Thursday, February 25, 2010

Umar Aiman deman panas

Keadaan Umar Aiman yang tak sihat


Jam 10 malam,21 feb,Umar Aiman telah deman.
Aku bawak pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah.
Demannya bertambah kuat pada jam 2 ke 3 pagi dimana suhunya bermain antara 38 ke 39.8. sahaja.
Walaupun aku basahkan kepalanya suhu still sama macam tu dari malam tu.

Pagi tu jugak pergi ke klinik yang sama dan masuk ubat bontot.Dr. telah buat surat rujukan supaya membuat rawatan lanjut di Hospital kerana deman tak surut.Aku telah membuat pilihan untuk ke Hospital Kajang Plaza medical Center Kajang (KPMC).Disitu Dr.telah mengambil darah untuk di test dan keputusan ok.Alhamdulillah risau jugak dibuatnya. Dr.check paru-paru semuanya ok dan suruh sentiasa basahkan kepalanya dan juga offer jika nak masuk wad untuk rawatan susulan.
Aku pilih balik jerlah dan monitor dirumah sahaja......dari jam 4 pagi sampai ke petang suhunya sama tak lari dari 38 ke 39.++ juga.Pada jam 5 petang aku bawa semula Aiman ke KPMC untuk di periksa keadaannya.
Waktu dalam perjalanan,dimana tak sampai 4Km Aiman telah kena sawan .....ini mesti dah cecah 40 lebih dan oksigen tak sampai ke otak.Nasib baiklah ada air dalam kereta.....buat sapu kepalanya sehingga dia sedar. Kejadian tersebut ada dalam 2 ke 3 minit jugak.Lepas sedar terus sahaja ke KPMC dan terus masuk wad.
Di wad 2 malam jugak menginap......pada malam pertama tu demannya still tinggi jugak......sempat jugaklah
2 kali masuk ubat bontot.....itu pun tak jadi apa....Demannya sekejap ok sekejap tinggi.
Rupa-rupanya dekat anak tekaknya ada ulsur dan tonsen.
Keadaan Umar Aiman sekep ok sekejap tak

Pada malam ke 2 baru lah ok demannya sampai boleh balik t.hari tersebut,dimana Dr telah memberi ubat deman dan pain relief dimana selang 4 jam sekali.
Sebanyak 2 1/2 botol jugaklah masuk air dalam badannya......
Walaupun boleh balik tengahari tersebut,pada petang itu badannya still panas jugak....suhunya cecah ke 38++.
Ini mungkin cuaca yang begitu bahang sekali dan dia pun tak berapa nak ok lagi....sebab ulsurnya belum
baik sepenuhnya.Aku terpaksa juga monitor walaupun malam tu suhunya dah ok......still kena tidur-tidur ayam.

Aku terpaksalah EL 2 1/2 hari...untuk jaganya di KPMC.Lupa plak nak mintak MC dengan Dr....aduhai....
Dan ucapan jutaan terima kasih buat semua kakitangan di KPMC terutamanya Dr.Saiful yang telah merawat anak aku.


Rupa budak yang dah sihat

Friday, February 19, 2010

Fridge Magnet

Update fridge magnet terbaru yang baru dapat.
Sesiapa yang kaki kumpul FM tu....meh cuci mata...hehhehe

semuanya terdiri dari Dubai,vietnam,Oman,Sabah dan Sarawak






Thursday, February 18, 2010

Makan sambil bermain


Mainan yang menggunakan duit untuk bergerak dengan alunan lagu,kini
telah dipasang dikedai makan berhampiran dengan rumah aku.
Dengan adanya permainan ini budak-budak memanglah suka.Anak aku siap suruh
letak duit lagi nak bagi gerak.....jenuh jugaklah cakap ..kata dah rosak.
Apakah motif utama pengusaha restoran tersebut...adakah nak cari untung
lebih atau menarik pelanggan datang.
Jika ada anak kecil,memang menyusahkan ibubapa nak layan.... nak makan
pun tak selesa.....asyik kena tengok anak jer....

Ketika aku makan di restoran tersebut nasib baik ada meja sebelah permainan
tersebut....senanglah nak control...habis anak aku bermain....di lompat-
lompat dan dipanjat-panjat nya....

Ambik!!!kau!!!! penjaga kauter tengok jer...hahahhaha....
Nasiblah siapa suruh pasang permainan tersebut.....
Ini mungkin kali terakhir makan direstoran tersebut.......tak larat nak layan
karenah anak aku tu......jika duduk meja jauh dari permainan tu
lagilah nak kena monitor.......

Wednesday, February 17, 2010

Bentong--Petrosains



Cuti raya cina abang aku dari Muar ada datang kerumah setelah
menghantar anak saudaranya yang dapat melanjutkan pelajaran di oversea di KLIA.
Kebetulan pula Mak ayah aku ada datang dari kampung nak ke kenduri di Bentong keesokannya......so meriahlah rumah aku
dengan bertambahnya,keluarga abang aku dari Muar,keluarga anak saudara abang aku tu dari Kulim(tumpang tido ..anak-anaknya nak jalan ke KL), adik lelaki aku dari Bera dan
adik perempuan aku dari KL......
Perhhhhh...buat pertama kali rumah aku paling meriah......begitu ramai sekali....
aduhai bantal tak cukup rupanya.....hehehheheh maaf yer.....
kena beli lebih ni....sebab bulan 5 nanti ada satu lagi kenduri kahwin di Bandar Baru Bangi .......dimana orang kampung akan datang ramai....

Konvoi ke kenduri kahwin di Bentong dengan 4 biji kereta.....dimana 2 biji kereta terus balik ke kampung setelah selesai.....
Disana ramailah sanak saudara yang lama tak berjumpa dapat bersua......

Keesokan harinya program bawa abang aku ke Petrosains dan aquaria di KLCC.Ini pertama kali buat aku ke Petrosains.Overall memang best......
Aku tak join masuk ke aquaria sebab anak aku tak berapa sihat .......terus balik rumah je.......sakit pinggang aku dibuatnya ...asyik nak kena dukung jer....
campur menangis...aduhai!!!!!.
Dengar cerita anak abang aku tu hilang dalam aquaria....maklumlah budak-budak yang tengah aktif.....jumpa-jumpa dah kat luar menangis....
Nasib baiklah takder apa-apa......

Jom shooping di Nilai 1

Sempena cuti raya cina aku membawa keluarga dari kampung membeli belah langsir di Nilai 1. Jika nak bandingkan harga dan pilihan,Nilai 1 lebih murah dari Nilai 3. Pada waktu ini pengunjung tak berapa ramai mungkin ramai yang balik kampung sempena cuti yang agak panjang.
Jom lihat contoh langsir yang sempat aku snap.
Yang ni memang menarik....membuatkan aku terasa nak tiru corak serta designnya sekali. Tunggu ada duit nanti bolehlah tukar yang dah berkurung lamanya di rumah tu.......


Inilah longgokan kain langsir yang begitu banyak sekali dan kedai ni lah yang paling murah aku rasa berbanding kedai lain.....dengan ada sale
Inilah corak yang mak aku pilih untuk dipasang di kampung nanti

Birthday Aiman



Pada 14 Feb 2010 genaplah Umar Aiman 3 tahun.
Hanya dapat menyediakan kek coklat Ben 10 untuknya.
Walaupun baru sahaja baik dari deman tetapi
pada harijadinya terkena pulak

batuk dan selesema.....
Tetapi Aiman berjaya juga memotong
kek Ben 10 tersebut w/pun tak berapa sihat.

Kebetulan pula tok dan tokki nya ada datang kerumah....so sukalah bebudak tu
Semoga Aiman bertambah sihat dan ceria selalu....

Friday, February 12, 2010

Farewell Hislan


Majlis perpisahan Hislan PI(Lan Siakap) pada 11 feb 2010 di site office.Dept. process and PI sahaja yang terlibat dalam jamuan ini..acara adalah secara kecilan
dan meriah sekali.
Hidangan nasi ayam sg.Besi dan ikan siakap sponsor oleh Hislan sendiri.
Semoga Hislan berjaya di tempat baru dan bertambah maju.


sedapnya kepala ikan siakap

Thursday, February 11, 2010

Aiman deman


Pada 8 dan 9 Feb anak aku Aiman mengalami deman .
Temperaturenya mendebarkan aku sekeluarga......iaitu 39.8C.
Apa tindakan adalah memasuki ubat bontot untuk
meredakan suhu badannya.

