Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

Info: Kesan Radiasi Nuklear Terhadap Kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sejak beberapa hari ini berita tentang Tsunami di Jepun mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian orang ramai. Tsunami di Jepun kali ini di jangkakan paling teruk sepanjang 140 tahun. Tapi yang membuatkan penduduk Jepun dan sekitarnya menjadi semakin bimbang adalah kerana kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Di tambah pula dengan letupan Nuklear di Fukumi pagi tadi. Sebagai langkah berjaga jaga dan pengetahuan maka saya kongsikan kesan kesan Nuklear terhadap kesihatan manusia.

Dibawah ini antara kesan kesan radiasi nuclear kepada kita.

· Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems (1 Sv) akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

· Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

· Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

· Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

· Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

· Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website berikut: http://www.world-nuclear.org/info/inf05.html

No comments: