Sunday, December 7, 2008

Takziah....kejadian Tanah Runtuh



Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa,Ulu Klang.
Empat terbunuh, 14 cedera manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah banglo di kawasan seluas empat hektar tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, dekat sini awal pagi ini.

Mangsa yang terkorban ialah pelajar Shaiful Khas Shahrudin, 20; doktor haiwan, Dr. S. Yogeswari, 40; akauntan Ng Yee Peng, 40; dan pembantu rumah warga Indonesia, Surinah, 30.

No comments: