Thursday, May 26, 2011

Liga super

Pada malam ini pasukan Terengganu telah merampas takhta liga dari Kelantan yang telah tewas pada T-Team di kota Baharu.Tahniah buat Terengganu.Walaubagaimanapun Terengganu kena menang beberapa game lagi,yang mana baki perlawanan lebih kurang 5X untuk merangkul Liga

M

Wednesday, May 25, 2011

Games

Kalau sebut pasal game,kebanyakan budak-budak memang suka walaupun game biasa-biasa saja.Jika dah suka ,time lapar pun terasa kenyang.Gambar ni adalah pusat permainan kanak-kanak di Tesco.So terpaksalah layan anak-anak kejap di situ......lepas ni kalau pergi Tesco terpaksalah buat pembayaran jauh sedikit dari pusat game itu.

Monday, May 23, 2011

update pasal absober

Salam,pasal pertukaran absober kereta akhirnya selesai jua sabtu bebaru ni,setelah macam-macam halangan.
Apa yang didengari (krak..krak...krakkk)waktu memandu dalam 20km terjawap......rupa-rupanya absober bermasalah.Barulah best memandu.......

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah runtuh


Takziah kepada semua magsa kejadian tanah runtuh dimana Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini,petang semalam.Semua mangsa yang terlibat sudah di jumpai kesemuanya.


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,


Sembilan yang terselamat ialah:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

kuih

Pandangan atas
pandangan sisi

Hasil kuih di hari minggu.......likes


Thursday, May 19, 2011

Hari Guru


Umar Aiman memenangi hadiah dalam acara music chair sempena hari guru di Tadika

Tuesday, May 17, 2011

Lagi cerita absober


Perjanjian untuk tukar absober pada sabtu lepas gagal lagi apabila pihak proton hanya hantar 1 batang sahaja.Apa punya pengurusanlah......menyusahkan orang betul.Tapi nasib baiklah kilometer kereta dah sampai masa untuk servis buat kali ke-2.So oklah takder nak marah sangat.

Petang tadi baru terima call dari pusat servis mengatakan barang semuanya dah sampai,so aku dah set date sabtu untuk acara pertukaran absober baru.

Harap-harap selepas tukar tiada lagi bunyi yang menyakitkan telinga.

Monday, May 16, 2011

16 May Hari Guru


Selamat Hari Guru buat guru-guru seluruh Malaysia.Terutamanya buat-buat guru yang mengajar aku dari tadika sehingga tamat pengajian yang tertinggi.Jasa mu tetap ku kenang walaupun ada pahit dan manisnya.Dan tak lupa buat ayah ku ,adik ku ,abg ipar ku,anak saudara ku dan kawan-kawan ku yang menjadi seorang pendidik untuk anak bangsa kita dengan ucapan selamat hari guru sekali lagi.

Juga tak lupa buat guru-guru anak-anak ku selamat hari guru juga.

GM Klang


Buat pertama kali pergi jalan-jalan ke pasaraya borong GM di Klang.Tempatnya adalah masih baru, dimana banyak bangunan dan kedai-kedai yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.Untuk lot2 kedai borong ini memang banyak dan penatlah nak jalan-jalan terutamanya jika bawa anak-anak.
Deretan kedai borong

Harganya memang murah jika beli borong.Yang menariknya boleh campur2 jenis dan saiz tapi tengok kedai juga.Next time boleh pergi lagi.

sebahagian pakaian yang branded yang di jual di situ

Tuesday, May 10, 2011

Pantai



Balik kampung bebaru ni sempatlah singgah di Pantai batu buruk untuk menikmati tiupan angin dan irama ombak menghempas pantai.

Si Umran Adam bukan main suka lagi bila dapat bermain pasir

Visor Waja


Akhirnya terjual juga visor waja aku hari ni setelah iklan di mudah.my.Walaupun sebelum ni ramai yang bertanya dan mahukannya dengan SMSDalam seminggu senyap macam tu jer tanpa callling2 atau sms..Siapa cepat dia dapat …..dan t.hari tadi perjumpaan di TPM dalam urusan jual beli.......kasi murah-murah jer.Terima kasih pada pembeli tersebut.......

TIPS MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Attachments Preview:

Friday, May 6, 2011

hampe...hampeh

Malangnya setelah dibukanya absober kereta aku.....utk diganti dengan part baru rupa-rupanya tersalah part......bukannya yang ada abs....so sia-sia sahaja aku 1/2 day hari ni.Dahlah tak boleh buat hari sabtu untuk ganti part....hanya servis biasa jer hari tersebut.
Nak marah pun tak dapat apa-apa jugak....nanti nak kena servis dekat dia jugak....buat bodo jerlah....dia sekadar minta maaf jer dekat aku....
Mula-mula dia suruh datang balik hari Isnin....tapi aku kata nak kena cuti lagi.....malaslah....aku paksa jugak dia buat hari sabtu depan......so aku tak payah applu cuti..buat rugi jer.....
Kita tunggulah minggu depan apa cerita plak......

Pusat servis proton

Sempat update blog di pusat servis proton yang mempunyai wifi FREE.Duduk menunggu kereta siap agak lama juga sebab banyak kenderaan....nasib baiklah ada WFi.......maklumlah sampai sini pun dah jam 9:00 pagi.
Oklah dengan kelajuan internet ni.....best laju jer.....
OKlah....nak pi usar apa yang dibuat.....

Wednesday, May 4, 2011

Sambal Belimbing buluh


Kalau anda mempunyai pokok belimbing buluh dan lebat pula buahnya...kenapa tidak cuba resepi terkenal yang datang dari Pahang nih...

Buah belimbing buluh selalunya di guna untuk jadi bahan tambahan di dalam masakan seperti masak lemak cili api ikan campur belimbing atau di guna dalam gulai nasi dagang. Ada juga di campur dalam sambal mentah atau di sebut sambal gesek...dan ada yang special sikit buat pula halwa dari belimbing buluh !


Anak saudara baru

Ahmad Iman Darwisy lahir pada 26 April 2011.Bertambah hero....


Tuesday, May 3, 2011

Majlis pertunangan Yeng

Majlis pertunangan Yeng pada 1 May 2011 di kampung.....Tahniah...
Tengah berbincang tujuan datang