Friday, April 30, 2010

Turn aku plak deman

Dua hari lepas aku kena deman .Badan dah mula rasa sejuk-sejuk waktu bangun pagi dan ada rasa panas sedikit.Memandangkan anak nak pergi ke sekolah...maka terpaksalah aku kena pergi kerja juga. Beberapa jam dah masuk kerja barulah terasa badan tak berapa sihat,ini disebabkan ekon yang sejuk,malah tempat membuat kerja tu lagilah sejuk.. ......


Pada waktu lunch hours aku and the gengs pergi D'tebing sambil pekena tomyam dan air suam supaya dapat mengeluarkan peluh dan segar tubuh badan.

Time balik sempat lagi bungkus Dim sum 2 set buat isteri tersayang yang telah lama memintanya.


Jam 3 petang aku dah tak tahan terasa badan lenguh2...last-last pergi juga ke klinik opis..
Dah dapat makan ubat barulah tersasa sihat sedikit.....
Dekat rumah.......nasib baiklah isteri menyediakan bubur nasi + sup .....ahhhhrr sedapnya....barulah berpeluh molek.......terus segar....
Thanks U my wife.

Tuesday, April 27, 2010

Desa Tasik-Cendol

Hari ini lunch hours dekat kedai Pakcik Cendol di Desa Tasik Sg. besi.Sebelah kiri photo adalah rupa kedainya di kaki lima jalanraya.Sepanjang jalan penuh dengan gerai makanan dan ada juga gerai buah-buahan.Selain itu ada juga disediakan rojak buah,maggie rebus,soya dan ABC.Untuk manu baru adalah Bakso dimana telah menjadi Banner di hadapan kedainya.




Tadi order cendol pulut yang berharga RM2.00.Rasanya memang sedap sekali.Pulut tulah yang membuatkan aku mengantuk tak ingat bila sampai office.






Laksa yang manjadi menu aku tadi sebab minggu lepas dah cuba bakso.Laksa ini berharga RM3.00 semangkuk.









Sebelah adalah bakso special yang dicampurkan dengan ekor lembu.Rasanya boleh tahan juga...sesiapa yang gemar ekor tu bolehlah cuba keenakkannya.Harganya adalah RM 5.50 semangkuk. Jika tiada ekor murah lagi harganya.

Monday, April 26, 2010

Masakan di hari minggu

Pada hari minggu yang tiada idea untuk masak apa.....
inilah hasilnya

Umar Aiman yang begitu suka sekali dengan masakan kentang putar hasil tangan ibunya.









Ayam dibakar mengambil masa 1 jam.











Ayam yang dah siap sedia untuk dimakan

Sunday, April 25, 2010

Res 1



Makan roti Naan (roti tempayan) di Res 1 Kajang Prima.Pada mulanya dengar khabar keenakkannya dari kawan yang tiap-tiap minggu pergi makan ke sana. Itu yang membuatkan aku ingin rasa.Pada permulaan pergi minggu lepas iaitu waktu tengahari.Rupa-rupanya tiada time tu....Start buat adalah jam 5 petang hingga ke malam.Aku hanya makan nasi campur sahaja waktu itu.
Pada malam tadi barulah boleh cuba kembali roti Naan dengan ayam tandoori.Aku hanya bungkus sahaja disebabkan anak-anak tak boleh duduk diam kalau makan di kedai.Rasanya memeng betul-betul sedap dan boleh ulang lagi pada bila-bila masa.

Saturday, April 24, 2010

coretan


Balik kerja malam tadi pergilah BP sg.besi sebelum tol untuk isi minyak motor.Park motor dekat pump 2 dan bukaklah seat ....usar minyak ada banyak mana lagi. nak tentukan berapa RM nak isi.Rupa-rupanya dalam RM3 dah boleh penuh.Pergilah di kaunter pembayaran di dalam.
Habis sahaja bayar dan keluar (seat dalam keadaan terangkat lagi).Sesampai dekat motor aku terus tutup seat dan start moto bergerak.Nak keluar sahaja dari BP barulah terfikir " eh aku dah isi minyak belum ni". pusing balik ke pump 2 tadi....belum rupanya.....apa yang difikirnya aku pun tak tahu.....nasib baiklah takder orang yang sedang isi minyak...buat malu jer.
Mesti geng dekat kaunter perasan sebab dia senyum jer bila aku tengok dia.Rasanya dia nampak melalui cctv tu.....

Friday, April 23, 2010

Umran adam


Semalam Umran Adam meragam disebabkan masalah kembong perut dan sembelit.Jika beliau nak tido memang susah dan tak selesa......time dapat tido pun hanya sekejap sahaja kerana asyik terjaga. Pada Jam 1:30am sampailah ke 6:00am dia duk buat perangai je..Kejap-kejap Adam nangis.......aku hanya tidur-tidur ayam .

Ini mungkin disebabkan banyak bagi susu tepung berbanding susu ibunya.So susu tepung itu memang tak sesuai buat adam.keesokkannya terpaksalah aku tukar susu berjenama baru iaitu susu Anmum.Harganya boleh tahan berbanding dengan harga susu sebelum itu.Mahal sedikit takperlah janji anak sihat.

Wednesday, April 21, 2010

Isteri tersayang-deman



Semalam wife tercinta mengalami deman, dimana badannya terasa sejuk sampai terketar-ketar.....takut dibuatnya jika tengok keadaan waktu itu.Selama kahwin dah 6 tahun lebih,ini baru pertama kali deman yang teruk.
Pada hari tersebut aku kerja shift petang,kebetulan petang tu aku balik rumah hantar anak,biasa lepas maghrib baru aku bertolak balik ke tempat kerja.Nasib baiklah deman sejuk tu berlaku sebelum aku pergi kerja....kalau tak siapalah nak tengok.Dahlah anak baru sebulan lebih dan ada 2 hero lagi yang tengah lasak.
Aku telah bawa wife tercinta ke klinik berdekatan.Ketiga-tiga anak terpaksa di export ke jiran sebelah buat sementara.Sebelum masuk kereta wife telah mengalami muntah-muntah plak....aduhai....bertambah risau.....Keadaan isteri tersayang waktu tu lembik dan tak bermaya jer....muka memang dah pucat.
Nasib baiklah takder apa-apa selepas jumpa doktor di klinik berdekatan.Doktor nasihatkan jika tak baik dalam 2 ke 3 hari lagi datang balik ambil darah.Maklumlah sekarang ni musim denggi......dahlah lorong rumah aku ni dah ada kes denggi 2 bulan lepas.
Deman ni mungkin dari kesan mengurut sehari selepas urut.....mesti habis urat-urat dah mula tegang.Abg doakan semoga ayg tersayang cepat sembuh dari deman.

Lori kontena terbalik



Laluan susur keluar ke UPM mula sesak

Pagi tadi ada sebuah lori terbalik di laluan susur keluar ke UPM di Highway Kajang -Putrajaya.Masa aku tiba di lokasi tersebut jalan baru nak start jem,mungkin baru lagi berlaku kejadian tersebut.Jika lambat sedikit baru best Q panjang berjela......Adakah tayarnya pancit atau saja nak test selekoh C ?
keadaan lori kontena terbalik

Waktu tiba bersebelahan lori tersebut,nampak ada minyak tumpah dimana minyak mengalir melintasi jalan tersebut.Dengan kecekapan polis dan petugas Highway SILK berjaya mengawal keadaan dengan lancar.

Sunday, April 18, 2010

I-City

Bawa anak jalan-jalan di I-City Shah Alam melihat keindahan lampu disekitar taman dan bangunan.Jika anda nak kesana pada hari minggu diharapkan datang awal disebabkan jalan jem tak ingat...nak parking berdekatan dengan lampu memang penuh dan terpaksa berjalan jauh sedikit.

