Photobucket

Tuesday, November 23, 2010

Kepok lekor bukit tok beng

Jika sebut dimana keropok lekor yang sedap,kalau tak dekat Terengganu. Jika dahulu yang paling top adalah Losong. Tak dinafikan memang sedap terutamanya sesetengah kedai sahaja.

ada satu tempat......
nama kedainya keropok Lekor B.T.B 2209.Okey B.T.B tu adalah Bukit Tok Beng.
Jika membeli keropok sini memang duk Q sokmo.....panjang dok ingat beratur sampai beleh pala lutuk.
Tapi kini B.T.B telah maju setapak dengan penggunaan nombor tiket.Sekali sekala nak gelak pun ada...terasa macam berada di bank atau di pejabat pos.

Biasanya kedai ni beroperasi jam 8:30am,tapi bebaru ini kebetulan balik dari airport lalulah ikut situ sebab nak beli bawak balik ke KL.Tengok waktu tu jam 7:45am dah ramai orang......last-last ambil nombor dahulu......dapatlah nombor 1011(yg ke 11).....siap balik rumah dahulu dan jam 8:30am datang balik.....sesampai baru nombor 1 dipanggil.
Untuk sampai ke-11 tu mengambil masa 1 jam 30 minit jugak.....kira oklah tu....pernah sekali cecah 2 jam lebih menunggu.

No comments: