Photobucket

Wednesday, June 30, 2010

Birthday Aku-Naz dan Cip

Gabungan 3 orang sempena hari lahir dalam acara makan-makan untuk sarapan pagi.Menu utama adalah Laksa Johor dan Makaroni.

Agar-agar bersama puding

Ulam Laksa J
Roti gulung

Kek coklat

carl's jr



Carl's jr di The Mines.Ini adalah pertama kali makan kat sini....memang kenyang tak ingat dengan menu-menu burgernya.TQVM my friends sebab belanja.Fun fries pun sedap berbanding KFC dan McD.


Sunday, June 27, 2010

Popeye

Sempena hari lahir aku pada 28 jun ,aku membawa keluarga makan di popeye dekat The Mines.
Ini adalah pertama kali makan di Restoran popeye ....cawangannya pun tak banyak.
budakberdua ni tak boleh duduk diam...asyik jalan ke sana ke mari je.


sedang menikmati makanan yang di pesan


Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir ke-2 Aqil, semoga sihat sokmo
Terima kasih dengan hidangan ikan singgang bersama budu...sedap dok ingat.

Friday, June 25, 2010

Sogo

Berjalan-jalan di Sogo mencari pakaian sehelai dua untuk anak-anak sementara tengah ada sale.




Thursday, June 24, 2010

Roti Canai

Kedai roti canai yang terletak di Fasa 6 Bandar Tasik Kesuma merupakan roti canai yang paling sedap berbanding dengan mamak yang berhadapan kedainya.
Pelanggan memang ramai makan di kedainya terutamanya hari minggu yang terpaksa Q panjang menunggu turn.Selamat maju jaya.
Inilah rupa roti canai telo yang berharga RM1.40 sebijik ......bungkus jer pagi tadi makan kat rumah.....kuahnya memang sedap dan campur dengan sambal lagilah meletup.

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu-Tinggal sejarah


Sebahagian daripada penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal yang terletak di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur mula dirobohkan malam semalam.

Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan oleh Jepun ketika perang dunia kedua.

Jentera berat termasuk jengkaut, traktor dan sebagainya digunakan bagi merobohkan sebahagian daripada 394 meter tembok yang mengelilingi penjara itu bagi projek kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu.

Projek berkenaan yang bermula malam semalam akan berlangsung sehingga 24 Jun ini.

Pembinaan penjara Pudu yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895 manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.

Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.

Semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.


AL-Kisah di Penjara Pudu

Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja. Sebelum Penjara Pudu di tutup dulu pernah di ceritakan bahawa terdapat 1 bilik di panggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu di tutup. Ia di namakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah di katakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & berbagai lagi perlakuan kerana mnyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu kerana di katakan x kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah di ketahui mereka. Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongn Penjara Pudu di jalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. x kurang juga ada di antara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian x pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkn bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yg mati di tali gantung tersebut x tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasn itu..

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga dari menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangn lalu menjelmalah 1 lembaga yg mengerikan seraya berkata,

“Heyyyyyy manusiaaa. Jgn engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa..”

Udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje..

Tahniah kerana anda minat membaca.


Bakso


Ini adalah bakso pasar malam berdekatan dengan rumah di Kesuma Lakes.Rasanya memang sedap berbanding dengan bakso penjual lain.Pelanggannya memang dah ramai sejak beliau berniaga di situ.Kadang-kadang terpaksa Q panjang tunggu giliran.

Jika pembaca blog yang berkesempatan bolehlah mencuba bakso setiap isnin di pasar malam kesuma lakes.

Monday, June 21, 2010

D'Limau Nipis

Restoran D'Limau Nipis yang terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 8 berhadapan dengan PKNS Bangi .Kedainya mempunyai 2 lot tetapi dipisahkan oleh seven elevan ditengahnya. Masakannya boleh tahan juga.Singgah ke sini selepas bawa anak jalan-jalan di Taman Tasik Cempaka.

Ini air yang paling top di restoran D'limau nipis. Rasanya memang betul-betul sedap tak terkira.
sedang menunggu dengan penuh kesabaran disebabkan terlampau dahaga setelah penat bermain di Taman Tasik Cempaka.
Ini Char kueh teow special yang aku order...rasanya not bad lah
ais blended coklat untuk anakda berdua......ambik kau....kan tak habis.....nasib baik ibunya tak order air ....boleh jugak tolong habiskan

Sunday, June 20, 2010

Taman Tasik cempaka


Berjalan-jalan membawa anak ke Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada sebelah petang.Di situ memang ramai sekali para pengunjung yang datang untuk berjogging,bermain layang-layang,bola,playground dan sebagainya.
Asalnya nak berjalan ke rumah kakak di Fasa 3, disebabkan dia tiada di rumah....itu yang pergi ke sana berjalan-jalan bersama anak.
Suka sangat Umran Adam dapat berjalan-jalan di taman sambil melihat abang-abangnya yang sedang bermain.....bilalah aku nak join sekali ni......
tolong!!!tolong!!! lepaskan saya ibu....adam nak pergi main ni dengan abang......
apa yang ditengokkan tu aiman....pi lah main tu..

gelongsor yang best...laju semacam je turun.....
nak sangat gayut-gayut..... boleh tahan jugak ketahanan tangan affan menahannya
KHa..cepat panjat sampai puncak....siapa sampai dahulu....
kalut nak naik....tanggakan ada...kan dah susah nak langkah kaki tu
pusing jangan tak pusing....


Village View Bandar Baru Bangi

Restoran Village view yang asalnya di buka di tapak Econsave yang sedang dalam pembinaan iaitu jalan menuju ke jalan reko.Sekarang berada di Bandar baru bangi bersebelahan petronas dan satu lagi cawangan baru di jalan reko selepas Hentian Bas Kajang.
Masakan dan harganya pun boleh tahan juga.Kadang-kadang tu hampeh juga.Bebaru ni pesan menu nasi goreng pataya.....sup yang sampai alahai...sejuk.....hilang selera makan......apasalahnya kalau panaskan,barulah berselera.

Ni budak yang baru lepas makan duduk main ke hulu hilir tak duduk diam.
Ni dia Aiman yang begitu selera sekali makan......sedapnya mee hailam ke apa......

Saturday, June 19, 2010

Nilai 3

Pada sebelah petang berjalan-jalan ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Jarak dari rumah mengambil masa dalam 30 minit.Perjalanan melalui jalan lama iaitu melalui batang benar dan terus ke Nilai.Sewaktu perjalanan ke sana, arah berlawanan terdapat kenderaan yang begitu banyak sekali. Kebanyakan kenderaan ingin memasuki highway silk dan mungkin baru pulang dari kampung dimana persekolahan akan bermula 2 hari lagi.

Di Nilai 3 aku ingin mencari karpet lap kaki sahaja.So sempatlah aku singgah di gedung karpet yang terbesar di tepi jalan.Di dalamnya memang penuh dengan karpet yang cantik-cantik.Harganya pun boleh tahan jugak tapi memang berbaloi jika boleh memilikinya.
Ni anakda yang tak boleh duduk diam,asyik nak panjat atas karpet jer....seronok sangatlah tu dapat tengok karpet yang pijak tenggelam kaki.
Lihatlah karpet yang begitu banyak sekali dengan timbunan yang pelbagai corak dan warna.Karpet yang di gantung tu corak dia semuanya menarik.
Jalan-jalan mencuci mata sahaja sepanjang gudang dengan pelbagai harga yang di gantung.