Photobucket

Wednesday, September 24, 2008

KeNanGan 2

Gambar-gambar kenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam acara Penutup Sukan MIMOS 2004.
Ada diantara dalam gambar dah resign dimana telah belayar ke company yang baru.







Kelisa dalam kenangan

Gambar kelisa di bawah adalah hasil belaan di waktu bujang trangtangtang.
Pada waktu itu saiz ikan kelisa dalam satu inci sahaja dengan harga RM20.
Hasil belaan adalah seperti dalam gambar di bawah selama 2 tahun.
Tapi sehingga sekarang hanya dalam kenangan,ini disebabkan air di dalam aquarium tidak di tukar mengikut waktunya.



Renungan

Tuesday, September 23, 2008

items have been recalled due to China's milk scandal

For your information, the following items have been recalled due to China’s milk scandal:



1. M&M

2. Snickers

3. Mento’s Yoghurt Bottle

4. Dove Chocolate

5. Oreo Wafer Sticks

6. Dutchlady Sterilised Milk

7. Wall’s all natural mango

8. Mini Poppers Ice Cream

9. Magnum Ice Cream

10. Moo Sandwich Ice Cream

11. Mini Cornetto

12. Youcan Ice Cream



Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. If u have any of these items at home, don’t eat them.

Thursday, September 18, 2008

New Malaysian MPV

Kalau harga menarik boleh sambar sebuah



Highway Speed Trap : Raya 2008



Hi all,

pls be prepared for this coming Raya season.

PLUS North Bound (ke Utara)

*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.

*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.

*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.

*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.

*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.

*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.

*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.



PLUS South Bound (ke Selatan)

*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.

*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.

*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.

*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!

*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.

*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes* * * * * * * * * * * * * * * *

*At 296.5km and 297km, Bangi junction.

*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.

*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.

*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.

*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.

*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.



Elite Central Link East/North Bound

*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.



Elite Central Link West/South Bound

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!

*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h



NKVE East/North Bound

*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!

*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!

*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km



NKVE West/South Bound

*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h!

*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!

*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.

*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km

*Below railway bridge at 11.2km

*Under the bridge at Shah Alam junction.



Kesas East Bound

*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.



Kesas West Bound

*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity

*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.



Klang

*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!



East Coast

*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.

*East bound, downhill run after Raub junction.

*Maran, 60km/h zone.

*Paya Bungor, 70km/h zone.



SPEED TRAPS IN JOHOR

South Bound

*Tangkak junction.

*Under the bridge after Yong Peng



North junction

*at 97.3km.

*Ayer Hitam junction.

*Sedenak junction.



SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG

North Bound

*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.

*Before Perwaja Steel.

*Sg Petani junction.

*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.

*PenangBridgeat island end.Speed limit 80km/h.

South Bound

*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.

*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.



SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound

*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after

Kamunting Junction.

*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting

Junction.

*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.

*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting

junction.

*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.

*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.

*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.

*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.

*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.

*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.

*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.

*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound

*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.

*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar

junction.

*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng

Junction.

*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.

*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.

*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.

*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih

Kisah Setia Seorang Sahabat di  Malam Raya - SeDih.. ::::


sian...sila baca..


Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke
luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa
cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile
kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik
main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan.
Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'!
Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar
di
luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim
juga
mesti  terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi
berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.
Raiz
menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit
anak
kemuncut. "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!
Apa
kau buat
tepi  jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim
yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu
Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar,
manusia
pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab
soalan
Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga
ke
bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut,
selekeh
dan kakinya sedikit  tempang.. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau
tu?
Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah  topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.
Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim
lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
apabila
mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya
diterangi
cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu,
macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar
sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni,
tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang
datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh.
Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada
tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu
tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah
kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau
balik!
Salah 
ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil
peduli!"
Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum.. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita.
Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde
apa
boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup
Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz
sayu
dan pilu. Naim senyum tawar.. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam
ni
pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah
balik
ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku
mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung
kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku
ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil
dan
tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia
balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat-pisat
Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama
ayah
dan
ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau
tidur
kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?" jerkah
ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya.
Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun..
Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat  kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang
saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak  ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia
meninggal
hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur
arwah
mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang
jumpa
dia, dah tak  ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut.
Terfikirkan  pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
menjelang
raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk
disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye.. Esok dah
nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai
hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan.. Raya ni  datang
lah
rumah aku ye!" Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah
Naim
lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah."Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan
aman di
sana !

moralnya: jgn lupa  kawan dan rajin2lah bertanya kabar

   
~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan
Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~
 

LiFe..JuSt FoLLoW tHe fLoW...ThErE's MuSt Be SoMetHiNg FoR U FrOm
'HIM'..TrUst Ur HeArT..WouLd BeTteR..

Wednesday, September 17, 2008

kaitan filem P RAMLEE dgn kehidupan masakini


P.Ramlee had told us long before... even Lingam gate ?
Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.
Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan" . Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P..Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.
Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.
Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.
Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.
Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun.. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha....

Friday, September 12, 2008

Koleksi-koleksi Waja.

Koleksi-koleksi Waja.
dari forum




















Wednesday, September 10, 2008

Mukjizatnya Azan

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Aza n...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidakkita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakanorang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnyakelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang manasesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Wednesday, September 3, 2008