Monday, November 29, 2010

Ice blog

Menikmati ice blog dekat Tesco.Last beli memang dah lama, adalah beberapa bulan yang lalu.

Rasanya memang best…..












Ini berperisa oreo



Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010


Laluan masuk yang begitu sesak sekali.....kenderaan bergerak perlahan-lahan sahaja.Jika larat nak berjalan kaki bolehlah.....park kereta di sepanjang tepi jalan bahagian luar.
Umar Aiman sempat bergambar dengan Maskot
Pantang jumpa air budak berdua ni

Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun ke-7



Selamat menyambut ulangtahun ke-7.......Lagu ini ditujukan khas buat yang tersayang.
Semoga sihat dan kekal buat selamanya.

Thursday, November 25, 2010

Kepok goreng

Malam ni sempatlah goreng keropok lekor bukit tok beng.Hujan plak tu...sambil pekena air tea O.

Memang menyelerakan dimana sosnya sedap,tapi ada kekurangan sedikit masa makan.Jika sesiapa yang dah biasa makan akan tahu rasanya.Ini adalah kali pertama ada terasa gatal di lelangit mulut semenjak menjadi pelanggan tetap setiap kali balik kampung.
Jika sesiapa yang tak biasa tidak rasa apa-apa pun.....just layan jer.
Maybe ikan yang digunakan agak lama ,maklumlah dah masuk musim hujan dan tengkujuh.
Di harap pihak yang berkenaan dapat menjaga kualiti produknya,jangan mengejar kuantiti sahaja.Pastikan pelanggan anda sentiasa disisi....

Mee Sup

Jom makan Mee sup yang paling top di atas pasar kedai payang Kuala Terengganu.Pelanggan di kedainya memang selalu penuh ....kena molek dok cukup meja....
Photo Umar Aiman menikmati mee sup sehingga licin dihirup kuahnya.Jika nak lebih sedap kena letak sambalnya....barulah ada umpppsss....

Wednesday, November 24, 2010

Anak-anak bersama kambing

Anak-anak begitu gembira sekali balik kampung dapat bermain dengan kambing......
Walaupun kambing jinak,sempat jugak kambing menyondol bebudak berdua tu....

Tuesday, November 23, 2010

Kepok lekor bukit tok beng

Jika sebut dimana keropok lekor yang sedap,kalau tak dekat Terengganu. Jika dahulu yang paling top adalah Losong. Tak dinafikan memang sedap terutamanya sesetengah kedai sahaja.

ada satu tempat......
nama kedainya keropok Lekor B.T.B 2209.Okey B.T.B tu adalah Bukit Tok Beng.
Jika membeli keropok sini memang duk Q sokmo.....panjang dok ingat beratur sampai beleh pala lutuk.
Tapi kini B.T.B telah maju setapak dengan penggunaan nombor tiket.Sekali sekala nak gelak pun ada...terasa macam berada di bank atau di pejabat pos.

Biasanya kedai ni beroperasi jam 8:30am,tapi bebaru ini kebetulan balik dari airport lalulah ikut situ sebab nak beli bawak balik ke KL.Tengok waktu tu jam 7:45am dah ramai orang......last-last ambil nombor dahulu......dapatlah nombor 1011(yg ke 11).....siap balik rumah dahulu dan jam 8:30am datang balik.....sesampai baru nombor 1 dipanggil.
Untuk sampai ke-11 tu mengambil masa 1 jam 30 minit jugak.....kira oklah tu....pernah sekali cecah 2 jam lebih menunggu.

Monday, November 22, 2010

Adam Sakit mata

AMinggu sebelum raya haji Umran Adam telah dijangkiti sakit mata dari rumah pengasuh.Kesian melihatnya sebab Adam baru sahaja 8 bulan,bukannya dia tahu apa-apa.

Sebelum berjangkit ada sorang budak yang telah membawa virus tersebut,dan anak pengasuh sekali turut dijangkitinya.

Adam telah dibawa berjumpa dengan DR. dimana ubat titik mata telah diberikan.Lebih kurang 3 hari barulah nampak mata Adam baik sepenuhnya.Kadang-kadang matanya bertaik selain dari merah.
Last-last sekali Ibunya pun turut dijangkiti.......


Proses membuat rojok kateh

Pada raya haji lepas dapat 2 kaki lembu yang sedap buat sup gear box dan rojak kateh.

Tapak kaki lembu yang dibakar untuk membuang kulit dan tapak sebelum direbus di atas dapur arang.
Ini dia pembantu sebelum proses seterusnya


rojak kateh yang dah siap sedia untuk dimakan

Saturday, November 20, 2010

Selamat Hari Raya Qurban

Sekitar hari raya qurban, tiga ekor lembu untuk tahun ini.

Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Lahir




Ep Birthday buat Usman Affan yang ke-5 tahun,semoga menjadi anak yang soleh.Amin
Dan
mendengar cakap Ibu dan Ayah.


Saturday, November 13, 2010

Penyampaian Sijil Tadika Mimos




Pada 13 Nov 2010 telah berlangsung penyampaian sijil kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun.Anakda baru 5 tahun dan hanya terlibat dalam acara persembahan sahaja.
Acara persembahan disertai oleh kesemua murid-murid berumur 4 ke 6 tahun.

Photo dari hp.....tunggu photo dari kamera



Friday, November 12, 2010

adam demam


Semalam Adam pulak demam selepas abangnya Affan baik.Ini tak tahulah jangkit dari abangnya atau deman nak tumbuh gigi.Demamnya boleh tahan jugak panas ke suhu 39 ++.Balik kerja tadi ambilnya, bawa pergi klinik checkup.Yang tak bestnya DR. kata tak demam 36.5....dahlah badannya panas.Adakah termometer Dr tu rosak.Aku check balik kat rumah 38.3.Nasib baiklah DR. bagi antibiotik.

Waktu Affan demam aku terpaksa ambil EL 1 hari sebab nampak dia tak larat nak ke tadika dan terpaksa monitor sepanjang hari.Alhamdulillah pada hari tersebut jugak Affan baik.Itu yang adam ambil alih demam tu......

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

DIY-Frame gambar

Acara DIY menampal bingkai tepi gambar dari kotak recycle dengan double sided.Saiz gambar yang digunakan adalah 6R untuk ketiga-tiganya.
Frame yang siap kesemuanya dan siap sedia boleh digantung.
Inilah hasilnya......dari kanan Usman Affan,Umar Aiman dan Umran Adam.

Tuesday, November 9, 2010

Poket Game




Poket game adalah satu permainan game yang diminati oleh kanak-kanak selain game boy, PSP ,PS2 dan PS3.Kini anakda telah meminta untuk memilikinya .Ini kerana di tempat rumah pengasuh memang ada salah satu game tersebut.Pertanyaannya tiap-tiap hari,bila nak beli……bila nak beli..membuatkan kesian pun ada…….

Jika nak beli yang canggih-canggih pun bukannya tahu sangat nak mainnya.

So,memadailah membeli poket game sahaja di mana termurah dari game-game lain.Di dalamnya ada 880 game dan percuma cartridge di mana di dalamnya ada 2000 game.Gane ini boleh connection pada TV sebagai monitor.

Harga yang paling best boleh dapat adalah di Lowyat Plaza berbanding di tempat lain.Beza harganya dalam RM50 ke RM80 juga.

Dengan adanya game , harap-harap bolehlah duduk diam di dalam kereta dan bolehlah menunjukkan skill dan boleh berfikir cara strategi untuk menjadi Juara game tersebut.

Thursday, November 4, 2010

Lunch dekat restoran Mat Ayam Kampung

Lokasinya di Sri Kembangan.Restoran memang besar dimana mempunyai 2 tingkat dan semuanya berecon.Untuk parking memang takde masalah disitu,banyak ruangan parking disediakan.
Selain ayam kampung lauk-lauk lain pun banyak disediakan.Yang paling suka ulam-ulaman,sayur pucuk paku,daging cincang dan sebagainya.Jika datang beramai baik ambil order secara hidang...berbaloi-baloi.
Ayam kampung yang disajikan.....jika makan seketul memang tak cukup....sekurang-kurang 2 ketul baru ada kick.

Wednesday, November 3, 2010

Mendung tak bererti hujan

Gambar di ambil waktu Hari Keluarga Cade di Melaka sebelah petang.


Family Day Cade,UPM -Melaka








Family day Cade-UPM telah diadakan di Kemunting Beach Resort,Pangkalan Balak Melaka,selama 2 hari 1 malam.Anak-anak tak melepaskan peluang mandi kolam di waktu petang dimana belum lagi ada aktiviti bermula.
Umran Adam telah memenangi tempat kedua dalam acara Telatah si cilik pada sebelah malam.
Melompat tak ingat sewaktu lagu dimainkan.

Umar Aiman hanya mendapat hadiah saguhati di dalam perlawanan susun puzzle semudah ABCUsman Affan juga mendapat saguhati di dalam acara susun puzzle dalam ketagori umur 5-8 tahun.
Acara sukan disebelah pagi dimana Aiman telah mendapat tempat pertama di dalam mencari gula-gula di dalam tepung.
Usman Affan menerima hadiah di dalam acara membawa bola pingpong di dalam sudu.

Aku hanya dapat saguhati sahaja di dalam acara berlari dalam guni.
Kesemua ahli keluarga Cade bergambar buat kenang kenangan