Tuesday, December 22, 2009

Jubah dari Mekah


Anak-anak aku dah tak sabar nak pakai jubah baru.Ini adalah hadiah dari Pak saudara yang baru
pulang dari tanah suci Mekah baru-baru ini.
Mak aku yang bawak dari kampung kebetulan sama-sama nak pergi melihat baby baru di Muar.
Waktu sampai jer rumah terus nak pakai walaupun labuh sangat menyapu lantai.
Nasib baiklah dekat rumah ada mesin jahit.....bolehlah jahit terus.....
terus bergaya mereka berdua.........
Terima kasih Ayoh Ngoh Cek Ngoh.......

Monday, December 21, 2009

Ke Muar


Baby boy

Semalam bergerak ke Muar melihat anak saudara yang baru lahir di sana..Keluarga belah kampung dah bertolak pada sabtu lagi.So bertambahlah cucu bagi Mak ayah aku ni yang ke-15 orang dan bulan 3 ni lagi sorang akan lahir lagi Insyaallah

Pada jam 8:30am dari Semenyih ke Muar mengambil masa 2 jam sahaja. Highway takderlah sibuk mana….perjalanan lancar sehinggalah exit tol tangkak mengambil masa 1 jam 1/2.Setengah jam lagi dari tol ke bandar Muar.

Sampai disana sebahagiannya dah pergi berjalan-jalan ke Melaka.Semua budak-budak takderlah.Ini menyebabkan anak-anak aku dah puas + boring sebab takder geng……siap ajak balik rumah dah……

Layan bermain di Tanjung Emas

Seronoknya
Aku terpaksalah bawa anak jalan-jalan ke Tanjung Emas tak jauh dari situ.View dia memang menarik dan ada tempat permainan kanak-kanak.Apa lagi ajak balik pun tak nak dah …..bukan main sukalah.
Siap kelentong barulah boleh balik setelah jam menunjukkan jam hampir 2 petang…..maklumlah
perut dah panggil untuk diisi. Disitu ada tempat menjual alat-alat permainan plak….aduhai…..nasib baik anak aku tak terpengaruh
Semua itu……siap penjualnya menghala ke budak-dudak tu belon sabun dengan tiupannya.

Pada jam 3:30 lebih gitu barulah geng ronda ke Melaka baru balik…….sukalah anak aku sebab member dah ramai……ajak balik pun dah tak nak…….habislah satu rumah di tawafnya berlari-lari….dengan main pasir +air habis seluar basah……..

Jam 5:00 petang aku dah start nak bertolak balik sebab takut jem kat highway……almaklumlah cuti panjang……Memang betullah sangkaan aku tu…….sampai je area Senawang memang slow bergerak…
Last-last aku cilok masuk exit Seremban/PD lalu jalan dalam….ah lega rasanya……sehingga sampai rumah.

tunggu photo baby yer

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431

Saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua sahabat Muslim.... Marilah kita berhijrah menuju yang Benar & menjauhi yang batil, meninggalkan yang Haram dan tetap serta istiqamah dengan yang Halal... insyaAllah DIA akan mempermudahkan segala urusan kita Dunia Akhirat...

Wednesday, December 16, 2009

Temulawak


Temulawak adalah sejenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol dan menghilangkan jeragat dimuka.
Rupanya sama dengan halia .Temulawak ini boleh dimasak bersama masakan ataupun dibuat ulam bersama nasi.
Sekarang aku tengah makan sebab aku punya kolestrol agak tinggi gara-gara kuat makan seafood dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Kini banyak digunakan dalam perubatan

antara kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
1.Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.Ubat demam( anti-pyretic)
3.Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.Penyakit kulit
5.Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.Berak berdarah(bloody diarrhea) dan disentri.Juga merawat masalah sembelit
8.Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina.
10.Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
Capa penggunaan ialah dengan mengambil 3-9 g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan.selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan ** peringatan, jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan.Kegunaan yang berlarutan(dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.


Friday, December 11, 2009

Adab Minum


Assalammualikum,Kaifa Halukum

Setiap hari kita akan minum dan makan. Tapi adakah cara dan peradapan kita mengikut
apa yang diajar oleh nabi. Atau sekadar hemtam keromo sahaja.
Sesungguhnya apa yang diajar oleh nabi adalah untuk kebaikan pada diri kita jua.
Jadi janganlah kita lupa pada adab.
Adab adalah lambangkan akhlak seseorang.
Jika kehidupan hari-harinya dipenuhi dengan akhlak yang tidak baik.
ia akan membuatkan orang sekeliling tidak akan senang dengan kita.

Jangan lah kita melupakan pada ADAB (Akhlak).
Apabila kita lupa pada adab, kita akan lupa pada SUNNAH.
dan apabila kita lupa pada sunnah, kita akan memperlekehkan atau melupakan pada yang WAJIB.

Adab-Adab ketika minum :
1- Di mulai dengan Bismillah.
2- Gunakan tangan kanan jangan guna tangan kiri sesungguhnya syaitan suka pada bahagian kiri.
3 - Jangan minum smbil berdiri (melainkan tiada langsung tempat utk diduduk) sesungguhnya nabi tidak suka.
4 - Minum dengan membuka ruang bibir saja. tidak dengan sebesar-besar mulut.
5 - Minum air dalam keadaan hirup (bibir bertemu bibir).
Supaya kita akan terasa nikmat air masa yang sama kita akan dapat memastikan air yang diminum itu bersih.
Jika air itu sudah basi, kita tidak terlewat untuk berhenti dari meminumnya.
Jika kita minum dalam keadaan tergopoh gapah ia akan memudaratkan kesihatan.
Kerana jika ia tertelan, mungkin air tu sudah tercemar atau terdapat serangga di dalamnya.
6 -Minum dengan tiga kali tegukkan. Sesungguhnya suhu didalam badan lagi panas dari suhu diluar.
Jadi air diteguk sedikit demi sedikit supaya badan tidak terkejut. Tegukkan pertama lebih sedikit dari yang kedua dan ketiga.
7- Disudahi dengan Alhamdullilah.

Biarlah kehidupan ini ada perubahan, walaupun sedikit. Biar sedikit daripada tiada langsung.
Biarlah kehidupan hari ini lebih baik dari semalam dan biar esok lebih baik dari hari ini.

Waallahualam....Syukran

Monday, December 7, 2009

Gala Dinner 09


Gala dinner untuk kali ke-2 telah berlangsung di Sime Darby Convention Bukit Kiara pada 4 dec.09.
Tema kali ini adalah 1001 malam.Acara berlangsung pada jam 8:30 malam bersama pengacara jemputan Rusly Ramlee dan Rozita dengan persembahan dan lakonan ala-ala Seniman kita Allahyarham P.Ramlee.
Memang bestlah....suaranya memang mantop sebijik dua macam P.Ramlee.
Artis lain yang turut menjayakan majlis adalah Farhana dan Yassin.Dan tak lupa bagi 5 finalist tellent Mimos turut serta dalam persembahan dipentas.

Untuk makanan takderlah best sangat....entah apa masakan aku pun tak tahu...rasa aku best lagi kalau ambik Sila Rasa...hehhehehhe....!!!

Untuk sound system memang gagallah....siapalah yang hander tu....banyak cut off lah.....
sekejap silap bagi lagu lain lah...hhahahhaha bantai gelak jer....
sekejap tak dengar sound....haru biru lah.....
macam tak buat homework jer....buat malu jer....kutuk kutuk......Nasib baiklah pengacara pandai cover sikit.
No. yang hampir-hampir nak bertuah dalam cabutan bertuah

Dalam acara cabutan bertuah kali ini memang tak bertuahlah...macam aku pernah dapat sebelum ni...hihihi.
sepanjang cabutan sebelum ini pun mana pernah dapat cabutan bertuah......
sipi-sipi tu adalah.....tapi nak buat apa sipi jer....


Juara Single Bowling
Tapi naik pentas jugak ambil hadiah untuk acara sukan single bowling tu....."Juara"..
bagi group pun juara jugak....
Satu lagi bagi acara dart pun juara....so aku dapat 3 hadiahlah.....
Hadiah apa tak tahu lagi waktu tu kerana kena ambil di opis......

Waktu balik bukan main meriah lagi dalam acara menangkap gambar buat kenang kenangan di masa depan.
Tu dia macam-macam pakaian yang ada dengan tema 1001 malam dengan post-post maut masing-masing.



Thursday, December 3, 2009

Pergi dan balik yang lama perjalanannya

Perjalanan dari KL ke KT di Lebuhraya Karak
Perjalanan dari KT ke KL di tol Bentong

Balik Raya Haji baru ni mak ai jem “”pergi dan balik tu!!!!!!!!”
Dari KL ke KT mengambil masa 10 jam dan dari KT ke KL mengambil masa 11 jam lebih.Sebenarnya masa yang biasa diambil adalah 6 ke 7 jam sahaja.

Yang teruk jem di kijal kemaman area jualan lemang hingga jambatan di telok kalong mengambil masa dalam 1 jam ½ untuk 10Km sahaja.Ini gara-gara jalan rosak di atas jambatan tersebut disebabkan hujan.

Itu pun main tipu,cilok-cilok ikut tepi…..kalau tak mahu cecah 2 jam lebih jika Q betul.
Sebelum jambatan tu ada satu stesen Petronas,singgah jap beli air dan kudap-kudap…ataupun buang air sekali……..mak ai……..panjang gila beratur nak masuk tandas terus tak jadi.
Nasib baik aku tak rasa nak terkuncil….hanya anak aku jer…..bantai tepi jalan jer…..

View dari petronas kijal
Lepas jambatan tu dan masuk bandar Kemaman barulah ok perjalanan.
Sepanjang LPT takder sesak hanya kenderaan sahaja banyak.
Lepas sahaja bayar tol karak , bergerak dalam beberapa kilometer terus jem gila babang……
Jem lepas tol karak sampai tol bentong….perh……..jem kereng kaki,sebab gerak dalam 30 ke 40km/j.
Lepas bayar tol bentong pun sama jugak,bergerak perlahan sampai terowong karak….
Keadaan lega bila lepas terowong dimana dah mempunyai 3 lane dan ditambah 1 lane lagi menjadi 4 lane.

Umar Aiman Lelah


Pada 1/12 selepas ambil anak dirumah pengasuh ,dimana anak yang no.2 ada batuk-batuk dan selesema.
Selepas maghrib bawak pergi klinik sebab nampak macam semput jer waktu bernafas.
Ni pasti asma atau lelah datang kembali.

“Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.”

Pada waktu itu jugak kena ambil sedutan gas.Selepas tu kembali cergas anak aku tapi batuk still ada.Tetapi jam 1 pagi dimana dah masuk 2 Dec. sekali lagi dia buat hal menangis-nangis…..
Sekali lagi pergi klinik dan ambil sedutan untuk kali ke-2…..malam tu memang tidur-tidur ayam saja.Pada kali ke-2 tak jugak ok disebabkan cuaca sejuk dipagi hari……menangis memang semestinya,boleh dikatakan satu taman dengar…….Last-last jam 6:30 pagi sekali lagi pergi untuk kali ke-3.Nampak anak aku tu oklah sikit berbanding kali pertama dan kedua.Jika dengar cara bernafasnya memang tak selesa lagilah.
Last-last jam 11 pagi buat pergi untuk kali ke-4 barulah ok.
Nasib baik dapat MC bolehlah tidur kejap…..cover semalam punya hal.

Last kena pada akhir bulan 10 09.
Harap-harap aiman baik yer

Raya Korban + rojak kateh


Pada tahun ini majlis korban lembu di kampung hanya 2 ekor sahaja,tak seperti tahun-tahun sudah yang lebih dari 2 ekor.Ini kerana tidak mencukupi kakitangan yang hendak melapahnya.Majlis berlangsung agak lewat sedikit disebabkan penyembelih menyebelih di kawasan lain dahulu.

Walaubagaimanapun acara dapat siap sebelum solat jumaat dengan kepakaran masing-masing

Belah keluarga aku ada menyertai 3 bahagian untuk 1 ekor lembu tersebut.


Aku ada ambil 2 kaki lembu untuk dijadikan rojak kateh.

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dimasak bersama air cuka berlada.




Kuahnya mak aku dah siapkan pada malam itu jugak.Memang meletuplah……sebab hasil sendiri,kalau beli dekat kedai sedikit sahaja RM1 sebungkus,tak puas hati makan.



Acara membekar daging tak lupa juga...hehehehe


Monday, November 30, 2009

FM update

FM update…

Dapat beberapa FM terbaru dari wife aku hasil pemberian kawan-kawannya dan juga beliau sendiri. Bagi sesiapa yang kaki buat koleksi bolehlah kongsi-kongsi FM ye…hehehheh…

Sekarang kalau nak kumpul pun yang “jatuh tak pecah “,almaklumlah anak-anak semuanya lelaki….faham-faham jelah…tak gitu Bro Kash….

Bahagian atas pintu peti ais dah penuh rupanya.

So kini bermula tampalan bahagian bawah plak.Harap-harap anak-anak tak buat main.Kalau dia main pun hanya yang mereka minat sahaja….nak-nak ada upin ipin ni.





Geng Upin Ipin
Dah penuh sebahagian pintu bahagian atas

New fashion & decoration combinative sticking paper

Acara DIY sticking paper di dinding rumah.
Corak stiker mempunyai pelbagai rupa bentuk,dimana sesuai untuk bahagian bilik tidur, tandas,ruang menonton,tingkap dan sebagainya.
Kita bolehlah menyesuaikan corak yang dipilih untuk dihias


Dua contoh corak sticker paper

Pemasangannya adalah senang kerana caranya telah disediakan atau mengikut idea sendiri. Jika salah atau silap pemasangan dan ingin membukanya semula tidak ada masalah cat tanggal pada dinding tersebut.

sebahagian telah ditampal.

Tengoklah anak-anak pun sibuk untuk membantu menampal sticker paper pada dinding
rumah.Hanya bagi anak-anak menampal untuk sticker yang kecil-kecil sahaja.
Ada sesetengah tu kena betulkan balik disebabkan terlampau rapat antara satu sama lain.


Inilah rupa sticker paper yang telah siap dipasang pada dinding rumah.Hasilnya memang memuaskan dan berbaloi dengan harganya.

Friday, November 20, 2009

Ikan lampam dalam kenangan

Bebaru ini berakhirnya binatang peliharaan aku iaitu ikan lampam yang telah mati kesemuanya. Ikan bandaraya yang kebal pun turut mati juga.Punca kejadian tidak diketahui.Tetapi sebelum ikan mati dia buat tak nak makan hampir satu minggu.......
Ini gara-gara lepas bagi makan anak udang.
Maybe itu puncanya.......

Tapi sekarang aku ada bela lain....iaitu turtle..hehhehheheh
lagi senang,tak payah bagi makan....hehehheheh

gambar turtle..hehehhe


gambar lama dalam kenangan

DIY-Cat grill

Memulakan acara DIY terhadap pintu grill yang dah berkarat bahagian pintu dapur
selum pergi solat jumaat.
Semua bahan dah ada .Ini semua balance cat dahulu yang ada dalam simpanan lagi.
Aku hanya melakukan kerja mengecat sahaja.


Rupa sebelum cat


Inilah hasilnya....silau dibuatnya

Wednesday, November 18, 2009

Makan-makan

Jom sembang pasal makan-makan.
Sekarang mari cuba masakan cendawan goreng yang rangup.
Bahan-bahannya adalah tepung kentucky,sebiji telur dan cendawan.

Tepung Kentucky


Cendawan dicelup telur dan digaul tepung

Tujuan telur adalah tak nak bagi minyak banyak melekat dan sedap dimakan.
Caranya celupkan cendawan kedalam telur yang dipukul dan gaulkan bersama tepung kentucky.
Gorenglah di dalam minyak yang panas.
Lepas tu makanlah sepuas hati....sehingga menjilat jari.

Jom makan

"100 soal jawab psikologi anak"


Buku yang bertajuk "100 soal jawab psikologi anak" adalah kompilasi soal jawap prikologi anak dari majalah PA & MA.Majalah keibubapaan ini adalah nombor satu di Malaysia.Soalan-soalan yang dikemukakan banyak menyentuh mengenai psikologi,perangai,emosi,kesihatan,masalah anak bila anak boleh berdikari.

Semua soalan itu telah dijawap oleh doktor yang pakar dalam bidang masing-masing.Jadi bagi memudahkan ibu bapa memahami alam kanak-kanak maka telah dikumpulkan soalan-soalan yang pernah diterbitkab dalam majalah PA & Ma untuk dibukukan.

Ini memudahkan ibu bapa untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan sikiranya anak-anak buat perangai.
Jadilah ibu bapa yang prihatin dan dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna bila mereka
besar nanti.

Jalan sesak

Pagi tadi jalan sesak teruk dari pekan Semenyih sampai ke Tesco Semenyih.Ini disebabkan petang semalam ada berlaku ribut yang teruk di sekitar pekan Semenyih.
Banyak pokok besar,papan tanda telah tumbang.
Ada sesetengah kedai rosak dihempat papan tanda yang tinggi.

Sebahagian tiang lampu yang tumbang(lihat pada bulatan putih)

so pagi ini, banyaklah kenderaan yang nak melihat keadaan yang berlaku semalam.

Keadaan kenderaan yang bergerak perlahan

Tuesday, November 17, 2009

Bera

Pada ahad 15 Nov 09 berjalan ke Bandar Bera Pahang.Pergi ke sana adalah melawat adik yang dapat menjadi pendidik di Sekolah Keb.Gemuruh Bandar Bera.Sekolah tersebut adalah sekolah orang asli,dimana dikelilingi kebun getah dan kelapa sawit.

Perjalanan dari rumah,Bandar Tasik kesuma ke Bandar Bera dalam 130++ KM mengambil masa dalam 2 jam ++.Perjalanan adalah melalui jalan lama ke Seremban sehingga ke bukit putus.Jalan baru bukit putus dah siap tapi belum dibuka secara rasminya.Jika dibuka masa yang diambil melaluinya adalah cepat.
Jika dari Kuala pilah,kita akan terus meghala ke Bahau dan melalui jempol.Bila tiba di
simpang empat,dikehendaki memilih laluan ke Temerloh dalam 80KM.

Sepanjang perjalanan anda akan melalui kebun-kebun getah dan kelapa sawit dan pekan-pekan
kecil seperti Kemanyan.Perjalanan diteruskan menghala ke triang dan seterusnya ke Bandar Bera.


Photo anak saudara

Adik menyewa di Taman perumahan area pekan tersebut.Jika lihat pekan Bandar Bera memang besarlah,
kalau dahulu dengar perkataan Bera tu memang fikiran kita anggap area Ulu tapi tidak rupanya.
kemudahan-kemudahan banyak disitu.


Di rumah adik di Bera

Jarak rumah adik ke sekolah mengambil masa dalam 30 minit jugak.Jika dari jalan besar untuk masuk
menghala ke sekolah tersebut dalam 3Km dan terpaksa menempuh kebun getah dahulu dan diikuti kelapa
sawit.Waktu pergi melihat sekolah sempatlah melawat perumahan orang asli.


Perjalanan ke sekolah

Anggapan salah,rupa-rupanya orang asli kini sudah moden dimana rumahnya rumah batu,mempunyai astro dan
kenderaan sendiri iaitu motosikal dan kereta.Mereka pun dah pandai mewarnakan rambut.
Rumah beratapkan nipah dan berdindingkan buluh sudah tak wujud lagi.

Monday, November 16, 2009

Birthday Usman Affan

Pada tanggal 14.11.09 ganaplah Usman Affan berusia 4 tahun.Kami sekeluarga
merancang membuat sedikit acara makan dirumah,di mana hanya menjemput
anak saudara dan kakak ipar sahaja.Ini kebetulan jatuh pada hari cuti.

Juadah telah disediakan oleh isteri tersayang dengan masakan Western.Tahniah
buat isteri kerana berjaya dengan cemerlang dimana masakannya perhhh meletop,
sedap tak terkira.

Ayam Grill
Ayam sebanyak 2 ekor telah disediakan untuk jamuan tetamu,Kentang putar beserta
kuahnya,Sup cendawan,Coleslaw dan sedikit nasi goreng.


Kentang Putar


Sup Cendawan


Ini anak bersama hadiah masing-masing,walaupun bukan hari lahir adiknya umar Aiman dapat juga hadiah...hehehheh kalau tak bergaduh.


Ayam yang dah masak dan dipotong


Coleslaw

Tuesday, November 10, 2009

Geng

Tu dia anak aku asyik duduk layan cerita Geng (Upin Ipin) jer tiap-tiap hari.
Siap ingat dialog2 tertentu.....

The Mines

Berjalan-jalan dekat The Mines

Monday, November 9, 2009

steamboat

Pada hari minggu terasa nak makan steamboat.
Ini adalah untuk juadah di tengahari.Pada sebelah pagi mencari bahan
bahan di Tesco sahaja.
Sebahagian daripada bahan yang disediakan untuk steamboat tomyam.
best!!!!!!

Sunday, November 8, 2009

Zoo Negara

Bersama anak-anak melawat Zoo Negara.
Sekarang harga tiket masuk Zoo Negara dah naik rupanya.Untuk dewasa dah mencecah RM20 seorang,manakala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas RM6.
Waktu masuk dalam nak naik tren pusing-pusing pun dah kena tiket juga.Waktu dahulu Free sahaja.Harga tiketnya RM3 untuk dewasa manakala kanak-kanak 2 tahun ke atas RM2.

Thursday, October 29, 2009

Photo Raya di opis

Lama tak posting ni....
Meh layan photo raya di office
yang dah berkurung