Photobucket

Saturday, February 26, 2011

Buah Nipah







Lama sungguh tak makan buah nipah.Waktu budak-budak dulu memang selalu cari di tepi sungai dekat rumah.Jika dapat yang ala-ala nak keras tu....perhhhh sedap sungguh.

Sekarang kalau balik kampung pun dah tak banyak pokok nipah di tepi sungai kerana telah ditebang untuk pembangunan.
Satu tandang buah nipah
sebijik buah nipah
inilah rupanya

Thursday, February 24, 2011

Makan FREE


Alhamdulillah dua hari berturut-turut dapat makan FREE.Semalam dekat Mat Ayam Kampung dan ini hari Pizza Hut Kinrara.

Terima kasih sekali lagi semoga dimurahkan rezeki dan boleh belanja lagi

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia 2-Pakistan -0


Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada saingan ppusingan pertama bola sepak pra-kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 dan jaringan kedua menerusi Mohd Irfan Fazail pada minit ke-47.

Peluang separuh masa ke-2 begitu banyak sekali walaupun pemain Paksistan seramai 10 orang tapi tidak menyebelahi Malaysia untuk menambahkan gol.

Harap dapat bertahan pada pusingan ke 2 di Pakistan pada 9 Mac.

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia Lawan Pakistan

Tiket Malaysia Lawan Pakistan Mula Dijual

PETALING JAYA: Tiket-tiket bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dengan Pakistan akan mula dijual pada Selasa, 22 Februari 2011.

Tiket yang berharga RM20 bagi bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak boleh didapati di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 9 pagi hingga 5 petang, manakala Rabu (23 Feb) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, peminat-peminat bola sepak tanah air juga boleh membeli tiket di Pintu A, Stadium Shah Alam bermula 4 petang pada hari perlawanan.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 23 Februari bermula jam 8.45 malam.

Sudirman - Anak Dagang



ulang tahun pemergian lagenda alllahyarham Sudirman.......utk kita yg duk merantau mencari kerja demi sesuap nasi......

Cameron Highland


Terasa ingin bercuti bersama keluarga ke Cameron Highland buat masa terdekat ni......last pergi tahun lepas dalam bulan julai bersama rombongan tadika anak.Search pun search
Terjumpa satu blog yang berkenaan dengan Cameroon Highland
http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/

so bolehlah buat rujukan nak ke sana

Adam tak sihat


Hari ni terpaksa EL sebab Adam tak berapa sihat.So hanya hantar sekejap sahaja ke rumah pengasuh kerana perlu hantar abangnya ke sekolah dahulu. dan ambil balik lepas tu.

Adam asyik batuk + selesema.Sebelum ni dah nak baik batuknya...entah macam mana semalam start teruk kembali.

Jika kita sendiri jaga lain sikit rasa sebab boleh beri tumpuan sepenuh terhadapnya.

Jika selalu batuk,tekaknya akan merah dan boleh menyebabkan deman.Itu yang tak mahu tu....
Harap-harap Adam sihat sepenuhnya....selepas makan ubat....

AMIN.

Sunday, February 20, 2011

Kahwin

Hari ini berlangsungnya satu majlis perkahwinan berbangsa india iaitu jiran satu lorong di kuil jalan reko.Aku hanya bagi hadiah dekat rumahnya setelah selesai acara di kuil.Nasib baiklah takder acara dekat rumah....kalau tidak tentu bising dengan alunan muziknya. Dalam 2 ke 3 hari lagi akan berlangsung di Pahang pula.


Friday, February 18, 2011

tertinggal

Hari ini tertinggal laptop dekat rumah setelah sampai opis. Yang perasan tu....ketika buka bonet kereta waktu nak ambil beg anak ke tadika.Nampaknya hilang gaya satu hari jika tiada laptop.Nak buat kerja pun tergendala.Nasib baiklah ada PC lain yang boleh guna.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menimbang Cahaya mata ke-2

Di pagi hari Maulidul rasul lahir seorang baby boy di Hospital Termerloh buat adinda ku untuk anak ke-2.Tahniah diucapkan dari kami sekeluarga.Agar semuanya sihat.

Tunggu kedatangan kami ke sana untuk melihat new baby.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432: Biodata Rasulullah S.A.W


Kembali kepada Sunnah.. tanda cinta kita kepada Rasulullah S.A.W

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir buat Umar Aiman yang genap 4 tahun hari ini.
Semoga menjadi anak yang soleh dan menurut perintah Allah dan Ibubapa.
Amin.

Sunday, February 13, 2011

Sarapan


Menikmati sarapan pagi bersama cekodok aka jepuk2 bersama tea-o....menyelerakan nampaknya.

Saturday, February 12, 2011

Birthday Ica

Selamat Hari Lahir buat adik ica yang berumur 1 tahun.

KFC kajang berhadapan Metro


Menari bersama chiky


Friday, February 11, 2011

Hati-Hati Beli Pendrive - Fake Product

Aku copy paste, bukan aku yang cari kat mudah.com macam dalam artikel, tapi aku rasa ini good info yang boleh di share....

Hari ini saya survey dekat www.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.
Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .


Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Thursday, February 10, 2011

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Copy Paste

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan
hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang
mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kuburialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulahseterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalahular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.

Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akandiampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
---------------
e-mail dr RAKAN MASJID, UUM

Employees Appreciation Lunch





Dasyatnya Doa Seorang Ibu


Copy Paste

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

q Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

q Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Ø

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

q *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.



Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia tundukkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan


Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini.

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Perlawanan yang menarik


Kembali 'mengaum' Malaysia Vs Hong Kong

HARIMAU Malaya ‘akan mengaum lagi’, malam ini dan intipati ini amat ditagih ribuan penyokong skuad bola sepak negara apabila turun ke gelanggang menentang Hong Kong dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Detik ini harus menjadi penantian kerana ini adalah perlawanan pertama sejak anak didik K Rajagobal menjuarai Piala Suzuki AFF pada 29 Disember lalu di Jakarta.

Tuesday, February 8, 2011

Restaurant Uncle Din’s Beriani House

Jom makan di Restaurant Uncle Din’s Beriani House Pelangi Semenyih.Rasa masakan boleh tahan sedap dimana padanlah dengan harganya.Kedainya berdekatan dengan Tesco Semenyih dan bersebelahan dengan Char kueh teow restoran.

Sekitar Cuti Raya Cina di kampung

Ni duduk sibuk bagi kambing makan
ayam belanda kat kuala hiliran
kg Undang
macho man
kg undang
selesai makan di pantai batu buruk
pantai batu buruk
menikmati nasi ayam hailam

Tuesday, February 1, 2011

Krisis di Mesir

Kini Krisis diMesir bertambah buruk
untuk maklumat terkini bolehlah layari blog
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/




Ikuti Perkembangan Pelajar Malaysia di Mesir Melalui Facebook

Oatmeal

Hari cuti wilayah ni terpaksalah jaga anak-anak,wife bekerja sebab bekerja di Selangor. So menu untuk tengahari adalah oatmeal sahaja......ehehehhehehe
Ini tengah masak di atas dapur.....senang je....dalam 3 minit dah siap.......tunggu sejuk sedikit siap untuk di makan.
Untuk lebih sedap lagi makan bersama ikan bilis bagi yang tak lalu nak telan oat tersebut
Karipap ni adalah bonus untuk anak-anak sahaja......jom makan.

Van masuk longkang

Pagi tadi van bergerak sendiri gara-gara hand-brake tak kuat.kejadian berlaku berhampiran dengan rumah.Kisahnya dimana tuan empunya van mengangkat barang-barang kedalam van.Masa tengah angkat barang tu tiba-tiba tengok van tiada.....ehehheheh rupa-rupanya van dah bergerak ke bawah.....jalan memang membukit sedikit.Owner van kejar tak sempat dan terus masuk longkang untuk kedua2 tayar.Longkang memang dalam....hapus kepalalah.....Gambar di atas tu tayar hadapan dah di angkat naik ke atas jalan.
Ni bahagian belakang van...... sedang mengikat untuk di angkat setelah bahagian hadapan selesai.Jika tarik macam tu jer.....mahu rosak habis bahagian bawah van.

Selamat Hari Wilayah 2011 yang ke 37

Selamat Hari Wilayah bagi warga wilayah dan pekerja di wilayah.Selamat bercuti semua

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)



Lirik

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…