Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.
Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. -
1 comment:
sayang...kena pulak dgn Syira aritu
Post a Comment