Photobucket

Friday, October 10, 2008

Ribut Melanda Bandar Tasik Kesuma

SEMENYIH: Ratusan penghuni pangsapuri Tasik Kesuma di sini, panik
apabila ribut pusar seakan-akan puting beliung, menyerang tiba-tiba
menyebabkan ratusan keping atap zink dan kayu `disedut' ke langit
sebelum jatuh menimpa kenderaan penduduk.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, ribut disertai hujan dan petir
menyebabkan bumbung 10 blok kediaman pangsapuri di kawasan terbabit
tercabut selain mengakibatkan lapan kereta penduduk rosak ditimpa
serpihan kayu dalam kejadian mencemaskan sekitar 30 minit.



Penduduk, Ruzita Abdul Rahim, 29, berkata ketika kejadian dia dalam
rumah bersama lima anaknya sebelum angin kencang tiba-tiba melanda
diikuti ribut dan petir.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan langit menjadi gelap serta-merta
sebelum pangsapurinya seolah-olah bergegar akibat tiupan ribut
berkenaan yang datang entah dari mana.


"Saya sekeluarga tambah panik apabila terdengar bunyi objek
seolah-olah tercabut dari atas pangsapuri.

"Beberapa minit kemudian kami terdengar pula bunyi objek jatuh dan
menghempap kereta penduduk yang diletakkan di bawah pangsapuri," katanya

Menurutnya, sebaik ribut petir itu reda, dia dan penduduk lain
terkejut apabila mendapati bumbung pangsapuri didiami itu tercabut dan
serpihannya jatuh.

"Lebih malang apabila bumbung dan pintu kanan Perodua Kancil milik
saya turut remuk akibat dihempap zink dan kayu.

"Kejadian ini memeranjatkan kami kerana ia pertama kami berlaku sejak
kami mendiami pangsapuri lima tingkat ini, dua tahun lalu. Ketika itu
beratus-ratus kepingan atap zink dan kayu berselerakan di bawah
pangsapuri," katanya.

Lebih teruk apabila kejadian terbabit menyebabkan rumah penduduk di
tingkat paling atas pangsapuri dimasuki air hujan menyebabkan
penghuninya terpaksa dipindahkan.

Penduduk, Ismail Mat, 45, berkata penduduk menghubungi pihak pemaju
dan mereka memberi jaminan akan memperbaiki kerosakan itu dan kerja
membaik pulih dijangka disiap dalam tempoh seminggu.

"Sehingga kini 10 keluarga ditempatkan di dewan orang ramai kerana
sebahagian kediaman mereka rosak dan dilimpahi air hujan.

"Kejadian terbabit turut menyebabkan lima kereta penduduk rosak
selepas ditimpa zink dan kayu yang jatuh dari ketinggian lebih 15
meter," katanya.

Tinjauan Harian Metro turut mendapati kejadian ribut terbabit turut
merosakkan bumbung lapan rumah penduduk Kampung Jalan Enam Kaki tidak
jauh dari pangsapuri berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Johan Abdul
Aziz yang turut melawat lokasi kejadian meminta kerja membaiki bumbung
rumah penduduk yang rosak dipercepatkan.

Menurutnya, keadaan serpihan bumbung tercabut yang masih tersangkut di
atas pangsapuri itu boleh mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh dan
menimpa orang ramai.

INI TERMASUK RUMAH AKU SENDIRI UNTUK FASA 7A DAN 7B TERES.
WAKTU KEJADIAN TU AKU BERADA DI KUALA LUMPUR SEMPENA BERAYA DI RUMAH MAK SAUDARA.
JIRAN SEBELAH RUMAH AKU CALL DAN BAGITAHU ATAP RUMAH AKU BAHAGIAN DAPUR DAH TANGGAL.
HABIS BASAH AREA DAPUR TU.......WAKTU CALL TU AKU DAH NAK SAMPAI RUMAH....
AKU JUST LETAK BALIK ATAP TU DENGAN HANYA PAKU DAN LAPIK DENGAN BATU BATA UNTUK SEMENTARA SAHAJA......SEBELUM KONTRAKTOR DATANG REPAIR SEPENUHNYA.
JIRAN SEBELAH AKU MOTOSIKALNYA TERBALIK....TAK TAHULAH BERTAPA KUATNYA ANGIN TERSEBUT......MANAKALA WIFE NYA DI DAPUR PUN SEMPAT TENGOK JUGAK KUALI MELAYANG.....
KEESOKKANNYA BARULAH ATAP RUMAH AKU SIAP SEPENUHNYA......


Atap rumah ku yang tanggal.....

No comments: