Photobucket

Thursday, January 8, 2009

Takut Polis Daripada Sayang Nyawa



Oleh: A.Kadir Jasin

WALAUPUN satu lagi peraturan keselamatan jalan raya, iaitu tali pinggang keselamatan untuk tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari, pengguna jalan raya akan terus mati dan cedera.Jalan raya Malaysia akan terus kekal sebagai antara yang paling tidak selamat di dunia dan pengguna jalan raya Malaysia kekal sebagai antara yang paling jahil dan tidak berdisiplin.Bukanlah tujuan saya memperkecilkan usaha mempertingkatkan keselamatan jalan raya atau apa jua bentuk keselamatan. Tidak sekali-kali.Saya sudah hidup lama dan sudah tengok banyak usaha murni macam ini dibuat. Tetapi sikap rakyat jelata Malaysia sehingga kini belum meyakinkan saya bahawa perubahan positif telah dan akan berlaku.Sebabnya mudah sahaja. Pengguna jalan raya Malaysia lebih takutkan polis daripada takutkan kematian dan kecederaan.Majoriti pakai tali pinggang keledar hanya bila nampak polis atau bila ada isyarat daripada kereta yang datang dari hadapan bahawa ada sekatan jalan raya atau perangkap laju.Kadang-kadang berlaku pelanggaran kerana tergesa-gesa hendak pakai tali pinggang keledar bila terserempak dengan polis.Penunggang dan pembonceng motosikal pula pakai topi keledar tetapi tidak diikat betul-betul. Cukup untuk tunjuk kepada polis yang mereka pakai topi keledar. Bila berlanggar atau jatuh sendiri, topi keledar tercampak, otak bertaburan di jalan raya.Bawa bini dan anak kecil dalam kereta Kancil baru duduk di depan. Kereta berlanggar bini yang terlebih berat badan kerana tak jaga makan himpit anak di dashboard. Laki cedera, bini cedera, anak mati tersepit.Maka media massa arus perdana pun mengisytiharkannya sebagai satu tragedi dan pembesar tertentu pun menyuarakan rasa kecewa. Tragedi? Mungkin bukan tragedi tetapi bala yang datang akibat kekebalan sendiri.Sayang anak dan bini pun janganlah ajak duduk bersama di depan. Duduklah di belakang dan pakai tali pinggang keledar. Bila dak sampai destinasi, berpeluk ciumlah sepuas-puasnya tanda kasih sayang dan kesyukuran.Laburlah sikit membeli kerusi keselamatan untuk anak kecil dan bayi. Bukan mudah isteri mengandung sembilan bulan. Kalau berlaku kecelakaan, air mata darah pun tak berguna lagi.Tapi saya tak yakin undang-undang baru ini akan memberi banyak kesan kalau kefahaman dan sikap tak berubah. Kena faham dulu. Pakai topi dan tali pinggang keledar adalah untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Bukan kerana takut disaman oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.Malah kerana takutkan polis dan JPJlah ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak teragak-agak menawarkan rasuah apabila ditahan.Kita harap janganlah pula kerana peraturan baru ini ada orang yang cuba mencari rezeki haram dengan menahan pemandu dan penunggang bukan kerana tujuan keselamatan tetapi untuk mencari habuan.Apatah lagi selepas Parlimen baru saja meluluskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang tujuannya memesatkan lagi pengawalan dan penghapusan rasuah.Masa peraturan tali pinggang keledar tempat duduk depan dilaksanakan dulu pun memang hebat operasinya. Tetapi ibarat tahi ayam, tak lama lepas itu hilanglah hangatnya. Macam itu jugalah bila telefon selular diperkenalkan.Tak boleh silap sikit polis kejar, tahan dan saman. Sekarang tidak ada siapa peduli lagi, termasuk polis. Hatta penunggang motosikal pun guna telefon bimbit sambil menunggang. Hebat!Kalau nak diikutkan, negara kita ini cukup banyak undang-undang dan peraturan. Meludah di merata tempat pun kesalahan. Membuang sampah pun kesalahan. Menyeberang jalan bukan di tempatnya pun kesalahan.Tapi disiplin, kesopanan, akhlak dan sikap timbang rasa orang kita di khalayak tak sampai ke mana pun. Kalau kita ke kedai kopi atau gerai makan, budak-budak dari India, Myanmar dan Nepal lebih sopan santun daripada orang kita sendiri.Bila sudah jadi amalan, tak pakai tali pinggang keledar rasa tak selesa dan tak meyakinkan untuk memandu.

No comments: