Monday, April 23, 2012

Banner 3G

Bergambar dengan banner baru Jajahan crew 3G di Prima Saujana Kajang.Banner ini akan berkibar di Gold Cost Morib Resort sempena sambutan ulangtahun ke-3 Exora  pada 5 dan 6 May ini.Dijangka lebih 200 buah exora akan berkonvoi dari Proton COSE ke Morib dan akan diiringi oleh polis traffic.

Dan tak lupa juga baju baru 3G yang akan di pakai pada malam dinner nanti

Tuesday, April 17, 2012

Ayat-ayat Ruqyah - MP3



Ayat-ayat Ruqyah boleh digunakan sebagai pendinding dan juga sebagai rawatan sihir. Untuk rawatan sihir, perawat haruslah duduk di belakang pesakit dan meletakkan tangan kanan di atas kepala pesakit. Kemudian baca ayat-ayat Ruqyah di teling kiri pesakit. Antara ayat-ayat Ruqyah ialah:
1) Surah Al-Fatihah

2) Surah Al-Ikhlas

3) Surah Al-Falaq

4) Surah An-Naas
5) Surah Al-Baqarah Ayat 1-5

6) Surah Al-Baqarah Ayat 255-257

7) Surah Al-Baqarah Ayat 284-286

8) Surah At-Taubah Ayat 14

9) Surah Yunus Ayat 57

10) Surah As-Syuaara' Ayat 80

11) Surah An-Nahl Ayat 69

12) Surah Al-Israa' Ayat 82

13) Surah Fussilat Ayat 44

14) Surah Al-Mukminuun Ayat 155-118

15) Surah Al-Hasyr Ayat 21-24

* Sumber rujukan dari Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Din, H. Ayat-ayat Ruqyah untuk tujuan pengubatan & perlindungan dari sihir. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab. 2edt. Darussyifa. 105-108).

p/s: semoga dgn beramalan ayat-ayat ini dapat menghindarkan kita dari anasir-anasir sihir. InsyaAllah..


Download mp3 ayat-ayat Ruqyah, bacaan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi

1. MediaFire link - http://adf.ly/19gpO
2. FileSonic link - http://adf.ly/19gpy
3. Hotfile Link - http://adf.ly/19xyo

Friday, April 13, 2012

Agro Hypermart

Minggu lepas buat pertama kali ke Agro Hypermart yang terletak di MAEPS Serdang yang telah di buka beberapa bulan yang lalu.

Namun hari ini 8 April 2012,ketika saya berkunjung bersama isteri dan anak-anak suasana lengang dan sepi sekali.Waktu itu kalau tak salah saya hanya dua orang pelanggan sahaja.

Mungkin salah satu sebab kedudukannya yang jauh ke dalam di tapak MAHA di tepi Lebuhraya ke Serdang.Tiada papan tanda khas menunjuk arah ke sana.

Barang-barang yang di jual di dalam Hypermart itu bolehlah tahan.Harganya agak murah dan terdiri daripada keluran tempatan yang tidak terdapat Hypermart yang lain.

Thursday, April 12, 2012

Jidin Sengal (2012)


PLOT MOVIE:
"Jidin Sengal" is described as a rom-com that focuses on the 'glamour world' that is enjoyed by extras in the Malaysian film industry who are all trying to make it big. As a child, Jidin loved the performing arts and he was close to a girl called Piah. However they couldn't be together and as an adult, Jidin always thought of her. One day, Jidin goes to the city to try and seek her out and instead meets Bob Dobot, a veteran film extra. Bob takes Jidin under his wing and with the help of a hip-hop artiste wannabe from Terengganu called Jay-Z, they finally get a crack at a movie. On the set of the movie, Jidin meets a girl similar to Piah, called Amy.


Tuesday, April 10, 2012

Layang-Layang

Bermain layang-layang di Putrajaya
Aiman dengan layang-layangnya
Affan dengan layang-layangnya

Adam dengan layang-layangnya

Anjung Tinjau KLIA

Bawa anak ke Anjung Tinjau KLIA selepas menghantar adik pulang ke kampong.Bukan main sukalah budak-budak ni dapat tengok kapal terbang.





DIY-tukar mentol jer

Sepanjang guna lampu tangga ,jangka hayat mentol dah sampai masanya.Masa terbakar salah satu mentol,just ignore sahaja sehinggalah terbakar kedua-duanya, barulah nak tukar.Rupa-rupanya tak mahal mana mentol tersebut hanya RM1.50 (25 w) untuk 1 pcs.

