Photobucket

Wednesday, October 22, 2008

Kuda

Jika anda melalui pintu belakang UPM dan jalan terus ke tanah lapang dimana ada ladang lembu dan juga kuda.Di situ ada gelanggang menunggang kuda dan juga tempat pemeliharaannya. Waktu pagi dan petang akan kelihatan para-para junior dan veteran akan menunggang kuda .Anda bolehlah membawa anak-anak untuk melihat dari jarak dekat kuda tersebut.



Unit ini telah dibangunkan pada Mac 1997 dan pada awalnya di bawah kelolaan Fakulti Perubatan Veterinar. Pengurusan universiti telah menyerah pengurusan Unit kepada Taman Pertanian Universiti, UPM mulai bulan Julai 2002.
Antara tujuan unit dibangunkan adalah:-

* untuk memberi latihan amali kepada pelajar UPM khususnya pelajar jurusan Veterinar dan Sains haiwan dalam pengurusan dan penyelidikan kuda; dan

* pusat riadah bagi individu atau kumpulan yang berminat untuk aktiviti menunggang kuda. Terdapat 11 ekor kuda yang ditempatkan di Unit Ekuin yang sesuai untuk tunggangan. Selain itu ada 20 ekor kuda padi atau ‘pony’ yang dilepaskan dan meragut di paddock pastura berdekatan.
Stable sedia ada mampu memuatkan 28 ekor kuda. Sebuah stabel yang baru akan dibangunkan untuk memperkembangkan aktiviti ekuestrian di unit ini. Sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan fizikal, penyelidikan dan latihan unit ini. Perkembangan unit untuk jangkamasa panjang adalah meningkatkan sukan ekuestrian agar dapat dimanafaatkan oleh pelajar dan orang awam.

No comments: