Photobucket

Sunday, January 1, 2012

Sambutan Tahun Baru di Dataran Shah Alam

Salam dan selamat tahun baru 2012 buat pembaca blog ini. Diam tak diam dah tahun baru. Alhamdulillah pembukaan tahun baru kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya di Shah Alam kerana disambut dengan Bacaan Asma Ul Husna serta sesi soal jawab. Kehadiran mencecah 80 ribu jemaah.

Lebih 88% pemuda yang membanjiri Dataran Shah Alam ini. Semua bersemangat melihat persembahan terutamanya dari Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Terdapat juga artis jemputan lain seperti Akhil hayy, Sham Kamikaze dan Syahir AF8. Turut dihadiri YB Khalid Samad. Laungan takbir turut bergema. Solat maghrib di imamkan Imam Muda Asyraf dan solat isyak berjemaah di iman Ustaz Syed Norhisham. Berikut merupakan gambar sekitar sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam.






Sumber gambar adalah dari Facebook Jkkk Fan Club dan beberapa Facebook lain.

No comments: