Photobucket

Friday, March 26, 2010

Affan deman

Anakda yang sulung iaitu Usman Affan mengalami kepanasan kepala,kadang-kadang tu ada keluar darah ikut hidung.Kejadian macam ni juga pernah berlaku pada diri ku sendiri waktu kecil dahulu.

Semalam lepas balik dari sekolah ada mengadu tak larat penat......dahlah mengalami selesema dengan hidung tersumbat. Kebetulan pada hari tersebut ada kelas swimming, itu yang membuatkan kepala panas tu......dan deman sedikit....suhunya dalam 37.8C.

keesokkan paginya ada jugak terasa panas kepalanya.Aku cakap dengannya supaya tak payah pergi sekolah just duduk di rumah sahaja.Tu dia!!!!!! tak nak jawapannya.....siap pergi mandi sendiri ...tak payah suruh...Kebiasaannya jenuh nak kejut bangun tidur dan terpaksa berdukung ke bilik air barulah nak mandi.


Tengok muka nak tido kejap semasa perjalanan ke sekolah. Sepanjang perjalanan dari Highway Silk sampai ke sekolah Affan tido.....
Aku terpaksa pesan ke cikgunya supaya memberi ubat deman dan selesema selepas makan tengahari nanti.

Waktu balik ambil Affan ,kepala dan badannya ada panas sedikit......waktu dalam perjalanan balik ke rumah nampak Affan macam lemah jer.....rasa kepala semakin panas.
Singgah kejap berhenti di stesen minyak Shell sebelum tol Sg.Besi.....
Aku basuh kepala Affan supaya suhu panasnya turun......ketika itu bibirnya memang merah.....
Lepas tu ada nampak ok sedikit.......semasa meneruskan perjalanan semula,dimana dah nak
sampai di pekan Semenyih nampak Affan tak larat sekali lagi...mungkin suhu makin meningkat.
Apa lagi terpaksa berhenti untuk kali ke-2 di Petronas. Untuk kali ini aku basahkan kepalanya lama sedikit......barulah segar .....

Lepas tu aku terus pecut kereta sedikit supaya cepat sedikit sampai ke rumah supaya dapat check temperature dan boleh mandikan sekali.Dalam jarak 1KM lepas Tesco ada plak berlaku kemalangan antara kereta.....nasib baik baru lagi kejadian tersebut....kalau tak masaklah
tempuh jalan jem....
Sampai di rumah jer terus check suhunya.....rupa-rupanya dan cecah 39.0C. Nasib baik ada stok ubat bontot......bagi jerlah....Dalam 5 minit terus pergi mandi....lepas tu memang oklah suhunya
sebab mandi + ubat bontot.

Lepas maghrib bawa pergi Klinik ambil ubat......sampai di klinik Dr. plak pergi makan.Dalam 30minit jugaklah menunggu.....
Tahu jerlah bawak 2 orang ke klinik,bukannya boleh duduk diam,tak nak ajak mengamuk dibuatnya.Bersebelahan klinik tu ada bukak kedai runcit kecilan....ada plak menjual mainan.Terpaksalah beli pistol tu.....nasib baik RM0.50 sebijik......murahlah plak.

Waktu berjumpa, Dr. mengatakan semuanya OK just minum banyak air.....
dan memberi ubat antibiotik,deman dan selesema.


No comments: