Tuesday, December 23, 2008
CHIKUNGUNYA
CHIKUNGUNYA
Semalam di kawasan perumahan ada buat semburan nyamuk pada waktu nak maghrib.Mungkin waktu tersebut nyamuk mula keluar.Di kawasan situ tidak ada lagi khabar berita yang kena penyakit tersebut.Ini mungkin langkah awal buat semburan sebelum terjadi.
Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.
Tanda-tanda Chikungunya.
1. Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.
2. Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.
3. Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.
4. Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan
**************************************
FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA
1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania
pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika,
Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara
Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub
Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada
genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes
albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.
Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3
hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7
hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari
(kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi
kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh
menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah
pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada
sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada
rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala
klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar
sahaja.
Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang
ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik
atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas
daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh
dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada
kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang
melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu
sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital
berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan
Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara
Sila rujuk kenyataan akhbar.
12. Tindakan Kementerian Kesihatan
Langkah ¨C langkah kawalan yang telah diambil:
• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-
kawasan tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700
Laman web: www.moh.gov.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment