Photobucket

Wednesday, June 17, 2009

Restoran Sup Urat Ketin

Restoran Sup Urat Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pengusahanya bernama Sabul Ismail,menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.

Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.

“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.


1 comment:

Kash said...

Baru semalam pi pekena sup urat ketin, memang power...berlemak abis bibiaq aku punya la lemak....tapi mmg best. Kalau pekena time demam nie...mmg kebah la demam tu