Budak berdua asyik nak bergambar je,waktu tiba di situ...teruja agaknya dapat melihat keindahan di sekitar I-City.


Umar Aiman lelah lagi

Pada 17 April Umar Aiman telah kena lelah gara-gara selesema dan batuk.Pada jam 10:00am telah pergi klinik ambil gas untuk permulaan dan pada jam 10:30pm sekali lagi ambil untuk kali ke 2.



Align CenterJam 10:00am sedut kali pertama
Jam 10:30pm sedut kali ke-2

Saturday, April 17, 2010

Red tail Catfish


Akhirnya terjawap juga apa nama ikan yang dipostkan sebelum ini iaitu "Red tail Catfish".Asalnya dari South America dan kebanyakkannya di Amazon.Jika di sana saiznya adalah setinggi oarang dan rupaya begitu menakutkan.

Friday, April 16, 2010

Nama apa ikan ini?

Kepada kaki pancing dan kaki kedai aquarium apa nama sebenar ikan ini.Ini hasil pemberian pengasuh anak aku yang memancing.Ikan ini aku pernah tengok di kedai aquarium tapi nama sebenarnya tidak diketahui.Memang lawa ikan hiasan ini.....jika harga dekat kedai memang mahal untuk anak kecil.



Wednesday, April 14, 2010

Deco tikar santai



Keadaan dalam bilik anak nampak suram jer disebabkan tiada hiasan ....so marilah Idea.."Deco tikar santai" menjadi hiasan dinding.Nasib baik sesuai dengan warna bilik tersebut.

Banyak lagi design-design yang menarik dan ini salah satu pilihan aku.Tikar ini dari sarawak dibeli di persint 9 Putrajaya.Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah berjalan dan membeli belah disana pada setiap ahad.

Tuesday, April 13, 2010

Telefon Bimbit Hilang???? Apa Yang Boleh Lakukan

Copy Paste from e-mail

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain
alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

Monday, April 12, 2010

cucuk 1 bulan


Semalam genaplah Umran Adam sebulan,dimana adam akan kena cucuk untuk 1 bulan .Adam terpaksa makan ubat untuk mengelak dari terkena deman dari kesan cucukan tersebut.

Sunday, April 11, 2010

Sekitar Sukan Tadika Mimos


Beberapa photo yang diambil dari Sukan Tahunan Tadika MIMOS yang berlangsung di Kompleks 3K,Sri Kembangan.



Friday, April 9, 2010

coretan saja

Hari ni orang kampung datang ke rumah dimana satu kenduri kahwin Najwa akan berlangsung di Dewan serbaguna di Taman koperasi polis di gombak pada esok 10.April 2010. Adik aku dari Tasik Bera pun ada datang juga.....bertambah meriahlah rumah aku hari ni.Pada tarikh yang sama anak aku pun ada “Tadika MIMOS Annual Telematch 2010 di Kompleks 3K.Habis sahaja acara tersebut bolehlah aku terus gerak ke sana.Harap-harap takder delay dalam acara tersebut.

Kebetulan pada minggu ni aku kerja petang terpaksalah banyak pergerakan sikit.Lepas balik kerja jam 11 malam nak kena ambik adik di Kerinchi Link sebab nak join jugak besok

Wednesday, April 7, 2010

DIY -Lantai Tandas bocor


Sebelum ini tandas ke 2 bahagian atas telah mengalami kebocoran atau lelehan air pada bahagian tepi dinding selepas digunakan terutamanya mandi. Ini disebabkan oleh waterproof yang tak cukup masa membuatnya masa dahulu.Anggaran untuk dibaiki semula mengikut kontraktor adalah dalam RM1500. Ini termasuklah memecahkan balik tiles yang sedia ada dan menampal balik simen bancuhan bersama waterproof.

