Wednesday, December 31, 2008

Cuti


Pada hujung tahun ni ramai yang mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga masing-masing.Seperti anda tahu banyak Public Holiday pada bulan ini. Lebih dari separuh parking kereta di tempat kerja banyak yang kosong , terutamanya parking batu,hanya beberapa biji kereta sahaja.

Tuesday, December 30, 2008

Kepulangan Jemaah Haji


Pada 28 Dec 08,Mak,Ayah dan kakak selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada jam 7:15 pagi.
Di sana disediakan satu layar besar untuk tatapan para penyambut ketibaan jemaah haji secara live sewaktu pendaratan kapal terbang sehingga keluar jemaah ke pangkuan keluarga masing-masing.Pada hari tersebuat adalah penerbangan ke-2 jemaah yang turun di Kuala Terengganu dari Jeddah.
Keaadaan semuanya sihat.

Perkahwinan Mazlina dan Faizal


Dua Pengantin Sejoli


Ketibaan Pengantin Lelaki

Pada 27 Dec 08 berlangsungnya perkahwinan anak saudara aku di Kampung Undang,Marang Terengganu.
Sebelum 1 hari majlis berlangsung,hujan sepanjang hari tak berhenti.....risau dibuatnya..takut air naik.
Nasib baik pada majlis tersebut hanya hujan rintik-rintik sebelah petang sahaja....
Acara berjalan dengan lancar.....aku tak banyak boleh tolong dengan kaki yang tak baik lagi.....hanya kerja-kerja yang ringan sahaja yang dapat aku buat.......

Selamat pengantin baru buat Mazlina dan Faizal
Semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat.


Dalam sibuk Persiapan Kenduri ada tetamu rupanya....3 ekor jugak jumpa.....
Ini mungkin disebabkan hujan.

Suasana Di Kampung

Suasana di kampung

Keropok Lekor di Bukit Tok Beng


Keropok Lekor di Bukit Tok Beng

Ini adalah salah satu kedai yang tengah top di Kuala Terengganu.Ia terletak di kampong Tok Beng…..Jika anda dari Jambatan Sultan Mahmud....lepas dari bekas TOL ada satu traffic light dan belok ke kanan ……dalam jarak 2.5 Km anda akan jumpa satu kedai keropok dekat selekoh dan parking kereta yang besar disediakan. Hanya satu kedai keropok sahaja disitu…….Waktu berniaga adalah dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan hari jumaat TUTUP.Cara membuatnya adalah menggunakan mesin sepenuhnya.

Semalam pergilah beli sebab dapat tahu memang sedap keropok lekornya.Sah terbukti dari keluarga dan juga saudara ku mengatakan sedap.
Sampai di kedai itu dalam pukul 9 pagi….......dah panjang beratur Ada makcik tu pukul 7 pagi dah terpacak di situ.
Aku ambil masa dalam 3 jam jugaklah nak sampai giliran membeli tu….mungkin cuti sekolah?.Tapi hari biasa pun beratur juga.Tapi kali ini lagi ramai.
Bila Satu periuk angkat habis…….macam tulah seterusnya.
Jenuh jugak menunggu.......alang2 beratur.....terus jer....

Keadaan waktu beratur

Wednesday, December 24, 2008

Affan



Semalam genaplah umur anak aku yang sulung 3 tahun 1 bulan 1 minggu 2 hari, bersamaan
25 zulhijjah 1429 iaitu selasa 23/12/08.
Kejadian yang berlaku dimana anak aku dah tak pakai pamperslah………Alhamdulillah save sikit duit.Jika pakai pun waktu tidur malam sahaja.Maklumlah sekarang harga pampers dah naik.
Ini semua adalah hasil usaha bersama dengan isteri di hari tidak bekerja,dimana setiap 15 minit bertanyanya.Lepas tu 30minit dan seterusnya.
Kadang-kadang tu ada jugak terlepas…….ada atas tikar dan ada juga di atas meja….hahahha
Itu semua biasalah……..
Sesetengah budak ada yang 2 tahun pun dah tak pakai…………
Kena ajar dari awal kot…….

Nasi Goreng Ayam Melaka.


set nasi goreng ayam
Nasi goreng ayam Melaka.
Ini adalah salah satu gerai makanan di bawah pasar kawasan Jaya di Seksyen 14 Petaling Jaya.Kedai ini menu utamannya adalah Nasi Goreng Ayam yang berharga RM3.70 sepinggan.Harganya memang murah berbanding dengan kedai lain di situ yang berhara RM4.50. Waktu makan tadi memang ramai orang berkunjung digerainya.

Di kawasan itu banyak nama kedai yang berasaskan negeri……iaitu Nasi Ayam Ipoh,Nasi Ayam Singapore dan kedai yang aku makan ni Nasi Ayam Melaka.Ada lagi….lupa…..hihiihihi

Yang boleh sampai kesitu adalah rakan sekerja yang membawa,dimana best masakan katanya…..Memang best pun!!!!!!!


Dah selesai makan...licin di belasahnya
Masalah nak kesitu adalah parking kereta,dimana penuh……sampai parking double……jika nasib malang kena saman oleh MPPJ.

Waktu pergi tu…..adalah 4 ke 5 orang MPPJ duduk menyaman kenderaan.Yang aku tak puasa hati tu kereta yang parking di kawasan taman perumahan pun dia sapu….apa punya MPPJ ni………Ataupun dia orang nak habiskan buku bil saman sebab dah hujung-hujung tahun ni.
Tapi yang bestnya jumpa saudara kita plak kat situ…..yang baru jer resign……

Saudara kita Anas

Tunggu jerlah gambarnya…..

Balik kampung


Sempena cuti besok dan tambahan sehari dua bolehlah balik kampung waktu pagi besok.
Kebetulan cuti ni,ada kenduri kahwin anak saudara pada 27/12/08 dan kepulangan keluarga dari Tanah Suci Mekah keesokkannya.
Kepada sesiapa yang balik kampung tu berhati-hatilah memandu.
Selamat menyambut tahun baru Maal-Hijrah

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram



Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


SAMBUNGAN
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Doa Awal tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 23, 2008

CHIKUNGUNYA


CHIKUNGUNYA

Semalam di kawasan perumahan ada buat semburan nyamuk pada waktu nak maghrib.Mungkin waktu tersebut nyamuk mula keluar.Di kawasan situ tidak ada lagi khabar berita yang kena penyakit tersebut.Ini mungkin langkah awal buat semburan sebelum terjadi.



Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.

Tanda-tanda Chikungunya.

1. Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.
2. Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.
3. Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.
4. Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan


**************************************


FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania
pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika,
Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara
Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub
Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada
genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes
albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.
Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3
hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7
hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari
(kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi
kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh
menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah
pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada
sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada
rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala
klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar
sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang
ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik
atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas
daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh
dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada
kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang
melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu
sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital
berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan
Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sila rujuk kenyataan akhbar.

12. Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah ¨C langkah kawalan yang telah diambil:

• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-
kawasan tertentu sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700
Laman web: www.moh.gov.my

P36


Salam,
Pilihanraya kecil P36,Kuala Terengganu pada 17 Jan 09 ,aku tak dapat nak mengundi.
Ini disebabkan tarikh tersebut aku berada di Langkawi.
So dah kehilangan 2 undi …….
Harap-harap pihanraya tersebut berjalan dengan lancar dan tiada gangguan dari pihak yang tidak berkaitan.

TQ

Monday, December 22, 2008

Urut

Salam....
Baru selesai mengurut pergelangan kaki yang terseliuh semalam,waktu main bola tampar.
Mula-mula call Pak Amran dekat Jalan Enam Kaki,Beranang...tapi dia dah pindah ke Seremban....jika nak urut kena pergi sana pulak.
Call pengasuh anak mintak no tel tukang urut dekat Rinching,tapi dia buat malam lepas maghrib lah plak.......
Last-last pergi dengan jiran dekat PKNS beranang rumah abang Mazlan.Dialah yang betulkan balik sendi urat yang dah lari......Urat dah bengkak dan terpaksa balut dengan bandage.

Sunday, December 21, 2008

Kejohanan Tertutup Bola Tampar Bandar Tasik Kesuma



Salam,
Pada sepanjang hari ini berlangsung kejohanan tertutup bola tampar Bandar Tasik Kesuma.
Penganjurnya adalah dari Fasa 1L.Setiap Fasa ada menghantar 2 pasukan dan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Acara berlangsung pada jam 8:00am dengan pendaftaran setiap pasukan.Permainan adalah secara liga dan setiap johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

Keputusan acara adalah seperti dibawah
Johan:Fasa 1L(A)
N.Johan:Fasa 1L(B)
Ketiga:Fasa 7(B)team akulah ni.
Keempat:Fasa 1H

Tapi malang waktu penentuan tempat ke 3 dan 4,aku punya kaki dah terseliuh....
aduhai......

Terima Kasih kepada tuan rumah

Saturday, December 20, 2008

Kenduri Kahwin di Sungkai/Hot Spring

Hadir kenduri kahwin di Sg.Klah Sungkai pada hari ini.
Lepas kenduri pergi mandi di Hot spring.

Gambar mandi di Air gunung

Waktu mandi dalam 15 minit hujan turun rintik-rintik di situ.
Nasib baik tak lebat mana....kira taklah ganggu nak mandi.

Gambar mandi di kolam air panas.

Harga masuk RM10 untuk dewasa dan manakala RM8 untuk kanak 3 tahun ke atas.
Anak-anak bukan main suka mandi,sampai tak nak balik......kalau ada masa lagi boleh pergi lagi disitu.

Waktu balik ke KL singgah rumah kawan wife di Tanjung Malim.

Friday, December 19, 2008

Naluri Perempuan..Betul ker??

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas
ke
bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni? heee...

Ada kasino kat Bukit Antarabangsa???

Copy Paste Dari e-mail


Menurut satu maklumat yang dilaporkan oleh seorang penghuni bertaraf "Datuk" di situ. Kemungkinan besar apa yang berlaku ini adalah kemurkaan Allah kepada umat manusia. Ini kerana, sebelum kejadian terdapat sebuah rumah di kawasan terbabit telah dijadikan Pusat Perjudian Kasino ala Genting Highlands di situ. Kami cuba menjejaki rumah terbabit iaitu yang berlamat di No.5, Jalan Bukit Antarabangsa (berdasarkan kepada peta pihak polis).

Laporan mengatakan, pemilik kediaman terbabit ialah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Mr.Ng dan pusat perjudian ala kasino itu memiliki 20 buah mesin Jackpot. Rumah terbabit dibina agak kukuh kerana "besi cerucuk" yang ditanam adalah lebih dalam daripada yang lain. Dindingnya juga diperbuat dari kaca. Menurut kisahnya, walaupun baru dibuka kasino itu sudah mengaut keuntungan hampir RM10 juta. Dan senantiasa dikunjungi oleh beberapa orang kenamaan termasuk orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Perkara ini gagal dipantau dan diambil tindakan oleh para penduduk kerana terdapatnya unsur rasuah dalam projek itu. Mungkin rasuah melibatkan orang dalam di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga pihak polis sendiri.Buktinya, apabila terdapat beberapa orang penduduk yang mahu melaporkan perkara ini kepada pihak polis di tapak kejadian runtuh terbabit, mereka telah dihalang dan pihak polis tidak mahu menerima laporan berkenaan. Justeru itu, terbukti bahawa mereka juga terlibat dengan projek ini. Penduduk berkenaan mengatakan ketika kejadian tanah runtuh berlaku, memang operasi perjudian di kasino rumah itu sedang rancak berjalan. Ketika tanah runtuh dan dalam keadaan kecoh, maka orang ramai bertempiaran lari mereka mendengar laporan Tokey Kasino terbabit telah kehilangan berutas-utas jam Rolex. Ini amat mengecewekan beliau, dan beliau juga percaya wang berjuta yang terdapat dirumah itu juga telah dilarikan. Kami mendapat maklumat, sebelah siangnya ada beberapa orang penduduk yang ingin menyerbu rumah terbabit. Namun telah dihalang oleh pihak polis.