Rupa mentol yang terbakar
Mentol baru
Inilah hasilnya

Monday, April 9, 2012

Nasi Dagang


Nasi dagang ikan ayer Terengganu di pasar malam Jenaris Kajang.Rasanya memang puas hati dengan harganya.Ini tahu dari rakan kenalan baru yang juga asalnya dari Ganu.Nanti boleh cuba masakan lain pulok iaitu nasi minyak,nasi lemak ikan dan juga nasi kerabu dan tak lupa laksang.

TT Bowling Amal

TT bowling Amal telah berlangsung di Selayang Mall di bawah jajahan Ganas.
Crew 3G hanya hantar 2 team sahaja memandangkan ramai yang ada kerja .
Untuk keputusan: salah satu team crew 3G telah berjaya menduduki tempat ke-3 dengan jatuhan pin sebanyak 1000 ++.Dan salah seorang crew 3G menjadi johan ketegori individu.


acara memanas badan sebelum lontaran sebenar



Friday, April 6, 2012

DIY-Paip air terjun

Projek yang dah lama terbengkalai akhirnya berjalan juga hari ni.Kebetulan hari ni tak bekerja.
Mula-mula kena buka dahulu nut yang dah di lock sekian lama.
gambar di atas yang telah dibuka locknya.
Buang apa yang patut bahagian tepi,yang boleh menyebabkan susah nak ketatkan nanti.

dah boleh tape,seeloknya balut lebih sedikit bagi mengelakkan kebocoran nanti.....kan kena buat dua kali kerja

Inilah rupa yang telah siap di pasang untuk bahagian bawah ON/OFF
Bahagian atas yang telah siap pasang dan test sekali.
Jom mandi.........

Maher Zain Kembali dengan Album terbaru - Forgive Me ( 2012 )


Penyanyi yang popular dengan lagu For The Rest Of My Life mengeluarkan album
terbaru yang diberi judul Forgive Me untuk tahun 2012...InsyaALLAH mungkin sambutannya sehebat album pertama dahulu..memang terbaiklah...


Tracklist :
01 - I Love You So
02 - Number One For Me
03 - Mawlaya
04 - My Little Girl
05 - Forgive Me
06 - One Big Family
07 - Assalamu Alayka
08 - Paradise
09 - Masha Allah
10 - Radhitu Billahi Rabba
11 - Freedom
12 - So Soon
13 - Muhammad (pbuh)
14 - Guide Me All The Way
15 - Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)
16 - Assalamu Alayka (Arabic Version - Bonus Track)
17 - Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version - Bonus Track)


Hotfile

TT Korek idung

TT berlangsung di Pajam diketuai oleh Hassan Pajam bersama pomen zamri .Acara berlangsung di bawah pokok manggis yang redup.
Pesawat-peswat yang mendarat di Pajam untuk dikerjakan oleh Zamri pomen.

Pesawat EOCM505,EOCM850,EOCM 503 dan EOCM 1111 menanti satu persatu akan dibuat oleh Zamri pomen.
Mann70 sibuk plak main handdy....tahulah dapat setting chennel baru 3G...hehhehhe
Usar enjin ezam yang ada leaking minyak itam sebelah kiri.Pomen zamri cas RM20 jer bukak top cover enjin dan seal balik gasket serta cuci sekali....berbaloi-baloi....
Baju belang-belang tulah zamri pomen yang tengah buat kerjanya.
Dari hasil yang dapat memang berpuas hati.....bab kata YB Terbaik wooooookkkkk.Memang rezeki dia sebab dah ramai ahli EOCM datang untuk membuatnya.

Wednesday, April 4, 2012

TT Jemputan SSC Motosport

Konvoi start dari Awan Besar ke Taman Equen Park,dimana bermacam-macam kelab kereta terlibat,salah satunya adalah exora club.Exora kelab dapat menhantar sebanyak 12 buah sahaja,sebab ahli-ahli lain terlibat dalam aktiviti lain.
Pit stop pertama di LLM Petronas Uniten sebelum konvoi ke Hentian Awan Besar pada jam 1830pm.
Konvoi mula bergerak ke Hentian Awan Besar melalui susur keluar UPM dan masuk Highway Plus.Lepas tol sg.besi diteruskan lagi melalui highway Kesas sehinggalah sampai ke destinasi yang ditujui.

bergambar beramai-ramai di hentian rehat awan besar