Photobucket

Wednesday, October 31, 2012

Calar


Apa perasaan anda bila kereta anda dilakukan macam ni?
Perrrhhh PANAS membara kan.
Kita menjagakan bagai nak rak…..ada plak kutu yang duduk gatal
tangan melakukannya….
Kalau dapat tahulah langit tinggi rendah……
Kejadian berlaku masa pergi makan tengahari dan park kereta seberang jalan kedai makan.

Sunday, October 28, 2012

Komuter


Bawa anak jalan-jalan  semalam ke KL dengan menaiki Komuter.Starting stesen komuter  Batang Benar menuju ke Mid Velly.
Waktu pergi boleh tahan jugak ramainya orang berbanding balik.Alhamdulillah semua anak gembira.
 Menanti komuter ....dah nak balik
 dahaga setelah penat berjalan

Thursday, October 18, 2012

Expo Konvo UPM

 ingin melakukan flying fox buat pertama kali.Bayaran hanya RM4 seorang,



Wednesday, October 17, 2012

On wheel belancing

 Membuat on wheel belancing secara manual di kedai Continental Permaisuri.Hasil kerjanya  memang memuaskan.Harga belancing mengikut saiz rim,untuk rim 18" ni dia ambil RM28 jer.


Kejohanan Bowling EOCM CR 2012

Pada 14 Oct berlangsungnya kejohanan bowling CR 2012 di Metro Point Kajang dengan meriahnya.Crew 3G menjadi tuan rumah untuk tahun ini dengan penyertaan 120 orang peserta,setiap pasukan terdiri daripada 4 ahli jajahan masing-masing.

Sepanjang perjalanan berlangsung ,diselitkan dengan cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana.

Tahniah pada geng lanun yang menjadi Juara untuk musin 2012.
Balingan perasmian dari chip CR menandakan Kejohanan Bowling CR 2012 bermula




Wednesday, October 10, 2012

Urat


Adoi...terasa sengal-sengal sampai ke pinggang.itulah sakitnya.Punca sakit ni lepas bermain bowling pada hari ahad bebaru ni.Kaki sebelah kanan telah jem.
Puncanya dari kejadian lama.......urat punggung telah lari,sekarang telah di blok oleh lemak.itulah punca sakitnya.
Alhamdulillah setelah melakukan urutan dapatlah diperbetulkan  dan harap dapat kembali berjalan dengan selesa lepas ni.
Kalau bangun tido atau duduk terlalu lama ,terpaksa ambil masa untuk berjalan sebab terasa sengal-sengal sampai ke punggung....tuhan saja yang tahu bertapa sakitnya.

Sekitar Bot Berhias kuala terengganu

Gambo copy paste jer sebab comel ngat...untuk di kongsi bersama





Sunday, October 7, 2012

bowling

Hari ni ada sesi latihan crew 3G untuk kejohanan bowling EOCM CR 2012 yang akan berlangsung di Metro Point Kajang pada 14 Oct ,jam 9 pagi.
Nampak sangat lama tak bersukan dan bermain sampai tangkap pinggang beb....sakit dibuatnya.
Harap dapatlah main ahad ni dengan score seperti hari ni......




Saturday, October 6, 2012

57K

Hari ni genap 57.000KM servis minor exora ku  dengan kerugian RM223.Sepanjang berkhidmat buat kami sekeluarga memang terbaik operasinya. Kini telah bertukar wajah dengan rim baru setelah rim STP yang telah botak keempat-empanya.
 zoom kasi dekat sikit
Dari pandangan sisi tepi