Justeru itu, kami amat yakin bahawa operasi perjudian tersebut didalangi oleh pihai-pihak yang berkepentingan. Perkara ini perlu didedahkan demi kebenaran. Rakyat di Bukit Antarabangsa perlu tahu bahawa, pihak berkuasa yang menjadi talibarut operasi sebegitu dibenarkan di kawasan mereka. Maka akhirnya kemurkaan Allah diturunkan dikawasan terbabit. Semua penduduk akhirnya menerima padah akibat kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Semoga pihak berkenaan mengambil ikhtibar atas segala yang berlaku, ingatlah kemurkaan Allah bakal mengatasi segalanya.


Tiada kasino di Bukit Antarabangsa, kata penduduk
19/12/2008 2:36pm

KUALA LUMPUR 19 Dis. — Penduduk Bukit Antarabangsa di sini menafikan khabar angin yang menyatakan salah sebuah daripada 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh 6 Dis lepas, merupakan sebuah kasino.

Mangsa yang juga penduduk di situ, Datuk Shahrudin Adnan, 62, berkata khabar angin itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Sememangnya tidak ada pusat kasino di perumahan kami, macam mana boleh ada timbulnya cerita ada pusat kasino di sini. Ini tidak benar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ada di kalangan penduduk yang keluar dari rumah dengan membawa beberapa buah peti wang tunai semasa runtuhan berlaku.

“Semasa kejadian (tanah runtuh) itu berlaku tidak ada jiran-jiran saya yang keluar dengan membawa peti wang tunai. Mereka hanya sempat membawa dokumen penting semasa menyelamatkan diri, jadi isu ini tidak sepatutnya timbul,” katanya. - Bernama

Acara Hujung Minggu

Sabtu--Acara DIY langsir belah pagi
Belah tengahari-Menghadiri kenduri kahwin di Sg.Kelah,Sungkai Perak.

Ahad-Perlawanan bola tampar antara Fasa-fasa Bandar Tasik Kesuma.

Thursday, December 18, 2008

TAC 5111 kecurian, minta tolong kawan2


kete wira pak aji adi HKS dlaporkan telah hilang dlm kul 3 ptg td, kete park area pejabat celcom jln air jernih Kuala Terengganu.

sedikit info psal kete, wira sedan kaler gelap, spoiler 1.8, rim itam, stiker e-kereta kt belakang, stiker tien kt bumper depan .

sape ada ternampak terjumpa call no ni 0139252910 or 019 9001000.

Kereta ni adalah kereta kuat Pulau Musang......
Harap sesiapa dapat membantu jika terserempak.

video menarik terkini ... kisah bush & kasut terbang !!

video menarik terkini ... kisah bush & kasut terbang !!



Kalau kena atas dahi tu kan best......
Lagilah gempaq....

Jom layan lagu jap......

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada..."

Wednesday, December 17, 2008

Lagi-lagi Laksa

Pada hari ini pergi lagi makan Laksa di tempat semalam.Ini kerana ada permintaan ke sana.Bila tiba di sana rupa-rupanya dah ada dua group sampai dahulu…..meriahlah kedai pakcik tu……
Mesti pakcik tu suka kerana ramai pelanggan hari ini.

TT

Baru sahaja balik TT bersama jiran-jiran satu lorong dihadapan Mini moto BTK.
Memang dah lama tak TT bersama-sama macam ni.....

Tuesday, December 16, 2008

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas



CARA


1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0 AYATUL KURSI

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA


1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA


1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA


1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 relax jer....

Laksa/Cendol Sg.Besi yang BEST


Hari ini makan tengahari dengan Laksa dan cendol di Desa Tasik sg.Besi.
Masakannya memang best….kalau makan laksa satu magkuk tu…memang licinlah kuah dan ulam ulamnya,…..terasa nak tambah lagi…..cendolnya pun begitu juga……
kebetulan pakcik tu berniaga hari ni sebab sebelum ni kadang-kadang bukak/tutup.Maklumlah ada masalah kut….dengan bekalan ikan untuk dibuat kuah laksa ….Lepas raya bebaru ni hanya cendol/soya sahaja yang diniaganya.
Hanya baru start semalam laksa muncul kembali…..nasib baik ada lagi waktu pergi hari ini….
Ada yang datang tak cukup......kerana dah habis…..
Kita orang ni kira bernasib baiklah…..

Ini dia cendol yang lazat

Laksa yang best tak ingat

Jangan Tinggal Solat -Jom baca



Jangan Tinggal Solat


Rashid
melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa
mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia
harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan
bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.


Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di
jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2
jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu.
Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.


Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka
masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah
ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya
mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya.
Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca
lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum.
Zakiah sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu
untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30
malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu.
Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak
akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.

Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya.
Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya
di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri,
Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya,
sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.


Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat.
Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.
Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan
tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.

"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung,
Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap
seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta.
Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."

"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak
membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun
membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan
jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah
berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan
diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh
bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.
Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas
jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari
apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya
tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.


"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya
basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan
Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal
kerana kaki Rashid tersepit.
"Tersepit... tak boleh tarik... Kena
tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid
berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan
dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh
dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal
untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."

"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan
keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu
membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai
jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya
terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku... "


Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba
dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid
dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi
apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit
apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan
Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu
menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya.


Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Ini
bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "

terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak
putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia
merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak
tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "

"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan
lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan
tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti
orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"


Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak,
sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi
bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama
ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang
di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah
ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.

Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok
Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas
kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.


Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia
menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan
mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu
bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama
kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"


Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan.
Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam
hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.


"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman
merekah di bibirnya.


Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH
S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS
SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID,
KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN
PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Cd SEM


Hari ini pengalihan equipment CD SEM dari Fab 1 ke Fab2 .Masa diambil untuk up balik hingga akhir bulan ini.So sebarang lot yang menggunakan cd measurement tidak dapat dijalankan.Maybe ke tahun baru..............

Penang factories mass shut down during this bad time... updated(Malaysia companies)


.; .Information updated: Malaysian companies (may see up to 6.5% unemployment)

Sony - shutdown 25 Dec till 6th Jan 09 in their Bangi plant
San Disk - announced layoff 450-500 employees
Flextronics - 4 days week for Month Nov and Dec.
AMD Penang - announced this morning VSS layoff 500 employees.
Spansion - force to take leave (5 days in this quarter)
Jabil - planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.
Agilent - planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Jan 09 might have another shutdown. No increment 2008 review.
Avago - no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.
ASE - shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3.
Fairchild - planned forced 'Mass Vacation' for 9 days leave in Feb 08
INTEL - No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet
Motorola, Penang - Still hiring + profit, suspect got government 'look after', Motorola Singapore Cellular hone plant closure... cut 800 job and now waiting for buyer.
Siltera, Kulim - Propose close down this Malaysian 1st wafer fab company, loss RM4 billion in 2008

Malaysian Government expect Singapore plant shutdown and job cuts affecting 300,000 Malaysian workers jobless
Globally the Financial sector will see 300,000 to 350,000 employees losing their job by mid 2009.

Citigroup already announced 53,000 job cuts on top of the 22,000 announced earlier (Total 75,000)
ST-NXP Wireless cuts 500 jobs World-Wide, including subcontractors, from the current total of more than 7500 people.

Flextronics cuts 118 jobs in Limerick, Ireland
The job cuts were confirmed during this weekend. Flextronics has announced that the company will cut around 100 jobs at the Limerick plant, said RTE. The reason for the cut backs is due to the global economic downturn.
Flextronics employs around 300 staff at the Limerick facility, which provides warehousing and logistics services to a number of companies in the region.

Dell lays off 700 in Ireland
The Dell facility in Raheen, Limerick is to layoff 700 temporary workers. Additional to that, Flextronics in Limerick is also rumoured to layoff 100 staff.
Mary Coughlan, Irish Minister for Enterprise, Trade and Employment, met with members of Dell's senior management to discuss the future of 3000 employees at the manufacturing facility in Limerick.
STMicro to lay off at Phoenix facility
Switzerland based chip maker STMicroelectronics is to layoff staff at its Phoenix, Arizona facility
Local news reports state that the chip maker will lay off 100 staff. The facility - which currently employs around 850 staff - will experience an ongoing layoff process.
A central cites spokesman Mike Michael Markowitz in saying that "about 100 of the plant's 850 workers were let go this week and that the process would continue".
Last year, the company announced closure plans for 3 American chip facilities and that chip manufacturing would be transferred to low-cost locations. Staff and management hoped for a buyer to keep the plant open.
Dell workers asked to take unpaid vacation
Media reports state that CEO Michael Dell - of computer giant Dell - has asked employees to consider taking a maximum of 5 days unpaid holidays. As reported earlier, Dell is currently running a restructuring programme to counteract the economic and financial downturn including selling off all manufacturing plants and concentrate on R&D.
This include 8,900 job cuts, voluntary severance packages and a global hiring freeze. "We are asking employees on a voluntary basis to consider taking off (up to) five days ... as unpaid time off as a flexible way to reduce costs for the company," the CEO was cited in a Reuters report in saying.

Tele-Fonika Kable to cut 900
Polish based cable and wire producer Tele-Fonika Kable plans to lay of 900 employees or 19% of its workforce. The lay offs will affect all production units across the group. The company has seven plants, of which five are located in Poland, said PB. Tele-Fonika Kable also plans to sell parts of its business, however it will not close down any plants. The company wishes to optimize production process and reduce costs.

Monday, December 15, 2008

Dividen ASB & ASN : Update - RM8.75 sen seunit -


rasanya dividen pada kadar 7-8 peratus tu ... lebih kurang biasa aje -
tak ada banyak bezanya dari tahun2 sebelum ini -

kalau agihannya dalam 7 sen seunit - maknanya kurang
1 sen dari last year which is 8 sen seunit -

cuma rasanya pernah once upon a time in chibesna ada dividen
yang capai 10% - masa ekonomi sedang betul2 naik la tu -

rasanya... paling2 teruk pun agihan dalam 5 sen seunit
so... rasa okay juga untuk dividen tahun ini -
more or less macam last year juga -

ha - nanti january - sesiapa yang melabur di ASB ASN boleh la
collect bonus dividen tu --

Entahlah berapa dapat tahun ni....sebab ada pengeluaran di tengah tahun...
Harap-harap best......

Minyak turun lagi 10 sen.


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.

Alhamdulillah
Pengganti minyak hitam?

HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. – Gambar hiasan




PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Kumpulan pertama tiba di KLIA pagi ini


Kumpulan pertama kira-kira 355 jemaah haji Malaysia akan tiba di tanah air, menerusi penerbangan sewa khas Malaysia Airlines, MH8201, jam 7 pagi ini.

Mak,Ayah dan Kakak lagi 2 minggu........balik......

Semoga sihat

Amaran empangan pecah


Amaran Syabas : 3 Empangan Utama Mungkin Pecah -

Amaran empangan pecah

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.

Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.

Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.

Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.

Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh

di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.

Empangan turut dicemari

Tiga empangan utama itu turut dicemari oleh sisa-sisa toksik industri dan kesan pembangunan kawasan yang tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti airnya.

Perkembangan itu membimbangkan kerana tiga empangan tersebut merupakan pembekal air utama bagi Lembah Kelang.

Jika langkah-langkah pengawalan tidak dibuat, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih dan berkualiti pada penghujung tahun depan.

Sepanjang Ahad

Belah pagi............>Pergi bersih kubur anak di sg.tangkas.
Belah t.hari..........>Bersarapan t.hari dengan manu utama Udang galah masak merah,daging masak kari dan lain-lain

Belah petang..........>Bawak anak Jalan-jalan di Nilai 3,berkenan plak dengan sesuatu....apa lagi beli terus jerlah....hihiihihi



Belah malam...........>Rehat ..tengok TV sambil berinternet.

Saturday, December 13, 2008

Kenduri Kahwin Zue(QA) dan Syah


Pada hari ini menghadiri kenduri Zue (QA) dengan pasangannya Syah di Cheras batu 10.
Pada kenduri tersebut berjumpalah X-Litho iaitu Ekin dan X-Furnace Remy.
Selamat Pengantin Baru buat pengantin semoga kekal ke akhir hayat.

Tayar baru


Pada belah pagi jam 10am aku ke kedai motor untuk menukar tayar bahagian belakang yang telah botak.Ini gara-gara pancit semalam.....kalau tak takdernya nak tukar lagi....tunggu cukup bulan.
Harga sebiji tayar Dunlop TT dah naik rupanya.Biasa beli RM50 tapi hari ini dapat RM55.
Ada satu jenis lagi TT RM58.Aku hanya ambil yang murah je.
So sekarang tak risaulah nak berjalan jauh dengan motor.