Saturday, September 29, 2012

Kunci Oh Kunci

Nak dijadikan cerita hari ini terlupa ambil kunci rumah di dalam kereta,Sebenarnya kereta telah di pinjam oleh kakak untuk ke Port Dickson.Kereta bertukar sebelum solat jumaat lagi.

Waktu balik kerja  dah nak sampai rumah barulah perasan kunci tak ambil dalam kereta...


aduh......macam mana nak masuk rumah ni.....dahlah ada temujanji dengan member di Ampang malam tersebut.
Kunci spare ada,tapi dalam rumah.........Yang aku buat pinjam tukul dan screw driver dengan jiran.
Cara buatnya tak boleh diceritakan.....tapi alhamdulillah dalam masa 5 minit dapat masuk kembali.


Wednesday, September 26, 2012

Potong rambut


Alhamdulillah untuk kali kedua potong rambat anakda yang berumur 2 tahun dah tak nangis.
Untuk yang pertama kali tu..perhhhhhh mengamuk bukan main.
Barulah adik nakpak hensem…..siap buat pacak lagi.

Tuesday, September 25, 2012

Sotong sumbat pulut

Pada hari minggu bebaru ni ada pergi Pasar Semenyih.Ini adalah rutin hari minggu mencari lauk-lauk untuk di masak.Harga ikan pasar Semenyih boleh dikatakan murahlah jugak dan ikannya segar -segar belaka.

Masa duduk pilih ikan terpandanglah sotong besar.Dalam kepala dah fikir dah..kalau buat sotong  sumbat pulut  menarik jugak ni....almaklumlah dah lama tak makan,Adalah ambik dalam 6 ekor dengan harga RM12.

Photo dibawah adalah hasil sotong sumbat. pulut

Sambutan Merdeka Raya EOCM 2012

Sambutan Merdeka Raya EOCM 2012 berlangsung dengan meriahnya pada 16 september 2012 di Anjung Komuniti Au 3.
Kehadiran pesawat untuk kali ini dalam 115 buah.Alhamdulillah sokongan semua exorians membuatkan semua keluarga gembira disepanjang aktiviti yang dijalankan.Malahan jamuan yang disajikan oleh setiap jajahan memang terbaik.
Tak lupa juga di dalam sambutan ini diumumkan AJK tertinggi yang baru bagi tahun 2012/2013.
.
 

 Ahli AJK bagi tahun 2012/2013



Friday, September 14, 2012

Nostalgia Raya Mimos

 Jamuan raya Mimos telah diadakan di Bukit Jalil Golf resort pada 11 sep.2012

 persembahan dari Tadika Mimos
persembahan dari warga mimos.

Tuesday, September 11, 2012

TT Berbuka posa crew 3G di Q Thai steamboat

 Konvoi ke Ampang dengan 20 pesawat untuk majlis berbuka puasa crew 3G di Q Thau Steamboat.
 Deretan pesawat yang hadir bagi memeriahkan suasana di Q Thai Ampang.

 Kutipan derma buat rakan EOCM iaitu chip Labis yang terlantar sakit

TT newbie di SOHO Bangi

TT pertama selepas hari raya dimana TT newbie diadakan untuk menyambut kedatangan ahli baru.Alhamdulillah crew 3G makin bertambah dari masa ke semasa.Kehadiran untuk kali ini mencecah hingga 25 pesawat berjaya dikumpulkan.