Photobucket

Friday, October 10, 2008

Sawan

Assalamualaikum
Just nak cerita dan share pengalaman pada kawan-kawan….

UMAR AIMAN


Pada 06 Oct. 08 ,anak aku(Umar Aiman) yang berumur 1 tahun 7 bulan telah terkena batuk,tapi malamnya kena deman pulak.Suhunya pada malam tu cecah 38.8 degree.Ubat deman dan batuk telah dibagi padanya...Dalam jam 3 pagi ,Ibunya tersedar kerana Aiman tersetak-setak,rupa-rupanya telah terkena sawan ….pada waktu itu aku dikejutkan dan Aiman sudah dalam keadaan tangan dan kaki kejang.Ibunya cepat-cepat membawa Aiman ke bilik air dan dibasuh kepala dan mukanya…..keadaanya tidak juga sedar lantas dimandikan seluruh badannya……pada waktu itu dah hampir 2 minit kejadian berlaku……dan Aiman juga tidak sedar walaupun aku melakukan petua orang tua jika terjadi.Badannya dah biru dengan mata terbeliak serta buih dah keluar dari mulutnya….Tuhan jer tahu perasaan aku time tu….aku dah fikir macam anak aku dah takder…macam dah tak bernyawa…Ya Allah…..panjangkanlah umur dia….nasib baiklah aku tak berapa penik sangat sebab dah ada pengalaman dari abangnya yang pernah kena……Dengan lantas aku buat keputusan nak bawak ke klinik…disebabkan tak sedar-sedar begitu lama…..(jika pengalaman dari abangnya 2 ke 3 hembus dah sedar)….kereta dan pintu pagar dah dibuka dan setibanya di muka pintu tiba-tiba Aiman menangis…..Syukur Alhamdulillah Aiman dah sedar..bertapa leganya hati dan perasaan ini…..kain basah di balutkan dengan tubuhnya supaya suhu badannya turun.
Walaupun Aiman dah sedar,aku still bawa Aiman ke Klinik pada jam 3 pagi itu di Kajang Medical Center.Doktor telah masukkan ubat bontot bagi meredakan kepanasan tubuhnya.Lepas pada tu kebahlah sikit.Sepanjang hari Aiman dimonitor oleh aku dan ibunya supaya suhunya tidak mencecah ke 40 degree.Pada 9 oct 08 barulah Aiman sihat.

Apa yang aku nak sampaikan ni adalah buat pengajaran pada semua.kalau anak deman jangan pandang sambil lewa….cepat-cepat bagi ubat…….aku sejak peristiwa itu berlaku aku dah jadi takut

Ini ada beberapa tips jika berlaku….(sumber dari internet).
1.Mandikan dia dengan air paip..dari kaki dahulu baru ke kepala….
2.Mandikan sampai dia sedar berulang kali….
3.Jangan sesekali masukkan ubat bontot ketika dia tidak sedar diri…..
4.Jangan goncangkan dia,urut atau lambung…sbb otak dia tak ada oksigen time tu…
5.Cepat-cepat bawa ke klinik….

Kiranya lambat bertindak…akan menyebabkab anak cacat kekal seperti kekejangan….dan anak jadi lembab …..30% akan berlaku lagi kiranya deman pada suhu 37 degree tidak dirawat…dan akan berlaku sehingga berusia 3 tahun….
So…..hati-hatilah…moga jadi pengajaran pada kita semua.

Gambar di bawah adalah abangnya waktu kena sawan di SJMC subangjaya.



No comments: