Monday, May 31, 2010

Coretan standby


Pada Ahad aku standby untuk create a new recipe of MY0085.Anggaran contact patternlah,tapi malangnya lot tersebut dah sangkut di BE201.So equipment tersebut DOWN.

Kring!!!Kring!!!Kring!!!Kring!!! berbunyi h.phone aku pada pagi Ahad tersebut........
Ini masalah tak boleh alignment plak untuk metal 3 of MY0024.....lot urgent katanya nak siapkan esok.Terpaksalah datang sebab aku stanby.....layan jer....nanti boleh claim replacement leave cuti sekolah Yahoooo.com.......

Aduhai.....lot ni rupa-rupanya ada process baru iaitu machine baru CMP process.Dengan adanya CMP process dapatlah dia meratakan permukaan wafer tu dan tiadalah pattern putus-putus lagi.

Tapi yang tak bestnya L dan alignment mark dah tak nampak disebabkan oleh CMP tadi.Ini terpaksalah kena edit sedikit recipe di stepper.Biasanya metal 3 align ke metal2 atau metal1.Kini terpaksa align ke via2 pattern.
CD sem juga kena buat new recipe sepatutnya...tapi pakai pause jer....letak manual align dan measurelah ia.....
Dan tak lupa juga overlay yang terpaksa buat new recipe........

itu sajalah coretan stanby hari ini.........

Sunday, May 30, 2010

Basikal

Anakda berdua dapat basikal baru yang dibeli di Pekan Semenyih.Nasib baiklah dapat harga yang agak murah,maybe kedai yang telah uzur dan tak perlu bayar sewa kot.Warna adalah pilihan masing-masing.

Basikal Usman adalah bersaiz 20' berbanding Umar 16' .Sekarang hanya bermain di dalam rumah dahulu sebelum bermain di luar.Kasi traning dulu...hehehhehe.....

Beryl's Free Chocolate Buffet @ Bandar Baru Bangi



Sempatt jugak pergi pada petang jumaat selapas hujan lebat berhenti dalam pukul 5 petang.Waktu itu orang tak berapa ramai berbanding sebelah pagi dan sebelum hujan mengikut dari security guard.Aku beratur pun takderlah lama sangat sehingga sampai ke kawasan buffer tersebut.....dapatlah rasa beberapa jenis chocolate yang disajikan.
Bersebelahannya ada dibuka kaunter jualan chocolate ...sempat jugaklah membeli 2 jenis sahaja.....
Inilah dia kilang Beryl's dari luar pagar.Tengok tu penuh kereta yang parking disepanjang jalan untuk menikmati makanan percuma.
Ni dia Usman Affan yang begitu asyik makan chocalate bersama adiknya....
salah satu yang aku beli.....

KFC


Semalam bawa anak makan di KFC
Jika ikut masa berlalu memang dah lama tak makan di KFC.Kebetulan ada promosi Black Pepper Chicken...itu yang membuatkan nak merasai keenakannya walaupun dah tahu lama.
Ini Usman Affan yang hanya makan fun fries dan air milo sahaja.....ayam tak nak...duk sibuk dengan mainan KFC.
Ini plak Umar Aiman yang tak duduk diam...asyik nak main jer.....nasib baik banyak dia makan berbanding dengan abangnya.

Inilah mainan yang diingini oleh kedua-dua anak aku tu.....dari pembelian kids manu

Wedding fiza n epul

Menghadiri kenduri kahwin diKampung Geduhom Dangi,Jehol Negeri Sembilan.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 1/2 dari rumah ke tempat kenduri.Nasib baiklah ada Highway Silk dan juga highway bukit putus yang telah siap, dimana banyak mempercepatkan perjalanan ke Pekan Kuala Pilah.
Sampai di sana ,pengantin sedang bersanding di atas pelamin ....sempat juga tengok....
Pengantin sedang bersanding

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Kereta pengantin

Suasana tetamu yang begitu ramai di rumah pengantin perempuan.

Saturday, May 29, 2010

DIY-tingkap



Pada hari ini berjaya juga melakukan DIY terhadap tingkap dapur sebanyak dua daun.
Frosted glass beli di Bandar baru bangi dengan kos rm3.5o untuk 1 kaki jika DIY sendiri.Jika pemasangan dilakukan oleh pihak beliau,bayaran dikenakan adalah rm 4 sekaki. Nasib baiklah dapat kurang setelah tawar menawar dilakukan.
Ini frosted glass yang dibeli dan akan DIY sendiri.Corak macam-macam ada di situ.

Ini gambar yang dah siap belah kiri dan sebelah kanan tu tengah dipasang
Inilah rupa frosted glass yang dah siap semuanya.

Wednesday, May 26, 2010

Diy rak

DIY rak untuk letak botol-botol masakan.Asalnya satu lapis sahaja.....tapi aku mengdiykannya menjadi dua tingkat.
Bahan-bahannya adalah papan kayu dan alat pertukangan.



Rupa rak yang dibuat setelah siap dipaku setiap sudut,Pastikan setiap paku kuat dan mengcukupi untuk memastikan rak tidak bergoyang.
Hasil yang sudah siap.Jika nak lebih cantik lagi bolehlah cat

Inilah hasil setelah siap sepenuhnya.

Tuesday, May 25, 2010

Puding

Hasil tangan wife dihari minggu bebaru ni....best tak ingat...TQVM nanti birthday boleh buat lagi....hehhehehe...

Monday, May 24, 2010

Satay


Menikmati satay di Restoran sup Urat keting di seksyen 7,Bandar Baru Bangi.Rasanya memang sedap berbanding satay Hj Samuri Kajang.Nampak gayanya aku akan beralih angin kesini lagi untuk kali berikutnya.Jika makan satay daging ,isinya lembut macam daging ayam.Kuahnya not bad lah.....mantop...
So bolehlah cuba bagi bloggers2 sekalian,

Sunday, May 23, 2010

Taman Permainan



Singgah sekejap di Taman permainan Tasik Perdana Kuala Lumpur selepas berjalan-jalan dirumah saudara di Taman Koperasi polis KL.







Friday, May 21, 2010

Terbabas


Balik dari ambil anak balik sekolah semalam memang hujan lebat tak ingat.Banyak kawasan yang dinaiki air dan banyak jalanraya mengalami kesesakan.
Ini satu kemalangan yang berlaku di exit ke tol UPM,waktu tu baru lagi berlaku dimana mangsa baru keluar dari dalam kereta.Dah ada 2 ke 3 buah kereta dan moto berhenti memberi bantuan.
Hujan adalah renyai2 waktu tu......

MC


Semalam anak tekak sakit,nak telan air liur pun terasa sakit.Pergi ke Klinik berdekatan,disahkan oleh DR.tekak aku merah.....Badan pun terasa lemah macam nak deman jer.....Nasib baik DR. offer MC kat aku.....Kalau dia tak offer ...aku mintak jugak.

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru di Tadika




Pada 19 May, Tadika Mimos telah mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Ibu.Para Ibubapa bolehlah membawa makanan secara pot luck disamping Tadika sediakan sedikit juadah makan petang.
Acara bermula dengan game untuk Ibubapa dimana ada hadiah disediakan untuk para pemenang.
Acara berikutnya adalah ucapan dari wakil pelajar tadika buat guru-gurunya dan pembahagian hadiah dari hasil tangan anak-anak buat Ibubapa sempena hari Ibu.
Acara diakhiri dengan jamuan makan.

Terima Kasih guru kerana mendidik anak-anak kami semua........
SELAMAT HARI GURU

Anak


Photo Lama ni
Gambar anak-anak aku yang berusia 2 ke 4 bulan,Semuanya dapat pakai baju yang sama.





Usman Affan






















Umar Aiman
























Umran Adam

Monday, May 17, 2010

Di hari minggu


Minggu ni penuh dengan kesibukan dimana ada kenduri kahwin di Ijok dan projek mega menyiapkan tempahan karipap hampir 100 bungkus.
Pada pagi-pagi Sabtu dah bergerak ke Pasar Semenyih membeli ikan sebanyak 3 kilo serta bahan untuk membuat karipap.Pada pagi Ahad pun sama tambah lagi 3 kilo ikan sebab tak cukup lagi.
So jika ada inti bolehlah buat karipap dengan senang dan laju.Alhamdulillah rezeki......
Hanya dapat buat separuh dahulu disebabkan ada permintaan orang lain juga.

Pada Ahad ,ada kenduri kahwin di Ijok,Bukit Badong,Kuala Selangor.Kebetulan pada hari yang sama juga, anak saudara pengasuh pun ada kenduri kahwin di area yang sama.So aku dijemput untuk sana sekali.Dapatlah lepak dirumah Mak pengasuh anak tu (nenak kepada anak-anak aku).Dimana nenak tu nak sangat tengok Aiman.
Waktu balik dapatlah konvoi bersama-sama pengasuh .......
Terserempak dengan pelangi waktu nak sampai rumah pada petang tersebut...rupa-rupanya hujan lebat malamnya.

Thursday, May 13, 2010

Urut


Ahhhh..leganya badan apabila aku mengurut satu badan.Ini gara-gara aku jatuh macam "Nangka Busuk" dekat rumah.Masa di ambil adalah 2 jam...memang terbaik......terasa lega habis.
kesemua urat terbaik katanya......hanya pada bahagian jatuh tu....sahaja...tapi dah dibetulkan kembali......next time boleh repeat lagi....

FM

Kuching
Langkawi
Londan

Terima kasih kepada yang beri FM seperti atas.

Tuesday, May 11, 2010

Putrajaya

Pada sebelah petang bawak anak berjalan-jalan di Putrajaya.Almaklumlah pada hari sabtu duduk rumah sahaja.Itu yang membuatkan anak terasa bosan.kawasan yang aku bawak adalah berhampran dengan PICC.

Kebetulan pada hari itu adalah hari ibu ,aku bawak makan western di Bandar Baru Bangi selepas sahaja anak-anak puas bermain.




Monday, May 10, 2010

Bowling wafer fab 2010



Pada 9 May 2010 telah berlangsung Bowling tournament di Bukit Jalil Golf Resort.
Sebanyak 10 team telah menyertai kejohanan tersebut yang turut disertai oleh Manager.

Berikut keputusan keseluruhan:

1.Grand Livina ; Total = 1296

1. Zul Husni

2. Haiza

3. Akashah

2.Alfa Romeo 156 ; Total = 1218

1. Sabri

2. Firza

3. Azuan

3.Lancer Evo ; Total = 1209

1. Syahir

2. Sally

3. Shafie

4.Audi R8 ; Total = 1181

1. Khairil

2. Kamariana

3. Shamsul

5.Chevrolet Optra ; Total = 1100

1. Fairuz

2. Asmah

3. Shaidi

6.Ford Ranger 2.5 ; Total = 1080

1. Shahrilzul

2. Fadzilah

3. Asbari

7.Bugati Veyron ; Total = 1065

1. Azni

2. Hilmy

3. Herman

8.BMW 525i M-Sport ; Total = 1034

1. Bojeng

2. Engku Hilmi

3. Halim

9.Mazda 6 Sport ; Total = 928

1. Firdaus

2. Nora

3. Bazura

10.Porsche Boxster 2.5 ; Total = 928

1. En. Iskandar

2. Mr. David

3. Letchumy


keseluruhan peserta bowling

Best Player Wanita
Best Player Lelaki