Photobucket

Monday, March 29, 2010

Nyamuk Aedes



Bebaru ini ada pihak kesihatan membuat penyemburan nyamuk aedes di kawasan perumahan aku.
Ini gara-gara ada beberapa kes yang telah berlaku termasuklah lorong yang aku duduki.

Nyamuk Aedes dikenali ramai sebagai pembawa virus demam denggi biasa ataupun demam denggi berdarah. Bila sebut je Aedes, semua orang tahu bahawa ia boleh menyebarkan demam denggi. Tapi yang orang tak tau ialah yang mana satukah gerangan nyamuk aedes ni? Nyamuk aedes ada banyak spesies tapi hanya dua spesies aje yang boleh membawa demam denggi (Aedes albopictus) dan demam denggi berdarah (Aedes aegypti).Lain-lain nyamuk aedes ni kalo dia gigit tu memang le boleh menghisap darah tapi setakat rasa gatal-gatal je la.Paling teruk pun rasa sakit...sakit hati sebab dia gigit tapak kaki (susah nak garu)

Nak kenal nyamuk aedes ni senang aje.Sangat obvious la warna nyamuk ni iaitu hitam belang putih dari kepala sampai le ke kaki.Nyamuk aedes albopictus (yang bawak virus demam denggi) ni membiak di luar-luar rumah.Makanya, dia ni banyak ditemui di luar rumah le.Bahagian toraks dia ada satu belang putih menegak berbanding Aedes aegypti (pembawa virus demam denggi berdarah) lebih banyak ditemui di dalam rumah ada lain sikit la corak pada toraks dia nih.Nih hah gambo diorang...yang kiri tu Aedes aegypti yang kanan tu aedes albopictus.



Nyamuk ni aktif menggigit waktu siang tapi time yang dia paling aktif ialah awal pagi (subuh le tu) dan senja (time maghrib le tu).Sebab tu kalo orang pejabat kesihatan pegi fogging antara time 5-7 pagi or petang.Kalo ada company pest control yang datang nak fogging time memalam bute ke...tengahari rembang ke maknanye menipu le tu.Kalo diorang mintak duit tu lagi le menipu sebab pejabat kesihatan fogging secara percuma.Macam tu gak le kalo pihak DBKL ke DBKK ke segala majlis daerah tu pun sepatutnya FREE! Kalo diorang mintak duit tu boleh report.

Demam denggi ni bahaya sebab takde ubat takde penawar.Tapi nyamuk aedes ni senang dikawal.Dia suka membiak dalam takungan air jernih so kalo kat dalam or luar rumah tu ada air bertakung takmo pakai tu,buang je supaya tak jadi tempat pembiakan.Periksa le kawasan kediaman kita paling koman pun seminggu sekali.Cek semua tempat yang terbuka,yang menakung air jernih.Kalo longkang kotor tu bukan nyamuk aedes tapi nyamuk lain.Pendek kata,kalo kawasan keliling or sekitaran rumah kita bersih,insyaAllah takde pembiakan nyamuk aedes seterusnya bila takde nyamuk maka takde le agen pembawa virusnya maka tiadalah demam denggi Ada paham???

Kalo kat dalam rumah tu terpaksa menakung air contoh macam tray bawah peti ais, alas pasu ke, kolah mandi ke dsb nya, make sure kita taruk Abate 1% SG (boleh dibeli di kedai hardware or stesen minyak) ikut sukatan dia. kalo macam alas pasu tu seminggu sekali bersihkan le,gosok biar telur-telur nyamuk yang ada tu terkeluar.Ingat!!!Kitar nyamuk adalah seminggu (minimum). So kalo kita ada menakung air lebih seminggu, nyamuk tu dah boleh membiak lagi.

So, diharap selepas membaca artikel ni kita semua ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama membanteras nyamuk aedes ni supaya kes demam denggi tak meningkat. Denggi membunuh tetapi jika tiada aedes maka tiada denggi.

No comments: