Thursday, December 30, 2010

Cuti-Cuti Cinta[2010] DVDRip


Sipnosis
Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.
Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta...

Genre: Romantic Comedy
General Release Date: 21 OCT 2010
Distributor: MIG Production Sdn. Bhd.
Cast: Farid Kamil,Nora Danish,Cat Farish,Zaibo,Azizah Mahzan,Kazar,Zed Zaidi.
Director:Ahmad Idham
Release Name:Cuti-Cuti Cinta[2010] DVDRip.x264.AC3-KaRL[JWG]
Size: 698 Mb
Quality: DVDRip - X.264 688 x 368 756kbps, LiNE audio - 192kbps VBR MP3
Runtime: 1 Hour 25 Minutes
Filename: Cuti-Cuti Cinta[2010] DVDRip.x264.AC3-KaRL[JWG]

Subtitle: English Subtitle
Hotfile Download

Magika 2010 DVDRip


Magika | DVDRip | AVI | 700MB | 200MB Parts | Screen Res:608X352 | Bitrate:1088Kbps

Language : Malay
Subtitle : English
Pelakon : Diana Danielle, Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M Nasir, Raja Azura, Norman, Yusri, Edry, Aznil Hj Nawawi, Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Amani, Leya, Adibah Noor, Kumpulan Senario
Kutipan Kasar : RM3.14 Juta

Sinopsis
Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika. Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land. Hotfile

Kemalangan



Kemalangan pagi tadi di persimpangan traffic light UPM (Mechenical Eng.)yang melibatkan dua kenderaan iaitu saga BLM dengan Wira aroback. Ini berpunca dari kerosokkan traffic light yang tidak berfungsi dimana semua pemandu ingin cepat sahaja bergerak di persimpangan tersebut.
Nampak mangsa kejadian adalah wanita yang tengah duduk dekat tepi jalan. Nasib baiklah kejadian ini baru sahaja berlaku...kalau tidak aku terlibat sekali dalam kesesakkan yang bakal muncul dengan keperihatinan pemandu Malaysia
yang nak tengok.

Wednesday, December 29, 2010

Piala suzuki 2010 milik Malaysia



Tahniah Malaysia kerana memenangi piala suzuki 2010 dengan keputusan 4-2

Lagi photo di Petrosains


Penentuan Piala Suzuki 2010




Malam ini adalah malam penentuan kemenangan Piala Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia.Walaupun Malaysia berbekalkan 3-0 tetapi kita kena berhati-hati di tempat lawan,apa -apa boleh jadi.

Sekarang dengan serangan cyber dan media Indonesia yang mana tidak puas hati kemenangan Malaysia berpunca dari pancaran laser tidak mematahkan semangan pemain Malaysia bermain malam nanti.

Pastikan Harimau Malaya membahang sang garuda malam nanti

Tuesday, December 28, 2010

Umran Adam

Sedar tak sedar Umran Adam dah hampir 10 bulan...banyak benda yang dah pandai dilakukannya.....


Monday, December 27, 2010

Final 1st round-Harimau baham Garuda

Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.











Friday, December 24, 2010

Final Piala Suzuki AFF




Final Piala Suzuki pusingan pertama di Stadium Bukit Jalil pada Ahad 26 Dec 2010.
Skuad kebangsaan anak didik Rajagobal mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun,
jaringan pendahuluan itu pasti menyulitkan hasrat lawan yang turun bertemankan penyokong fanatik pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta sekali gus meletakkan anak buah K. Rajagobal menghampiri piala berprestij bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

Sama-samalah kita nantikan perlawanan tersebut

Thursday, December 23, 2010

kesesakan

Hari ni menempuh jalan yang sesak teruk di JPJ Semenyih.Jemnya telah melarat panjang sehingga ke highway LEKAS.Aku telah mengambil keputusan tidak melalui jalan tersebut dan lajak melalui highway LEKAS dimana akan exit Tol Semenyih.
Keadaan kenderaan di tol Semenyih

Rupa-rupanya ramai yang ambil tindakan macam aku ni, so samalah dekat sana pun jem.Nak susur exit pun dah start jem ,adalah dalam 1 KM ke tol dimana mengambil masa 30 minit.
Kalau tahu macam ni,boleh aku lajak sampai exit Pajam.....takderlah sampai rumah lewat jam 7:40pm.

Rasa-rasanya dekat JPJ Semenyih tu tengah turap jalan dan ada penutupan lorong.
Ada plak seorang wanita yang salah lorong.....dahlah guna smart tag mai masuk lorong tiket....dah buat lambat...bikin panaslah.....

Harap-harap projek pembesaran jalan tu berjalan dengan cepat sebab terlampau slow...tak ingat...duit tak masyuk kot....

Wednesday, December 22, 2010

Tugu Negara

Ini adalah kali ke-2 ke Tugu Negara Kuala Lumpur membawa anak saudara berjalan-jalan di musim cuti persekolahan.

sejarah tentang Tugu Negara dipetik dari wikipedia

Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.








Tuesday, December 21, 2010

ASB 2010


Sekarang dah penghujung bulan 12 dan juga tahun 2010.Apa yang dinantikan adalah pengumuman BONUS ASB 2010.

Ni nak share sejarah dividen ASB dan Bonus dari tahun 2005 hingga 2009

2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%

sama-samalah kita nantikan

Monday, December 20, 2010

Lagi kemalangan Bas


26 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

Petrosains







Saturday, December 18, 2010

Malaysia vs Vietnam 2010 Piala Suzuki 2010

Hari ini adalah penentu samaada Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala SUZUKI CUP 2010.Dengan kelebihan 2 gol di tempat sendiri diharapkan Malaysia dapat mengekalkan prestasi perlawanan dengan Vietnam di Hanoi malam ini.
Kemenangan Malaysia ke perlawanan akhir adalah antara Filipina @ Indonesia.Sebelum ini Indon mendahului 1-0.

Gol Malaysia Gol

Selamat Pengantin Baru

Arghhhh kenyangnya makan gulai kahwin di Taman perumahan.Selamat pengantin baru semoga berbahagia dan kekal buat selamanya.

Friday, December 17, 2010

Keropok keping


Keropok cakar ayam atau kaki ayam adalah salah satu keropok yang kurang mendapat tempat di hati pelanggan.Mereka lebih gemar dengan keropok keping biasa iaitu ikan tamban atau ikan parang.

Sembang bab keropok ni terfikir nak mengoreng keropok keping yang ada kat rumah .Usar punya usar kat dapur didapati sebahagiannya dah ada bubuk.....nampak lama sangat tak mengoreng....:)
Nasib baiklah boleh dimakan lagi.Sesetengah yang teruk selamat jawapnya di dalam tong sampah.

Thursday, December 16, 2010

10 Muharram

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

- Diterima taubat Nabi Adam a.s.

- Dicipta Adam a.s.

- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.

- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.

- Firaun lemas.

- Dilahirkan Nabi Isa a.s.

- Diangkat Nabi Isa ke langit.

- Diangkat Nabi Idris ke langit.

- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.

- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Wallahu 'alam

Wednesday, December 15, 2010

Tahniah team Bola Malaysia


Tahniah buat team Malaysia kerana berjaya mengalahkan Vietnam 2-0 di stadium Bukit Jalil untuk pusingan pertama separuh akhir.Diharapkan pemain Malaysia mengekal prestasi serupa di Hanoi sabtu ini dan terus ke Final.
Dengan jersey baru berwarna biru itulah membuatkan team Malaysia bermain dengan penuh semangat dan berdisiplin.

Good Luck Malaysia

Tuesday, December 14, 2010

Pulau Warisan

Pulau warisan adalah satu kawasan di mana lambakan pasir yang dibentuk menjadi pulau.Tapak sebenar adalah sebahagian sungai di muka kuala.Kedudukannya adalah dibelakang Pasar kedai Payang Kuala Terengganu ataupun bertentangan dengan lokasi perahu layar monsun cup.

Sepanjang belakang bangunan kampung cina telah diperindahkan dan menjadi laluan utama kenderaan.