Kejadian serupa ini juga telah terjadi pada rumah sepupu aku dimana kes yang sama dengan aku. Dia telah meminta kontraktor Indonesia membuatnya. Caranya tak perlu pecahkan tiles tersebut mengikut kata Indo.Just hanya korek balik antara tiles to tiles itu sahaja.Dengan cerita dari sepupu aku itu telah membuatkan aku meng DIY kan sendiri tandas rumah aku.So berapa banyak save yang telah aku perolehi.

Aku hanya beli simen biasa dan simen gam 1 kg bagi kedua-duanya dengan nilai RM2.00. Waterproof aku dah ada,iaitu balance masa renovation bahagian bawah.
So modal aku hanya RM2.00 sahaja.Mula-mula aku korek antara tiles tersebut. Keesokknya barulah aku simen dan biarkan 2 hari untuk keras betul-betul.
Selepas itu bolehlah test.....hasilnya memuaskan.

Sunday, April 4, 2010

Pizza Roti

Ubah selera makan pizza roti plak

Bahan2
6 keping roti
6 sosej ayam/daging - direbus dan potong serong
1/4 cili capsicum - potong dadu
(boleh tambah lain2 sayuran spt mixed vege - rebus dulu, atau apa2 sayuran yg sesuai)
3 biji telur - campur garam sikit dan buat scrambled
(kita tambah inti daging yg kita guna utk cara berlauk hari tu - kalau takde ni pun takper..)
mozarella cheese secukupnya
sos cili secukupnya
butter secukupnya

Cara2
Sapurkan roti dengan butter. Kemudian sapukan sos cili. Aturkan sosej atas roti. Taburkan inti daging cincang, cili capsicum dan scramble egg. Kemudian last.. taburkan mozarella cheese. Bakar dlm ketuhar sehingga cheese mencair dan roti nampak sedikit garing. Hidang semasa panas.

DIY atap

Acara memasang atap baru dimana ada kesan pecah yang sedia ada.Ini telah menyebabkan basah di dalam bilik anak aku jika waktu hujan lebat.Memandangkan hari cuti nilah boleh aku panjat ikut syiling untuk tukar.Sebelum ni hanya pakai tape sahaja....itu pun ada bocor juga untuk sementara.
Ini gambar yang aku dah buka sekeping atap yang pecah....tu dia nampak langit membiru.
Rupa atap yang pecah...

Saturday, April 3, 2010

Ronda-ronda mencari sarapan

Hari ini pagi-pagi terasa nak pergi pasar tani di Mardi UPM.Kebetulan tu bolehlah cari ikan haruan buat isteri ku.
Perjalanan masuk melalui pintu utama, dimana kereta dah banyak.Parkingnya tak perlu risau sebab kawasan letak kereta memang banyak disediakan.

Banyak gerai di pasar tani yang ada dimana setiap gerai mengikut kategori masing-masing.Disini senanglah kita nak membeli apa yang diperlukan disebabkan susunan yang teratur serta memudahkan pelanggan.
Ini jualan sayur-sayuran yang begitu segar sekali.....aku tengok jer takda beli.... Apa yang aku cari ialah ikan haruan.......masa aku pergi tu hanya terdapat dua gerai jualan ikan sahaja.Tapi malangnya hari ni tiada orang menjual ikan haruan.

Apa lagi alang-alang dah dekat dengan Pasar Borong Selangor....aku terus memandu kereta ke sana..... dah pasti ada....
Haruan!!!!!hanya Kedai no 98 sahaja yang ada menjual ikan haruan disitu......Harganya untuk 1Kg RM20.00.Selain itu pelbagai ikan yang ada dijual,tapi harganya boleh tahan jugak......mungkin harga ikan sekarang meningkat.
Ini lah ikan haruan yang aku beli di Pasar Borong yang akan di potong untuk dijadikan santapan di tengahari.
Ini talapia merah....buat goreng jer.....sedap

Mari kita tengok hasilnya.....
Jom menjamu selera bersama sup haruan dan talapia goreng berulamkan pegaga