Wednesday, October 22, 2008

Permainan

Di Giant Saujana Kajang ,rupa-rupanya FREE ,tidak perlu masukkan duit RM0.50 untuk bermain berbanding di tempat lain.Mungkin pengendalinya dah untung banyak kot.Anak-anak aku apa lagi……. balun cukup-cukuplah main sampai puas hati……kebetulan waktu tu takder orang……



Jika satu lagu habis,hanya tekan butan hijau saja....akan bergerak kembali...

Kuda

Jika anda melalui pintu belakang UPM dan jalan terus ke tanah lapang dimana ada ladang lembu dan juga kuda.Di situ ada gelanggang menunggang kuda dan juga tempat pemeliharaannya. Waktu pagi dan petang akan kelihatan para-para junior dan veteran akan menunggang kuda .Anda bolehlah membawa anak-anak untuk melihat dari jarak dekat kuda tersebut.



Unit ini telah dibangunkan pada Mac 1997 dan pada awalnya di bawah kelolaan Fakulti Perubatan Veterinar. Pengurusan universiti telah menyerah pengurusan Unit kepada Taman Pertanian Universiti, UPM mulai bulan Julai 2002.
Antara tujuan unit dibangunkan adalah:-

* untuk memberi latihan amali kepada pelajar UPM khususnya pelajar jurusan Veterinar dan Sains haiwan dalam pengurusan dan penyelidikan kuda; dan

* pusat riadah bagi individu atau kumpulan yang berminat untuk aktiviti menunggang kuda. Terdapat 11 ekor kuda yang ditempatkan di Unit Ekuin yang sesuai untuk tunggangan. Selain itu ada 20 ekor kuda padi atau ‘pony’ yang dilepaskan dan meragut di paddock pastura berdekatan.
Stable sedia ada mampu memuatkan 28 ekor kuda. Sebuah stabel yang baru akan dibangunkan untuk memperkembangkan aktiviti ekuestrian di unit ini. Sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan fizikal, penyelidikan dan latihan unit ini. Perkembangan unit untuk jangkamasa panjang adalah meningkatkan sukan ekuestrian agar dapat dimanafaatkan oleh pelajar dan orang awam.

Tuesday, October 21, 2008

Happy Birthday




Selamat Hari Lahir buat Isteri tersayang pada 17 Oct.08 dari anak-anak dan suami mu.Semoga dengan kehadirannya moga-moga bertambah kecintaan,tanggungjawab,kasih sayang dan sebagainya terhadap keluarga.Di harap kesihatan baik selalu sepanjang masa.

Salam sayang dari ku dan anak-anak.

Engkalak



Anda semua pernahkah melihat buah ini? Dalam bahasa Iban ia dipanggil buah engkalak. Ianya sedap dijadikan lauk. Cara memasak nya mudah, cuma rendam di dalam air panas dan tunggu hingga lembut, barulah boleh di makan.

Jika nak sedap lagi taburkan dengan garam halus,tapi bagi aku tak payah garam pun ok.
Ni pertama kali dapat makan/lihat buah tersebut dari kawan,Sarawak.

Rupa biji nya

Jika anda berpeluang bolehlah cuba rasa buah tersebut.....

Thursday, October 16, 2008

Harga minyak mentah turun AS$72 setong hari ini

LONDON: Harga minyak mentah dunia hari ini menjunam di bawah AS$72 setong hari ini, terendah sejak 13 bulan lalu.

Penganalisis berkata, penurunan itu ada kaitannya dengan kebimbangan dengan kemelesetan ekonomi global yang membawa kepada penurunan permintaan bahan api dan tenaga. - AFP

Adakah harga minyak turun lagi kat Malaysia????????
kita tunggu jer!!!!!!!!!!!!!
ker tengah tido tu!!!!!

Wednesday, October 15, 2008

Aquarium

Aquarium

Salam,
Sekian lama aquarium tak dijaga dan hanya di isi atau dipenghuni oleh bermacam-macam barangan di dalamnya sekitar 4 ke 5 tahun.Kini telah berubah wajah setelah dihiasi dengan latarbelakang baru dan dipenghuni oleh yang sepatutnya. Ianya terdiri dari lima ekor lampam dan satu ekor bandaraya terhormat.Kesemuanya siap sebelum puasa baru-baru ini dengan bantuan kedai ikan di kawasan Kuchai Lama.


Sebelum ini ikan yang di bela adalah Arowana Belida yang bersaiz satu inci setengah dengan harga RM20 sehingga ke saiz 2 kaki panjangnya.Ketiadaanya disebabkan air aquarium tidak bertukar beberapa minggu sehingga mati begitu saja.

