Tuesday, April 26, 2011

Info - Claim Kerosakan pd Pengendali Lebuhraya

Petikan daripada Facebook Jabatan Penerangan Malaysia



Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

KES 1

aku dah banyak kali claim kerosakkan kereta aku dgn pengendali tol.

1- RM2980 tahun 2002 - Kereta wira aku ditimpa palang tol Sunway hala ke bandar Sunway. kemik sikit tapi pengendali bayar penuh mengikut claim yg aku buat - Pembayar SPRINT Hway (cek)...

2- RM450 tahun 2008 - Kereta myvi aku cermin pecah kena serpihan batu dari tepian hway NKVE hadapan Dataran Prima hala ke KL - Pembayar PLUS Hway (cek)...

3- RM700 tahun 2010 - Kereta myvi aku tayar dan sport rim pecah terlanggar besi yg entah dtg dari mana di federal hway lorong tengah belakang Sirim Shah Alam hala ke Klang. Pembayar Plus Hway (cek)...

4- RM300 tahun 2011 - Kereta alza aku tayar pecah langgar lubang (lepas buat laporan tau pulak nak buat tar baru besar - besaran dari susur Mex Hway hala ke tol Putrajaya) di lingkaran Putrajaya km P6.8 menghala ke tol Putrajaya. Pembayar kontraktor Propel Tu pun merayu kat aku nak kurangkan claim aku. claim aku RM350 ada ker patut nak kurang ke RM150. Tayar kereta aku pun dah RM280 sebijik.aku cakap senang jer. x nak selesai sudah aku akan panjangkan kes nie pada hq PLUS.Bila aku cakap mcm tu baru setuju nak bayar RM300 (cash)...

Kesimpulannya bila terjadi apa2 didalam Hway sila buat laporan di plaza tol yg terdekat, buat laporan polis di kawasan mana kes terjadi (jgn pulak kena kat Kedah tapi buat laporan kat Selangor pulak), tangkap gambar kerosakkan dan tangkap gambar selepas dibaiki, dapatkan invois baik pulih dan resit selepas baik pulih,salinan ic dan lesen pembawa kereta serta tuan punya kereta, salinan insurance dan salinan geran kereta dan akhir sekali salinan dpn dan belakang kad TnG ataupun resit bayaran. pembayaran akan dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh laporan dibuat...Bayaran akan dibuat berdasarkan nama yg tertera pada geran kereta tersebut...

Monday, April 25, 2011

Cerpen Bahasa Terengganu

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”



Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.



Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.



Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.



Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”



Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.



Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.



Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning.. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.



“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”



Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!



Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!


Petikan dari fb Guane Gamok Orang Kite

Medical Surveillance 2011


Hari ini ada medical checkup untuk my company bagi yang berkenaan sahaja.......harap-harap untuk tahun ni aku punya kolestrol turun.

Sunday, April 24, 2011

Kek Batik Biskut Merry

Dapat makan kek biskut merry hari ni yang buat semalam.Anak-anak memang suka,kejap-kejap buka peti ais je.

Putrajaya Playground



Menuju ke PICC

Alang-alang dah sampai Putrajaya semalam.....bawa anak-anak berjalan di Taman Putrajaya yang berhampiran dengan PICC.
Sukanya dapat jalan dan merangkak...hehehe
sibuk nak main juga





Friday, April 22, 2011

Bronok sagu

Hok ni pun lama dok makang

Mek Comel

Lama dok makan mek comel

Kemalangan


EMPAT sekeluarga termasuk sepasang suami isteri maut apabila Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan kimia di Kilometer 63, Jalan Kuantan-Segamat, kira-kira jam 4.50 pagi tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Hikayat.Merung.Mahawangsa.2011

Hikayat.Merung.Mahawangsa.2011.HDTVRip.x264.AC3.Ja Ki05.mkv

Thursday, April 21, 2011

Untuk merangsang otak kanan kaedah org jepun

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak
> die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh
> jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak
> sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri
> tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak
> mampus, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu
> cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi
> boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu
> utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun
> bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
>
> Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu
> aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
>
> 1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die
> sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik,
> dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.
> Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri
> dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena
> buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak
> korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam
> picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya
> situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu
> siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik,
> dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
> awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad...tu
> kelemahan sikit lah..........
>
> 2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu
> je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
> pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
> cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e,
> insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau
> cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda
> yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-
> gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn
> guna melayu........
>
> 3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak
> korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas,
> origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi
> takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2,
> tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
> korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan
> penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-
> pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan
> kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
>
> 4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
> semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat
> cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
>
> 5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
> kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu
> memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......
>
> 6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
> tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
> macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six
> sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue
> tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi
> ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat
> setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi
> cam Rajib...he...he..
>
> Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and
> relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka
> tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri
> sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha
> Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi
> kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia
> boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
>
> p/s; kita yg dah tua tak berapa tua ni tak tau lah leh diamalkan ke
> idak.....buat para ibu bapa sesuailah ni kot......
Paging and Bottom Toolbar

Wednesday, April 20, 2011

Exora

Salam,
Lama tak update blog....
Moh tengok kereta baru teman Exora MPV setelah kereta waja jual. Pada 23 April ni genaplah 1 bulan.




