Photobucket

Friday, July 30, 2010

Cameron Highland





Pada 24 dan 25 July 2010 satu summer camp tadika Mimos telah diadakan di Cameron Highland dimana satu biji bas bergerak ke sana.Aku mengambil peluang tesebut bercuti sekali dengan menginap di Hotel Wira Awam di Brincang.Jarak dengan banglo penginapan budak-budak tadika hanya dalam 100m sahaja.
Sebanyak 5 biji kereta konvoi dengan bas waktu mendaki bukit melalui Tapah.
Segala aktiviti yang diadakan oleh pihak tadika hanya BBQ sahaja pada sebelah malam aku sertai.Aktiviti berakhir pada jam 2 petang dimana, semuanya selesai makan tengahari.
Aku mengambil terus anak dan membawa pulang menaik kereta.
Gambar di Cameron Barat setelah pekena tea di kaki bukit....memang view menarik jika berkunjung disini.
Ini adalah jagung bakar yang begitu manis sekali dan sedap rasanya.Sempat jugak aku membelinya 2 longgok.

Lagi gambar sekitar perjalanan di Cameron Highlands


Monday, July 26, 2010

Adam tak sihat



Minggu lepas Adam demam + batuk + selesema.Ini adalah pertama kali Adam mengalami keadaan tersebut.Asalnya adalah selesema yang membawa ke batuk dan demam.Kahak memang banyak dan terpaksa berulang alik ke klinik 4 jam sekali.Ini uttuk monitor keadaan adam yang mana sukar untuk bernafas.
Adam yang mengambil gas....

Thursday, July 22, 2010

popia

Popia basah yang dihasilkan pada hari minggu baru-baru ni.....memang sedap rasanya.Gambar yang di atas adalah first percubaan yang tiada kacang.Untuk gambar di bawah pula ada improve dan makin sedap di mana semuanya cukup rasa....perhhhhh...mantop.

Wednesday, July 21, 2010

Laksa Terengganu


Laksa Terengganu yang berkuah putih adalah satu keenakan yang tak terkira.

Aiman dan Affan sedang menikmati keenakan masakan ibunya.

Tuesday, July 20, 2010

Dorayaki

Affan dan Adam sedang menikmati makanan dorayaki yang dibeli.



Sunday, July 18, 2010

Satay

Jom makan satay di Restoran Urat Keting Bandar Baru Bangi Sek. 7.Rasanya memang sedap dari satay yang terkenal dekat Kajang.Pelanggan disitu memang ramai sekali....jika datang lambat,terpaksalah Q menunggu tempat duduk.
Satay daging dia memang sedap.....berbanding dengan makan di tempat lain....
satay daging

Thursday, July 15, 2010

Kejohanan Dart

Kejohanan Dart minggu lepas dimana team aku iaitu wafer fab A menjadi juara tiap-tiap tahun.Untuk tahun ini wafer Fab menghantar 2 pasukan iaitu Team A dan B.
Team B hanya tempat ke-3 dan N.Johan iaitu TRO
Otai dart

Tuesday, July 13, 2010

noodles station

Makan di noodles station Metro point Kajang selepas bermain bowling.Ini adalah untuk test lane sebelum perlawanan sebenar bermula dan juga bola baru.




Ini lah menu yang aku order.....nasi goreng tomyam

Tuesday, July 6, 2010

Apam Kuah



Apam kuah hasil tangan my wife dihujung minggu bebaru ni......Makan terasa macam berapa dikampung plak...hehheheh...sungguh enak masakan kuih kampung.....
tengok ni affan yang begitu suka sekali makan berbanding dengan adik nya......sampai licin disapunya....sehingga menjilat jari......

Saja-saja



Dari kiri Umar Aiman,Umran Adam dan Usman Affan,Acara sesi bergambar bersama adik beradik.Aiman bukan main lagi bergaya sakan nampaknya....bersilang kaki tu....
Yang ni plak photo bersama ayahnya....nasib baik si kecil tu pandai tengok kamera....dapatlah snap sekeping dua....

Monday, July 5, 2010

Dataran Putrajaya

Membawa anak-anak berjalan-jalan di Dataran Putrajaya.Kebanyakan area tengah-tengah dataran tengah renovation.Ini mungkin membaik pulih dan mempercantikkan lagi.
Keadaan cuaca pada hari tersebut tak berapa elok dimana hujan gerimis sejak pagi lagi.Jika nak berjalan-jalan sekitar tersebut terpaksalah memakai topi untuk mengelakkan dari sakit kepala atau boleh menyebabkan deman.

Masakan Jenahak

Hasil dari masakan tangan isteri yang terbaik,dengan menghasilkan 2 masakan daripada seekor ikan jenahak yang agak besar.Jenahak ini adalah dari pemberian pengasuh anak yang memancing dekat Klang.Ikan tersebut dah dipotong dua untuk masakan pada hari minggu.


Ini adalah masakan lemak cili api pada hari sabtu.Gambar tersebut adalah bahagian sebelah bawah iaitu ekor.
Ini pula adalah masakan sweet sour dengan membuat berkuah sedikit pada hari Ahad. Rasanya memang sedap....macam ikan haruan isinya.

Sunday, July 4, 2010

cool blog

Jalan-jalan di Tesco Semenyih sambil membeli barang dapur.Waktu tu orang takderlah ramai lagi...mungkin awal kut...Nasib baiklah budak bertiga ni duduk diam dalam troli.
Lepas bayar barang yang dibeli terperasan kedai yang biasa menjual bauhu telah bertukar menjadi kedai cool blog kat situ.Banner dan gambar yang dilampirkan macam menarik jer.....membuatkan aku terasa nak order .....apa lagi kasi testlah satu cup.....
So memang betul-betul best!!!!selepas mencubanya................

Tengok ni tak sabar-sabar nak minum .....balun sampai habis satu cup untuk 4 beranak..next time boleh beli lagi....nak order satu sorang tak boleh sebab aiman batuk.......kan bertambah teruk...

Saturday, July 3, 2010

Jenahak

Ini merupakan seekor ikan bernama jenahak hasil pemberian dari pengasuh anak.Hasilnya adalah dari memancing di Klang.Rupa jenahak adalah lebih kurang dengan ikan merah.
Ini baru sahaja lepas buang perut,sisik dan potong dua.Masakan yang akan dibuat adalah 2 jenis yang berlainan rasa.Tunggu masakannya

Thursday, July 1, 2010

Bola Bowling

Kini aku telah memiliki bola bowling sendiri yang berjenama Tzone yang beratnya 11.6 lbs.Aku membelinya di Endah Parade Sri Petaling.
Ini adalah sebahagian daripada bola yang dipamerkan untuk di jual kepada pelanggan.Pelbagai jenama yang dijual dan harganya mengikut jenis bola bowling tersebut.
Sedang megukur lubang jari yang sesuai untuk ditebuk.Yang mengukur rasanya pemain Malaysia,sebabnya rasa macam pernah tengok dalam TV.
Sedang melakukan testing balingan selepas tebuk lubang....memang terbaik.
Ini tengah melakukan acara testing bola bowling baru 4 Frame RM10...tetapi hanya jam 10:00am sampai 13:00m sahaja.

wow boleh tahan jugak resultnya
Ini panel yang diperlukan untuk apa-apa keadaan yag diperlukan

Raja Buah

Inilah isi durian yang di beli

Bebaru ni ada beli durian 1 biji , 1kg Rm4.50. Isinya boleh tahan jugak.....nak kata hantu durian takderlah......kalau tengok durian tu takderlah kemaruk mana nak makan....
Tapi jika pasar malam atau sepanjang perjalanan dekat Semenyih ramai yang menjual durian.Takder plak nak berhenti bertanya berapa selonggok atau berapa 1 kg. Kalau kaki durian dah lama pi singgah beli.