Tuesday, September 28, 2010
Akuarium-
Friday, September 24, 2010
Puasa 6
Alhamdulillah pada semalam dapat habiskan puasa 6 di bulan syawal.So hari ini bolehlah beraya.
Selamat Hari Raya…….semua….
Berkatnya daging lembu yang disembelih
Berkatnya daging lembu yang disembelih
Untuk makluman tanah surau ini diwakaf oleh (Pak Bakar)
________________________________
Assalamualaikum,
Semalam 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri.
Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.
Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di kemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.
Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang. Pak Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer.
Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi.
Itu lah dia kekuasan Allah SWT.
Wallahualam.
Kenangan indah di pagi hari
Hari ni adalah kenangan dari anak-anak tersayang…..heheheheh….Macam biasa pada jam 6:00 pagi aku akan bangkit dari tido,so bersiaplah apa yang patut sebelum pergi kerja.Anggaran dalam jam 6:30 pagi terperasan anak yang no.2 dah kencing atas tilam.Aduhai…..terpaksalah kejutkan dia dan mandikannya terus.Kejadian macam ni jarang-jarang berlaku….apa yang dimimpikannya tak tahu…..Apa lagi takpaksalah basuh tilam tu dan jemur terus….segera gitu….kan tak pasal-pasal ada bau yang harum….
Kejadian kes yang kedua pada abangnya sewaktu sampai ke Tadika.Sepanjang perjalanan dari rumah ke opis abangnya asyik tido sahaja,,memang lena betul…..maklumlah tiap-tiap hari tido lambat…asyik duk layan kartun sahaja…….nak tengok cerita lain pun susah.
Semasa parking kereta dan kejutkan dia,”seluar abang basah”perkataan yang keluar dari mulutnya….erghhh!!!!!….nak marah….kan dibuatnya mengamuk tak nak ke tadika plak….Aduhai…..macam mana nak buat ni……pujuklah pergi toilet tukar baju lain……habis uniform dah basah…Dahlah selipar dia tak bawa plak….almaklumlah tadi berdukung tido masuk dalam kereta…hari-hari lain ok jer masuk sendiri…carilah dalam kereta kut-kut ada selipar lain…..last-last kasut adiknya ada…..pakai jerlah…..
Selepas siap mandi dan tukar pakaian baru…..dibuatnya tak nak masuk kelas…….aduhai…..terpaksa panggil cikgunya ambil…..
“kenangan indah di pagi hari”
Aloyai…….
Saturday, September 18, 2010
Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
Al-Fatihah
|
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.
Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.
“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN
Thursday, September 16, 2010
Gambar pada 1 syawal
Umar Aiman Lelah-1syawal
Tuesday, September 14, 2010
Klelebihan Puasa 6
PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.
Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.
Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”
Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”
Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.
Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’
Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa
qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat
sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.
Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.
Tuesday, September 7, 2010
Koleksi Lagu Raya
Track List :
01.Aman Shah - Kepulangan Anakmu
02.Aman Shah - Pulang lah Di Hari Raya
03.Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
04.Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
05.DJ Dave - Menjelang Hari Raya
06.Jay Jay - Hari Raya Bahagia
07.Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
08.Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
09.Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya
10.Sanisah Nuri - Aidilfitri11.Sanisah Nuri - Bersabarlah Sayang
12.Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
13.Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
14.Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
15.Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
DOWNLOAD DI SINI :
MEDIAFIRE
http://www.mediafire.com/?wym3lgxqrzd