Monday, May 28, 2012

Servis moto

Pejam celik-pejam celik dah 5 bulan rupanya LC aku ni……Selama ni hanya servis tukar minyak hitam dan oil filter sahaja.Tapi untuk Hari ni dengan millage dah cecah 11500KM,dah tiba masanya menukar rantai satu set.Keadaan sekarang dimana spoket dah tajam dan rantai dah tahap habis panjang.Nak bawa laju-laju fikir dua 3 kali……agak bahaya macam tu……

Kos spoket satu set RM55 dan minyak hitam RM18…….. ini target untuk tukar hari ni……
Last2 time buka tu ada plak nak kena tukar................brake pad dah habis RM18 lagi……rubber dah
Longgar plak….tukar lagi RM8……

Nasib baik ada bawa duit lebih….aduyai……

VW Polo

Nak beli tak mampu....ambik gambar cukuplah...hehhehee....
Ni kereta member yang baru dapat minggu lepas....
.....hanya teman  P ambik kereta dekat Sungai Besi.
Dalamam dan luaran yang menarik....
Padanlah dengan harganya.....
Jika nak yang menarik lagi model Golf...perh......lagi Best....
Harganya pun best.....

Tahniah dengan kereta baru bro....

Friday, May 25, 2012

TT Maman

Kami Warikh dengan ini ingin menaikkan banner menjemput rakan EOCM untuk bersama-sama menyertai program kami seterusnya......

Program    : TT maman dan berondam kek Jeram Tengkek, Batu Kikir, Kualo Pilahdelphia.
Tarikh        : 26hb Mei, 2012 (Sabtu)
Acaro ehh : Mandi dan maman di Jeram Tengkek
                   Melawat teratak Za'aba dan Kg Lonek
Bayaran    : RM30 satu keluarga

Maman     : Nasi di masak fresh kek sanun (gotong royong sesamo moksu. Poksu jgn nak rilek, tolong sekali.. ;D)
                  Ghondang maman disediakan
                  Minuman di sediakan

Peserta    : Potluck  a.k.a lauk tambahan  amat dialu-alukan.



0900pg - Berkumpul di Petronas Jln Panchor-KP. (Selepas simpang 4 Lekas Highway. Kaki bukit)
0930pg - Tayar bergolek.
1100pg- Eta jeram
              Tanak nasi
              Maman-maman
              Basah-basahan
              Solat Zuhur
0330ptg : Teratak Za'aba
                 Group Photo session
                 Mengonal pokok padi & memancing tradisional
0530ptg : Bergorak balik

Maaf tak dapat join kerana den ado kenduri kahwin...
Nanti den copy paste photonya

Tuesday, May 22, 2012

Koleksi EOCM ala-ala airbrush







Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab - Berkenaan Permasalahan Semasa

Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.

Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.

Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka. 

Saturday, May 19, 2012

Perlawanan Akhir Piala FA 2012

Tahniah buat pasukan Kelantan menjuarai Piala FA 2012 yang telah menewaskan Sime Darby 1 - 0 pada perlawanan akhir di Stadium National Bukit Jalil.

Pasar Tani UPM

Pagi tadi sempatlah singgah di Pasar Tani UPM.Last pergi memang dah lama rasanya..Untuk pagi tadi dapatlah mencari pucuk gajus buat ulam bersama budu dan ikan singgang.
Di samping itu ada juga membeli jeruk mamam di situ.......memang seronak juga kalau sesiapa yang dapat pergi pasar tani di sini.
Jeruk Mamam
Pucuk gajus


 Pasar Tani UPM adalah setiap hari sabtu .......

Kemalangan

 Kemalangan berlaku berhampiran pintu masuk Astro pagi tadi.Ini melibatkan rakan sepejabat dengan staf Astro.Punca kemalangan adalah sama-sama nak mengelak bumper di hadapan dengan mengambil cara mudah cilok di bahagian tepi bumper tu.Ini menyebabkan mangsa moto terlanggar divider lampu dan mengakibatkan sport rim pecah.




Keadaan forx pun nampaknya bengkok.Semua kos ditanggung oleh kereta tersebut.


Friday, May 18, 2012

Thursday, May 17, 2012

Juara Exora Tercantik SUT'3

Ini lah juara baru dalam acara exora tercantik di sambutan ulangtahun ke-3 EOCM.

Koleksi P4tin dari EOCM


















Wednesday, May 9, 2012

Friday, May 4, 2012

Gold Coast Morib Resort ,Selangor

Besok pagi akan bergerak ke Gold Coast Morib Resort , Selangor.Ini adalah untuk sambutan Ulangtahun kali ke-3 exora club. Dianggarkan dalam 200 biji exora akan berlepas dari COE Shah Alam ke GCMR.

Wednesday, May 2, 2012

Sukan Tadika

 Sukan Tadika Islam Darul Qayyimah telah diadakan pada hari Ahad baru ni di Kolej Kemahiran Tinggi Mara
 Umar Aiman bermain dalam acara kanak-kanak berumur 5 tahun
 acara pembahagian hadiah