Selain itu membasahi tubuhnya dengan air asam jawa dan
daun lidah buaya.

Ini yang membuatkan tak tidur malam kerana terpaksa monitor supaya kejadian lama tidak berulang.
Wife aku terpaksa EL untuk 2 hari untuk menjaga si Aiman.
Memandangkan wife yang tengah sarat aku terpaksa El juga pada
9 Feb
untuk mengambil alih tugas apa yang patut....
Sekarang alhamdulillah semuanya dah sihat.......

Monday, February 8, 2010

Jalan-jalan hujung minggu


Jangan pegang dik......kan kena gigit.....tu dia semuanya buatan besi ....
lokasinya di Jaya Jasco....

DIY lagi

Acara DIY skirting depan yang telah tanggal belah kanan.
Ini disebabkan naik divider tak lepas dan telah sagat....aduhai...
Lokasi kejadian berhampiran gelangan tenis di tempat kerja.

Rupa skirting yang tanggal

Peralatannya

Hasilnya

Gara-gara sagat disebabkan parking tiada....terpaksalah cilok dekat sub station nak park kereta.....waktu tu nak hantar anak ke tadika.
Laluan ke tadika dah tidak dibenarkan masuk......entah kenapa aku pun tak tahu....mesti ada kes ni.....ataupun ramai sangat ambil
kesempatan parking terus kereta di sepanjang jalan ke tadika tu....dan susah nak buat pusingan balik......

Friday, February 5, 2010

Jem luar biasa di Semenyih petang tadi


Balik kerja petang tadi telah tempuh jem yang luar biasa
di Semenyih.Ini disebabkan traffic light di hadapan Masjid pekan Semenyih terlampau cepat untuk lampu hijau.Hanya 3 ke 4 biji kereta sahaja yang lepas. Jem nya dari traffic light sampai ke Hihgway Lekas.

Aku terpaksa lajak ke Hihway Lekas dan exit di tol Semenyih.Terpaksalah bayar tol untuk pertama kali sepenjang highway buka.Rupa-rupanya lepas bayar tol tak gerak jugak.....gara-gara ramai dah yang cilok kesana......hari ni untung gilalah tol semenyih tu...

Begitu lama sekali berada dalam jem lepas tol......so aku mengambil keputusan nak cilok ke jalan bangi lama.....dan akan melalui Rinching Hilir hingga ke Pekan Beranang......jaraknya 10KM.

Nasib baik ada jalan alternative tu.......sampai jugak di rumah jam 7:20pm.......jika aku tak lalu jalan tersebut.....entah pukul berapa sampai rumah.....

Pada jam 8:00pm ,nampaknya dah ada polis mengawal lalu lintas di hadapan trafic light
tu........jemnya still panjang sampai ke Highway Lekas....

Ahh.......lenguh kaki tekan clatch..........

Thursday, February 4, 2010

Surat....Alamat.......Bank.......Online.......

Gara-gara tak tukar alamat surat menyurat, pihak company dah hantar e-mail kepada yang berkenaan termasuk aku dan 11 orang lagi.Ini semua dah lama diberitahu supaya jangan sesekali menggunakan alamat opis bagi surat peribadi.So dapat e-mail barulah kelam kelibut.hehehheheh!!!!!! Asalnya aku dulu tinggal rumah sewa so terpaksalah guna alamat opis...... Kesemua yang terlibat adalah berkenaan "Credit Card Bill" dan "Bank Statement".

Pagi ni terasa nak pergi tukar alamat di bank berkenaan.Hanya perlu mengisi borang dan tulis alamat baru serta no akaun .Urusannya hanya terus ke kaunter yang tak perlu ambil no.giliran.Waktu tu ada dalam 10 orang dan mempunyai 4 kaunter disitu....
Aku terus je cerita apa tujuan aku dan dia ambil borang dan suruh duduk kejap.

Kejap apanya dah masuk 45minit tunggu barulah panggil nama...Dia mintak IC
bagi jerlah...IC tak boleh baca .....lepas tu ambil cop jari sahaja......

Time ambil cop jari tu aku gatal-gatal plak tanya, boleh tolong check kan akaun semasa punya alamat sekali,,,,,,yang ni no akaun loan........itu kena tanya abang sebelah.....hampeh!!!! apa gunanya PC depan dia tu.......
pergilah tanya..."bang boleh tolong check alamat akaun semasa tak....."
abg tu jawap" Dik tulis jer no akaun tu sekali kat situ nanti kita akan tukar sekali.....
abg tu pun ambil borang tu......nanti kita tukar......tanya kaunter tadi dah takder apa-apa ke....ok boleh balik........

Waktu dalam kereta baru terfikir apasal dia tak tukar terus tadi depan aku..........
....ah bertambah benggong dibuatnya......last-last baru terfikir Jika KWSP online boleh tukar profile,takkan bank ni tak boleh........

Petang tu try bukak online.....rupanya boleh buat....hampeh buang masa aku je.....
Tengok online dia orang takder buat apa-apa pun lagi pasal alamat tersebut....
Last-last aku buat secara online jerlah

Status: Successful
Reference number: 1369160942
Transaction date: 04 Feb 2010 Transaction time: 15:18:44

Wednesday, February 3, 2010

Hospital An-Nur


Baru jer lepas buat checkup di Hospital An-Nur,Bandar Baru Bangi pada pagi ni ....Datang pagi tu agak lewat sedikit......Q dah panjang.
Waktu operasi jam 9:00am hingga 12:30pm...... tapi aku sampai dalam jam 9:30am.....tu dia.....dapat no.23.
So jangkaannya pembantu doktor mengatakan giliran aku dalam jam 12:00pm .....apalagi sarapan pagi dululah.

Jangkaan masa memang benar.....dan siap dalam 12:30pm.Waktu scanning kedudukan anak kepala ke atas,harap-harap waktu terdekat ni dia pusing kebawah balik tetapi dua minggu lepas checkup di Klinik Mesra dah masuk jalan.maybe ada lagi ruang-runag yang boleh buat baby tu berpusing.

Sekarang kandungan dah 35 minggu. Jika dalam masa 38 minggu tak bersalin Dr. akan Indius,Ini adalah disebabkan sejarah lama kandungan pertama dahulu.

Dalam 2 minggu lagi akan follow up balik.Harap-harap baby pusing balik yer.Amin.

Tuesday, February 2, 2010

Bagang lalang

Hujung minggu berjalan-jalan bersama anak-anak di Bagang Lalang.Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 1 jam dari rumah.
Begitu ramai sekali pengunjung disana dengan keluarga masing-masing beriadah sambil berkhemah.Apabila sampai disimpang 3 ke pantai....mak......ai...penuh mainan bergantung hayung!!!....tahu jerlah budak- budak nak tu!!!!! nak ni!!!!....terpaksalah aku bergerak jauh dari mainan tersebut.....nasib baiklah ada taman permainan kanak-kanak disitu....so bolehlah bagi dia main disitu ....

Bukan main seronok budak berdua tu....maklumlah dah lama tak bawak main........

Lebih kurang 20 minit ke 30 minit bermain ......aku bawak pula berjalan-jalan ke tepi pantai. Ramai nampaknya orang yang mandi di pantai bagang lalang....waktu ini memang air pasang...so nampak cantiklah.......jika air surut.....tu dia jauh nun disana.....almaklumlah tanahnya landai jer.....


Jika nak makan ikan bakar,banyak kedai disitu yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang fresh. Waktu tu penuh dengan kenderaan disetiap lokasi kedai yang berdekatan.Hajat tu memang nak makan sebab last beberapa tahun lalu.Memandangkan ada banyak laut kat rumah terpaksalah batal sahaja....
Next time boleh pergi lagi.......dengan niat nak makan seafood bagang lalang.