Friday, April 24, 2009

Laksam

Perh!!!! sedapnya makan laksam masakan isteri semalam.

Laksam

Dah siap untuk dimakan

Lepat Ubi

Lepat Ubi ataupun belebab ubi
Memang sedap di makan waktu panas

Lepat Ubi tengah kukus

Zooming dekat

Lepat yang dah masak dan sedia dimakan

Tuesday, April 21, 2009

Dalam LRT

just old joke...

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis ituberdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemudaitu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ketempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih sukaberdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secaralembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantikitu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, takpayah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda ituberdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"
_________________
:: C I N T A I L A H B A H A S A K I T A ::

Friday, April 17, 2009

Ayah mertua meninggal


Pada 12 April 2009,jam 5:30am terima panggilan dari kampung mengatakan Ayah mertua meninggal dunia.Umur arwah dalam kad pengenalan adalah 94 tahun.....tapi sebenarnya dah lebih 100 tahun,ini disebabkan waktu dahulu siapa nak buat boleh buat ic.
#Pada jam 7:30am bergerak ke Shah Alam mengambil anak saudara di sana.
#Singgah sarapan pagi di Dagang Ulik Mayang di tepi Hihgway MRR2.
#Dalam jam 9:30am bertolak ke Kuala Terengganu dan sampai di kampung pukul 13:00pm.
#Tanam jenazah jam 15:00pm.
#Sempat Tahlil 2 malam dari 3 malam sahaja.
#14.04.09 bertolak balik KL

Semoga arwah di tempat orang-orang yang beriman.AMIN

Buah Nam-Nam

Buah Nam-nam aka.buah katak puru aka buah kopek.
Memang dah lama tak makan buah ni,
waktu di kampung dahulu ada satu pokok dekat dengan rumah.Buahnya sedap
dimakan bersama garam + kicap.



Monday, April 6, 2009

Cup Cake

Beberapa gambar hasil tangan my wife dalam usaha belajar membuat cup cake minggu lepas.Tahniah buat beliau.