Friday, October 10, 2008

Ribut Melanda Bandar Tasik Kesuma

SEMENYIH: Ratusan penghuni pangsapuri Tasik Kesuma di sini, panik
apabila ribut pusar seakan-akan puting beliung, menyerang tiba-tiba
menyebabkan ratusan keping atap zink dan kayu `disedut' ke langit
sebelum jatuh menimpa kenderaan penduduk.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, ribut disertai hujan dan petir
menyebabkan bumbung 10 blok kediaman pangsapuri di kawasan terbabit
tercabut selain mengakibatkan lapan kereta penduduk rosak ditimpa
serpihan kayu dalam kejadian mencemaskan sekitar 30 minit.



Penduduk, Ruzita Abdul Rahim, 29, berkata ketika kejadian dia dalam
rumah bersama lima anaknya sebelum angin kencang tiba-tiba melanda
diikuti ribut dan petir.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan langit menjadi gelap serta-merta
sebelum pangsapurinya seolah-olah bergegar akibat tiupan ribut
berkenaan yang datang entah dari mana.


"Saya sekeluarga tambah panik apabila terdengar bunyi objek
seolah-olah tercabut dari atas pangsapuri.

"Beberapa minit kemudian kami terdengar pula bunyi objek jatuh dan
menghempap kereta penduduk yang diletakkan di bawah pangsapuri," katanya

Menurutnya, sebaik ribut petir itu reda, dia dan penduduk lain
terkejut apabila mendapati bumbung pangsapuri didiami itu tercabut dan
serpihannya jatuh.

"Lebih malang apabila bumbung dan pintu kanan Perodua Kancil milik
saya turut remuk akibat dihempap zink dan kayu.

"Kejadian ini memeranjatkan kami kerana ia pertama kami berlaku sejak
kami mendiami pangsapuri lima tingkat ini, dua tahun lalu. Ketika itu
beratus-ratus kepingan atap zink dan kayu berselerakan di bawah
pangsapuri," katanya.

Lebih teruk apabila kejadian terbabit menyebabkan rumah penduduk di
tingkat paling atas pangsapuri dimasuki air hujan menyebabkan
penghuninya terpaksa dipindahkan.

Penduduk, Ismail Mat, 45, berkata penduduk menghubungi pihak pemaju
dan mereka memberi jaminan akan memperbaiki kerosakan itu dan kerja
membaik pulih dijangka disiap dalam tempoh seminggu.

"Sehingga kini 10 keluarga ditempatkan di dewan orang ramai kerana
sebahagian kediaman mereka rosak dan dilimpahi air hujan.

"Kejadian terbabit turut menyebabkan lima kereta penduduk rosak
selepas ditimpa zink dan kayu yang jatuh dari ketinggian lebih 15
meter," katanya.

Tinjauan Harian Metro turut mendapati kejadian ribut terbabit turut
merosakkan bumbung lapan rumah penduduk Kampung Jalan Enam Kaki tidak
jauh dari pangsapuri berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Johan Abdul
Aziz yang turut melawat lokasi kejadian meminta kerja membaiki bumbung
rumah penduduk yang rosak dipercepatkan.

Menurutnya, keadaan serpihan bumbung tercabut yang masih tersangkut di
atas pangsapuri itu boleh mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh dan
menimpa orang ramai.

INI TERMASUK RUMAH AKU SENDIRI UNTUK FASA 7A DAN 7B TERES.
WAKTU KEJADIAN TU AKU BERADA DI KUALA LUMPUR SEMPENA BERAYA DI RUMAH MAK SAUDARA.
JIRAN SEBELAH RUMAH AKU CALL DAN BAGITAHU ATAP RUMAH AKU BAHAGIAN DAPUR DAH TANGGAL.
HABIS BASAH AREA DAPUR TU.......WAKTU CALL TU AKU DAH NAK SAMPAI RUMAH....
AKU JUST LETAK BALIK ATAP TU DENGAN HANYA PAKU DAN LAPIK DENGAN BATU BATA UNTUK SEMENTARA SAHAJA......SEBELUM KONTRAKTOR DATANG REPAIR SEPENUHNYA.
JIRAN SEBELAH AKU MOTOSIKALNYA TERBALIK....TAK TAHULAH BERTAPA KUATNYA ANGIN TERSEBUT......MANAKALA WIFE NYA DI DAPUR PUN SEMPAT TENGOK JUGAK KUALI MELAYANG.....
KEESOKKANNYA BARULAH ATAP RUMAH AKU SIAP SEPENUHNYA......


Atap rumah ku yang tanggal.....

Sawan

Assalamualaikum
Just nak cerita dan share pengalaman pada kawan-kawan….

UMAR AIMAN


Pada 06 Oct. 08 ,anak aku(Umar Aiman) yang berumur 1 tahun 7 bulan telah terkena batuk,tapi malamnya kena deman pulak.Suhunya pada malam tu cecah 38.8 degree.Ubat deman dan batuk telah dibagi padanya...Dalam jam 3 pagi ,Ibunya tersedar kerana Aiman tersetak-setak,rupa-rupanya telah terkena sawan ….pada waktu itu aku dikejutkan dan Aiman sudah dalam keadaan tangan dan kaki kejang.Ibunya cepat-cepat membawa Aiman ke bilik air dan dibasuh kepala dan mukanya…..keadaanya tidak juga sedar lantas dimandikan seluruh badannya……pada waktu itu dah hampir 2 minit kejadian berlaku……dan Aiman juga tidak sedar walaupun aku melakukan petua orang tua jika terjadi.Badannya dah biru dengan mata terbeliak serta buih dah keluar dari mulutnya….Tuhan jer tahu perasaan aku time tu….aku dah fikir macam anak aku dah takder…macam dah tak bernyawa…Ya Allah…..panjangkanlah umur dia….nasib baiklah aku tak berapa penik sangat sebab dah ada pengalaman dari abangnya yang pernah kena……Dengan lantas aku buat keputusan nak bawak ke klinik…disebabkan tak sedar-sedar begitu lama…..(jika pengalaman dari abangnya 2 ke 3 hembus dah sedar)….kereta dan pintu pagar dah dibuka dan setibanya di muka pintu tiba-tiba Aiman menangis…..Syukur Alhamdulillah Aiman dah sedar..bertapa leganya hati dan perasaan ini…..kain basah di balutkan dengan tubuhnya supaya suhu badannya turun.
Walaupun Aiman dah sedar,aku still bawa Aiman ke Klinik pada jam 3 pagi itu di Kajang Medical Center.Doktor telah masukkan ubat bontot bagi meredakan kepanasan tubuhnya.Lepas pada tu kebahlah sikit.Sepanjang hari Aiman dimonitor oleh aku dan ibunya supaya suhunya tidak mencecah ke 40 degree.Pada 9 oct 08 barulah Aiman sihat.

Apa yang aku nak sampaikan ni adalah buat pengajaran pada semua.kalau anak deman jangan pandang sambil lewa….cepat-cepat bagi ubat…….aku sejak peristiwa itu berlaku aku dah jadi takut

Ini ada beberapa tips jika berlaku….(sumber dari internet).
1.Mandikan dia dengan air paip..dari kaki dahulu baru ke kepala….
2.Mandikan sampai dia sedar berulang kali….
3.Jangan sesekali masukkan ubat bontot ketika dia tidak sedar diri…..
4.Jangan goncangkan dia,urut atau lambung…sbb otak dia tak ada oksigen time tu…
5.Cepat-cepat bawa ke klinik….

Kiranya lambat bertindak…akan menyebabkab anak cacat kekal seperti kekejangan….dan anak jadi lembab …..30% akan berlaku lagi kiranya deman pada suhu 37 degree tidak dirawat…dan akan berlaku sehingga berusia 3 tahun….
So…..hati-hatilah…moga jadi pengajaran pada kita semua.

Gambar di bawah adalah abangnya waktu kena sawan di SJMC subangjaya.



Monday, October 6, 2008

Raya 2008

My Family pada pagi raya 2008



Ini gambar Family belah kakak



Ini gambar Family belah adik



Ini gambar anak saudara kesemuanya


Ini gambar adik beradik



Note: Gambar Family belah abang dan gambar satu Keluarga semuanya akan di update nanti

Kampung dan Pantai

Di bawah adalah gambar balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dan gambar sekitar Pantai Batu Burok Kuala Terengganu.



Ini gambar di kampung Undang,Marang belah isteri tersayang


Lokasi Pantai Batu Buruk:Pada 30.09.08 sebelah petang




Gambar di bawah sekitar Taman Permainan Kanak-Kanak Pantai Batu Buruk.
Pada waktu ini,kanak-kanak yang datang bermain tidak begitu ramai.Ini mugkin disebabkan besok Hari Raya Aidilfitri.So senanglah budak berdua ni bermain macam-macam permainan.