Photobucket

Thursday, June 17, 2010

D'Jamel

Makan tengahari di D'Jamel aka D'tebing.Kedainya dibuka jam 9 pagi hingga jam 3 ptg.Dibuka balik jam 7 malam hingga 12 malam.

Ada menu baru rupanya...tengok-tengok yang berasaskan kantonis dah naik RM0.50
Gimsum pun turut dijual

Tuesday, June 15, 2010

World Cup South Africa 2010



Jom layan lagu World Cup South Africa 2010 sempena deman Piala Dunia

Rojak Bellamy

Pada hari jumaat biasanya makan di Restoran Rojak Bellamy sebelum solat jumaat.
Kedainya terletak di Jalan Bellamy berdekatan international shhool ataupun jalan menuju ke ikan bakar belakang Istana.

Menu yang biasa aku pesan adalah Nasi goreng ayam,rojak dan cendol.
Cendol biasa
Nasi Goreng Ayam
Rojak
Suasana di Kedai
Suasana di kedai


Monday, June 14, 2010

Wajah baru

Selamat melayari blog irbasmad dengan berwajah baru

Syiken dan Din-Batu Pahat

Pada 12 Jun,Konvoi dari Muar menuju ke dewan jamuan di Batu Pahat bermula jam 10:00 pagi.Perjalanan kesana mengambil masa dalam 1 jam.Persiapan rombangan diadakan di dewan peladang yang berhampiran dengan dewan jamuan tersebut.


Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang yang berarak ke pelamin di pentas utama.Disamping itu ada persembahan zapin dan nyanyian bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan.Majlis diakhiri dengan jamuan makan beradab dan potongan kek sebelum rombongan belah perempuan berangkat pulang ke Terengganu.

Sunday, June 13, 2010

Syiekin dan Din-Kuala Terengganu

Pada 7 Jun acara akad nikah berlangsung disebelah malam dan jamuannya pada 8 jun .Kendurinya berlangsung di kampung Pulau Musang Kuala Terengganu.

Semua masakan adalah dari gotong royong diantara ahli keluarga untuk tetamu jemputan.Masakan yang disajikan adalah Nasi briani +putih,gulai daging,ayam masak merah,sayur timun dan dll.Acara bermula jam 11:00am dan berakhir jam 17:00pm.
Seminggu lepas tu akan berlangsung pula di rumah pengantin lelaki di Batu Pahat Johor.Sebanyak 5 ke 6 biji kereta akan konvoi ke Johor dan beberapa lagi dari Kuala Lumpur.

Bandaraya Bersejarah

Berjalan-jalan bersama anak-anak di Bandar Hilir Melaka selepas pulang dari majlis perkahwinan Nora dan Din di Batu Pahat Johor pada 12 Jun 2010.
Bayaran menaiki river cruise boat untuk dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak RM 5.

Yang tak bestnya waktu membeli tiket ,ada ker kaunter tersebut mengatakan tak ada duit tukar.Hampeh hanya RM50 dan jumlah kami sekeluarga hanya RM30 sahaja........RM20 takder ker...

Bukan main ,yang beratur punyalah ramai....macam manalah nak maju......buat malu pelancong jer...Ada kes abg tu..... kaunter tersebut bagi baki duit tak cukup...nasib baik abg tu perasan.
Hampeh sekali lagilah.....Nasib baiklah puas hati sepanjang perjalanan menyusuri sepanjang sg.Melaka.....

Affan
Aiman