View belakang


View sisi
Spoiler Mugen

Thursday, April 14, 2011

Malapetaka jika brek tidak berfungsi dengan baik

Malapetaka jika brek tidak berfungsi dengan baik

KETIKA memandu untuk perjalanan jauh dengan kelajuan lebih 100
kilometer sejam, selain tayar, satu lagi komponen kereta yang perlu difikir ialah brek.
Ini kerana brek yang tidak berfungsi atau ‘tak makan’ boleh membahayakan keselamatan.

Namun sewaktu memijak brek, tiba-tiba anda terasa seolah-olah sedang
memijak benda yang amat kenyal, tetapi brek tidak dapat dilakukan dengan
sempurna. Jika hal ini terjadi, pemeriksaan perlu dilakukan.


Ada pelbagai sebab mengapa keadaan sedemikian berlaku termasuk wujud
udara dalam saluran minyak brek, sekatan wap, kebocoran atau
kekurangan minyak brek, penyelarasan injak brek kurang tepat, gelendong
brek sudah retak atau lubang saluran tersumbat dan bolt pemegang selindernya longgar.

Periksa jika wujud udara dalam saluran minyak brek. Dalam kebanyakan
kenderaan, jarak antara lantai dan injak brek (ketika dipijak penuh) akan
bertambah selepas injak dipijak beberapa kali. Sebab itu, brek berkesan.


Namun demikian, dalam sesetengah keadaan, jarak itu tidak bertambah
manakala pemandu akan berasa seolah-olah memijak belon. Gejala ini
menunjukkan ada udara dalam saluran minyak brek.

Periksa juga sama ada gelendong brek sudah retak, paip minyak brek usang atau bolt pemegang silinder longgar. Jika keadaan itu terjadi, jarak membrek akan bertambah dan kenderaan tidak dapat dihentikan dengan
selamat.


Apabila berdepan keadaan begini, hentikan kenderaan, buka tutup bonet,
dan lakukan pemeriksaan. Mula-mula periksa seluruh komponen sistem
brek, mungkin ada kerosakan yang dapat dilihat.


Minta bantuan rakan untuk memijak injak brek beberapa kali sepanjang
pemeriksaan. Goyangkan paip sambungan dan sebagainya. Bagi bahagian
yang tidak dapat dilihat, rasa dengan tangan.


Periksa juga adakah kerosakan terjadi disebabkan sekatan wap. Sekatan wap berlaku ketika kenderaan sedang bergerak.


Contohnya, walaupun brek pada mulanya baik, keberkesanannya boleh
berkurang kerana injak brek sering ditekan terutama ketika kenderaan
bergerak menuruni jalan yang curam.


Membrek terlalu kerap seperti menuruni Genting Highlands boleh
menyebabkan gelendong dan minyak brek panas. Dengan demikian,
minyak brek akan mengewap dan untuk sementara waktu, gelembung wap itu tertinggal dalam saluran minyak brek.

Gelembung wap dalam saluran itu mengganggu kelancaran penyaluran
minyak ke silinder brek pada roda.


Jika berdepan keadaan begini, segera hentikan kenderaan dan sejukkan
roda serta gelendong breknya. Ini dapat dilakukan dengan menyiram roda
dengan air atau menghembus angin pada gelendong dan paip brek.
Sebaik-baiknya, pemandu perlu segera menyedari apabila brek tidak berfungsi dengan baik. Tindakan pertama yang harus dilakukan adalah memijak injak brek berulang-ulang.


Kegagalan brek boleh menjadi petaka yang amat tidak diingini. Jadi,
selalulah pastikan brek sentiasa dalam keadaan baik dengan sentiasa
membuat pemeriksaan secara teratur.

Tuesday, April 12, 2011

Bera



Berjalan-jalan ke Bera Pahang yang mengambil masa dalam 2 jam melalui Kuala Pilah,Bahau,Kemayan dan Triang.Pergi ke sana untuk melihat anak saudara yang baru...
Baru tak baru dah nak masuk 2 bulan jugak......sbb asyik tertangguh jer...
Pekena air tebu di sg.Bera buat hilang dahaga.....sebelum pulang.

soya + vitamin tambahan


Individu merakamkan klip video di atas mendakwa peniaga meludah ke dalam setiap air soya dibungkus plastik.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Maybank Bangi, Selangor berhadapan stesyen minyak, Shell.

Pembaca boleh meneliti tindakan peniaga terbabit.

Jika dakwaan itu benar, air soya dijual semestinya 'sedap'. Bayangkan pula jika peniaga sama tidak menggosok gigi atau batuk berkahak.

Wednesday, April 6, 2011

BoBoiBoy (2011) SDTV TV3 Mediafire Update Episod 4



BoBoiBoy (2011) SDTV TV3 Mediafire

Sinopsis
BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza. BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia ini ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris

Genre
Action | Comedy

Info
http://www.animonsta.com/



Episod 1-2


Download

MEDIAFIRE MKV

Episod 1-2
http://adf.ly/13LYM

Episod 3-4
http://adf.ly/tNKf

Episod 5-6
http://adf.ly/13LZt

Episod 7-8 ~terbaru~
http://adf.ly/14xov

sebuah animasi terbaru...mantap!!!

Sunday, April 3, 2011

Sukan Tadika di Zoo Negara

Sukan Tadika Mimos telah diadakan di Zoo Negara di Dataran Dato' Ismail Hutson pada 2 April 2011
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang
Usman bersama hadiah
Umar bermain acara mencari barang tersembunyi
Usman dalam acara berganti-ganti