Photobucket

Tuesday, August 23, 2011

Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

Keselamatan jalanraya adalah penting sepanjang masa,tidak kira samada dimusim perayaan atau pada hari-hari biasa. Namun pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha,Tahun Baru Cina ,Deepavali dan lain-lain perayaan, kadar penggunaan jalanraya meningkat secara mendadak dan pemanduan adalah lebih mencabar. Ini memaksa kita sebagai pemandu agar lebih berhati-hati semasa menggunakan jalanraya. Kesabaran ketika memandu juga amat dititikberatkan untuk mengelakkan dari sebarang kemungkinan kecelakaan.

Bersesuaian dengan matlamat pemanduan dimusim perayaan ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemandu untuk menjamin keselesaan ketika dijalanraya.



8 Langkah Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

1. Rancang perjalanan terlebih dahulu, jika letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa mengikut panduan had laju yang ditetapkan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalanraya dipersimpangan dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan berikan keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan dari mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi turut memerbahayakan semua pengguna jalanraya.

8. Elakkan mencelah diantara kenderaan kerana ini memerbahayakan keselamatn anda dan orang lain.


Semoga dengan langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuhi perjalanan jauh pulang kekampung halaman masing-masing. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang.

2 comments:

Unknown said...

jgn jdi jalan raya sungai berdarah pd musim2 perayaan ni

Unknown said...

raya lagi ka bro hehe ?

Gambar xcident Sept 3rd.http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/gambar-xcident-sept-3rd-2011.html