Friday, January 30, 2009

Abe Id

Gambar terakhir bersama kawan-kawan di Mysem





Best Friend

Salam

Hari ini 30 Jan.2009 iaitu hari Jumaat,dimana seorang kawan yang begitu baik dikalangan process department akan meningalkan Mimos semikonduktor.Beliau akan berkhidmat di tempat yang baru iaitu di Petronas KLCC.

Pada hari ini jugak diadakan satu majlis jamuan ringan sempena hari terakhir perkhidmatan beliau dikalangan process dept. Pada majlis tersebut semua orang nampaknya begitu sedih sekali kerana kehilangan seorang pekerja yang baik sekali.
Semalam juga diadakan makan-makan di kalangan module sahaja.

Beliau asalnya dari module Lithography dan juga telah menceburi juga ke etching module.Banyak ilmu yang boleh didapati dari beliau dan senang jika ada apa-apa masalah boleh dirujuk pada beliau.

Lain tak bukan adalah saudara Wan Idrus bin Wan Sabli

p/s
Jika melalui jalan Semenyih tu jangan segan!!! calling-calling singgah rumah.

Thursday, January 29, 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "tidak demi langit dan

bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa.."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang
yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "inilah saksi-saksimu.."

Tiba2 mata berbicara, "saya yg memandang.."

disusuli dengan telinga, "saya yg mendengar perkara itu.."

Hidung pun tidak ketinggalan, "saya yg mencium.."

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "saya yg merayu.."

Lidah menambah dengan berani, "saya yang menjilat dan menghisap.."

Tangan tanpa malu meneruskan, "saya yang meraba dan meramas.."

Kaki pula menyusul, "saya yg berjalan dan berlari semasa itu.."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda
kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu
mata berbunyi , "saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam
perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang , "Silakan wahai bulu mata.."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari
ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai
saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL...
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN
KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI
KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Wednesday, January 28, 2009

Bubur Asyura

Tiap-tiap tahun kawasan rumah akan mengadakan acara membuat bubur asyura di antara jiran-jiran sekitar perumahan.Kebetulan balik cuti bebaru ini dapatlah join sekali

Makan sempena perpisahan Idrus

Acara di adakan di rumah Khai di kinrara......
Menu adalah dari tuan rumah sendiri
Best betul.........
Selamat bekerja di tempat baru







Jalan-jalan di rumah Abang Ramli Sarip

Yang jadi ke rumah Abg Ramli ni nak membeli album VCD yang susah dapat dipasaran.









Friday, January 23, 2009

Melancong ke Langkawi









Ada sebahagian gambar di sekitar Langkawi