Sunday, January 15, 2012

Jadual Puasa Sunat


Assalamualaikum,

Di sini ada jadual puasa sunat yang boleh dilakukan sepanjang tahun 2012. Diubahsuai dari "template" yang dihasilkan oleh seorang hamba Allah bagi mencerminkan tahun 2012.

Merujuk kepada tarikh di kalendar Malaysia. Sebarang kesilapan, email ke: nadhrn@facebook.com

Untuk View (PDF)
http://opendrive.com/files/53562227_THQHl/Jadual%20Puasa%202012.pdf

Untuk Download (PDF)
http://opendrive.com/files/53562227_THQHl_905e/Jadual%20Puasa%202012.pdf

Juga boleh dilihat dari:
http://www.scribd.com/doc/78243279/Jadual-Puasa-2012

Jika bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda. Selamat beramal. - Oh! Islam

Tahniah Dato Lee Chong Wei


Tahniah Dato Lee Chong Wei berjaya memenangi Malaysia Open. 21-6 dan 21-13 ke atas Kenichi Tago. Good job

lawak

NYAMUK : Baru habis ronda rumah pengantin.. kenyang minum darah manis
CICAK : isteriku tersepit di pintu!
KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
AYAM : Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua udah di goreng….I luv u all… jangan lupe buat kenduri arwah untuk aku yaa
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb !!!
BABI : Aku bengang btol la...dia pegi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye... wei bro! laen kali siasat dlu la sape yang berak kat depan rumah kau...tension..!!

Jadual Perlawanan Liga Super 2012 pada 17.1.12

Saturday, January 14, 2012

Carta Terkini Liga Super 2012




LS2012 : FULL TIME
Kuala Lumpur FA (0) - (3) PBDKT T-Team
Sabah FA (2) - (1) Sarawak FA
Selangor FA (1) - (0) Perak FA
Johor FA (0) - (2) Negeri Sembilan FA
Kedah FA (0) - (0) Lions XII
Terengganu FA (3) - (0) Felda United

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran


Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.

Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.


Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah… Jadi seorang ibu yang tengah mengandung anaknya sering-seringlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin





p/s: inilah firnah manusia..
p/s/s: rakyat Jepun menggunakan kaedah ini untuk terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata.

Friday, January 13, 2012

Rebut keistimewaan Jumaat

SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)

Source: Harian Metro

Sunday, January 8, 2012

Mengait Rambutan

Inilah rupa buah rambutan yang penuh di atas pokok yang akan dikerjakan,buahnya memang dah masak betul dan perlu dihabiskan,kalau tidak akan buruk macam tu jer.
Aku tengah mengait buah rambutan di atas pokok dengan menggunakan galah.
Hasil yang dapat dari memanjat,buahnya memang betul-betul merah sekali.

berphoto bersama tuan rumah sebelum pergi ngetea setelah penat memanjat.

Aku Mat Rempit...Pengikut Ustaz Azhar

Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
( Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)



Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.




SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..



. Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...


'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..


"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .


Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...


Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha


GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...


dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..


Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)


ADMIN: Orang Muda sebenarnya nak kepada Agama..tapi kerajaan Umno Beend bodo macam Lembu...Ustaz.. dia dok beri NGAJOR...hiburan 24 jam...ARTIS beri sokmo permit..KALU BULEH,,,suruh artis buat konsert MAKSIAT tiap hari..PUNOH ranoh HABIS budok2 muda...BODO KE CERDIK??


layan video nim..


Friday, January 6, 2012

Hari pertama persekolahan

Hari pertama persekolahan buat Usman Affan di tahun 1.


Tuesday, January 3, 2012

Bubur Asyura

Bebaru ni ada buat sedikit bubur asyura recipe ganu kite di rumah.Lepas siap bolehlah agihkan ke rumah sanak saudara yang duduk berdekatan.

Keadaan nasi yang belum diletakkan rempah....kasi hancur dulu beras tu.rupa asyura yang hampir nak masak

Inilah hasilnya untuk dibahagikan kepada sanak saudara dan teman-teman.

Sunday, January 1, 2012

CALENDAR 2012

Date Holiday Applicable to
1 Jan (Sun) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Sat) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday Negeri Sembilan only
15 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
23 Jan (Mon) Chinese New Year National
24 Jan (Tue) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
1 Feb (Wed) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 Feb (Sun) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul) National
7 Feb (Tue) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 Mar (Sun) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu Terengganu only
6 Apr (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Sun) Declaration of Malacca as
a Historical City Malacca only
19 Apr (Thu) Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May (Tue) Labour Day National
5 May (Sat) Vesak Day National
7 May (Mon) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Thu) Raja Perlis' Birthday Perlis only
30 May (Wed) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Fri) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Agong's Birthday National
17 Jun (Sun) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sat) Georgetown World Heritage City Day Penang only
14 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Fri) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
21 Jul (Sat) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
6 Aug (Mon) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
19 Aug (Sun) Hari Raya Puasa * National
20 Aug (Mon) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Fri) National Day National
8 Sep (Sat) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Sun) Malaysia Day National
6 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
13 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 Oct (Wed) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 Oct (Fri) Hari Raya Haji * National
27 Oct (Sat) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
11 Nov (Sun) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
12 Nov (Mon) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
13 Nov (Tue) Deepavali National
15 Nov (Thu) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
22 Nov (Thu) Sultan of Johor's Birthday Johor only
11 Dec (Tue) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
20 Dec (Thu) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
25 Dec (Tue) Christmas National

School Holidays for both Malaysia and Singapore have been updated.
Malaysia School Holiday:
10.03.2012 - 18.03.2012
26.05.2012 - 10.06.2012
18.08.2012 - 26.08.2012
10.11.2012 - 01.01.2013
* In Kedah, Kelantan and Terengganu, holidays start and end a day earlier

Kucing Nabi Muhammad – Mueeza Kucing Peliharaan Rasulullah SAW

Kucing Nabi Muhammad – Mueeza Kucing Peliharaan Rasulullah SAW. Siapa dikalangan pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang membela kucing? Apa nama kucing Anda? Erm, selalunya pembela kucing ini ramai dikalangan wanita. Tambahan pula terdapat banyak jenis kucing yang ada pada zaman sekarang hasil daripada kacukan. Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Kucing Nabi Muhammad MueezaSetiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan. Sekian

PS: Lepas nie pakat-pakat letak nama kucing masing-masing dengan nama Mueeza. Hehe

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bagi Bulan Januari 2012

Sambutan Tahun Baru di Dataran Shah Alam

Salam dan selamat tahun baru 2012 buat pembaca blog ini. Diam tak diam dah tahun baru. Alhamdulillah pembukaan tahun baru kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya di Shah Alam kerana disambut dengan Bacaan Asma Ul Husna serta sesi soal jawab. Kehadiran mencecah 80 ribu jemaah.

Lebih 88% pemuda yang membanjiri Dataran Shah Alam ini. Semua bersemangat melihat persembahan terutamanya dari Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Terdapat juga artis jemputan lain seperti Akhil hayy, Sham Kamikaze dan Syahir AF8. Turut dihadiri YB Khalid Samad. Laungan takbir turut bergema. Solat maghrib di imamkan Imam Muda Asyraf dan solat isyak berjemaah di iman Ustaz Syed Norhisham. Berikut merupakan gambar sekitar sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam.






Sumber gambar adalah dari Facebook Jkkk Fan Club dan beberapa Facebook lain.

Jadual Perlawanan Liga Super 2012


10 Januari 2012
Negeri Sembilan vs Selangor
Perak vs Terengganu
Felda United vs Sabah
Sarawak vs Kuala Lumpur
T-Team vs Kedah
Lions XII vs Kelantan
PKNS vs Johor FC

14 Januari 2012
Selangor vs Perak
Kelantan vs PKNS
Kedah vs Lions XII
Kuala Lumpur vs T-Team
Sabah vs Sarawak
Terengganu vs Felda United
Johor FC vs Negeri Sembilan

17 Januari 2012
Perak vs Negeri Sembilan
Felda United vs Selangor
Sarawak vs Terengganu
T-Team vs Sabah
Lions XII vs Kuala Lumpur
PKNS vs Kedah
Kelantan vs Johor FC

21 Januari 2012
Selangor vs Sarawak
Negeri Sembilan vs Felda United
Kedah vs Kelantan
Kuala Lumpur vs PKNS
Sabah vs Lions XII
Terengganu vs T-Team
Johor FC vs Perak

28 Januari 2012
Felda United vs Perak
Sarawak vs Negeri Sembilan
T-Team vs Selangor
Lions XII vs Terengganu
PKNS vs Sabah
Kelantan vs Kuala Lumpur
Kedah vs Johor FC

Selamat Tahun Baru 2012