dan kali pertama sebagai hantaran.
Inilah hasilnya.

Wednesday, June 17, 2009

Restoran Sup Urat Ketin

Restoran Sup Urat Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pengusahanya bernama Sabul Ismail,menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.

Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.

“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.


Tuesday, June 16, 2009

Picnic di Kelumpang

Pada 15 Jun 09,satu acara BBQ diadakan di Kelumpang,Ulu Selangor.
Acara disertai oleh beberapa keluarga dan juga budak bujang.
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 1/2 dari Technology Park Malaysia
ke Kelumpang melalui Highway Utara Selatan (PLUS) dimana dikehendaki exit di Tol
Tanjung Malim.Jarak ke Kelumpang dari tol dalam 7 ke 8KM.Kami berkumpul di tol
tersebut dalam pukul 10:00am.


Menu makanan pada hari tersebut adalah ayam bakar,sate,ikan siakap,tomyam,koktail,
kek birthday,agar-agar dan ada sedikit menu sampingan.
Hidangan menjamu selera bermula selepas mandi manda dimana masing-masing sudah
kelaparan setelah berendam.

Acara berakhir pada sebelah petang dalam pukul 16:00pm dan bertolak balik ke Kuala
Lumpur dan pulang ke rumah masing-masing.

Memang best dan menyeronokkan.


Tuesday, June 2, 2009

Koleksi FM

Sehahagian koleksi Frigle magnet yang dikumpul.
Antaranya adalah hadiah dari kawan-kawan dan juga beli sendiri.

Sambil tunggu kereta siap servis

sambil tunggu kereta siap servis.....layan anak kat tempat permainan

Geng Ben 10

STADIUM TERBUKA GONG BADAK RUNTUH






Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Copy Paste dari
http://www.mampat.blogspot.com/