Photobucket

Tuesday, March 26, 2013

Restoran Arabian House, Seksyen 7 Bangi

Lunch dengan Family di Restoran Arabian House.Kedai ni boleh dikatakan baru jer bukak.....Jika kita dari Semenyih melalui Highway Silk,dimana ada satu exit sebelum tol sg.ramal.....disitu lah kedainya....Dari Highway dah nampak kedai tersebut.
Arabian House Restaurant
Nasi kabsah lamb ...memang sedap
Ni kebab ayam

F1 Sepang 2013

Sepang International Circuit telah menjemput Exora Owner Car Club Malaysia sebagai pemandu buat peserta F1 di Sepang.Sebanyak 20 biji Exora diperlukan untuk membawa pemandu F1 dari Paddock ke Welcome Center. Ini adalah pengalaman pertama dan juga kali pertama menonton perlumbaan F1 secara live.
 Pas Event boleh masuk semua
 Menanti pemandu F1 untuk dibawa pulang kembali ke paddock







Wednesday, March 20, 2013

Umai D'Lakes Cafe Putrajaya

Jalan-jalan di Purtajaya sambil minum petang di Umai D'Lakes Cafe Putrajaya berhampiran Millennium Monument Putrajaya.
Antara menu yang di order
Deretan air ....arhhhhh dahaganya
Roti Jala memang sedap dengan gulai ayam
Bubur Jagung kepunyaan Aiman dan Affan
View di waktu petang time makan...kelihatan matahari nak melabuhkan tirainya
photo sebelum singgah di Umai D'Lakes Cafe Putrajaya......
Jalan-jalan di Millennium Monument Putrajaya. dulu

Tuesday, March 12, 2013

Birthday Adam

Pada 11.3 genaplah umur Umran Adam 3 tahun.Semoga anakda sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.
Hadiah birthday,bukan  main seronok lagi.... siap buat tido lagi.

Ada buat  jamuan ringkas  dengan jemputan anak beranak jer dimana menu utama nasi dagang.

Kuah nasi dagang iaitu ikan ayer@tongkol.Kepala ikan menjadi rebutan.
Rupa nasi dagang yang baru siap di masak.
acar timun yang menjadi ulam bersama nasi dagang.
Siap sedia untuk di makan.

Bukit Broga

Keadaan di bawah pada jam 7pagi.Kelihatan kereta dah penuh di bawah pokok kelapa sawit dengan bayaran parking sebannyak RM2
Papan tanda memberi info jarak ke puncak bukit broga sejauh 1.7km
 perjalanan mendaki bermula

sebahagian orang yang menaiki bukit broga
berjaya menawan bukit broga
kelihatan banyak kasut yang rosak dicampak di atas dahan pokok.Hendaklah memakai kasut yang sesuai masa mendaki.