Photobucket

Tuesday, December 30, 2008

Keropok Lekor di Bukit Tok Beng


Keropok Lekor di Bukit Tok Beng

Ini adalah salah satu kedai yang tengah top di Kuala Terengganu.Ia terletak di kampong Tok Beng…..Jika anda dari Jambatan Sultan Mahmud....lepas dari bekas TOL ada satu traffic light dan belok ke kanan ……dalam jarak 2.5 Km anda akan jumpa satu kedai keropok dekat selekoh dan parking kereta yang besar disediakan. Hanya satu kedai keropok sahaja disitu…….Waktu berniaga adalah dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan hari jumaat TUTUP.Cara membuatnya adalah menggunakan mesin sepenuhnya.

Semalam pergilah beli sebab dapat tahu memang sedap keropok lekornya.Sah terbukti dari keluarga dan juga saudara ku mengatakan sedap.
Sampai di kedai itu dalam pukul 9 pagi….......dah panjang beratur Ada makcik tu pukul 7 pagi dah terpacak di situ.
Aku ambil masa dalam 3 jam jugaklah nak sampai giliran membeli tu….mungkin cuti sekolah?.Tapi hari biasa pun beratur juga.Tapi kali ini lagi ramai.
Bila Satu periuk angkat habis…….macam tulah seterusnya.
Jenuh jugak menunggu.......alang2 beratur.....terus jer....

Keadaan waktu beratur

2 comments:

Unknown said...

pok sab.. lenkali bawak sikit kat opis..

irbas said...

dah bawak dah pagi tadi satu tupperware.....silap kau lambat balas....