Photobucket

Thursday, July 31, 2008

Majlis Perkahwinan Shida di Bentong

Majlis Perkahwinan Shida di Bentong pada 26 July 2008
Gambar dari Khaiphoto....



Kembali ke rahmatullah



Pada tanggal 22 July 2008,hari Selasa iaitu jam 19:15pm terima satu panggilan dari Imah mengatakan tok tak bangun tidur bila dikejutkan.Panggilan tersebut dijawap oleh my wife dan mengambil keputusan untuk pergi melihat di Bandar Baru Bangi.Kami sekeluarga pun bergegas bersiap untuk kesana dan hanya sediakan bekalan susu untuk anak-anak sahaja.Dalam perjalanan ke Bandar Baru Bangi iaitu lebih kurang 1KM ,bukalah radio IKIM,pada waktu tu lagu “selimut putih” berkumandang.Hati dan perasaan dah tak sedap waktu tu.Kereta terus bergerak jauh dan mengambil keputusan call sekali lagi untuk mengetahui berita selanjutnya waktu itu dah melalui di hadapan TESCO.Panggilan dari wife dijawap dan bercakap dengan kakak sendiri,dimana satu berita mengejutkan sampai ketelinga dimana Mak dah tak ada di dunia.Waktu mengetahui berita tersebut sungguh mengejutkan dan amat sedih sekali sehingga nak keluar airmata.Itu hanya dapat ditahan sahaja. Kakak dah maklumkan kepada Doktor dan mengesahkan Mak dah takder lagi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya.

Rasa baru semalam baru jumpa dengan Mak iaitu pada hari Sabtu 19 July 2008.Mak berada di Bandar Baru Bangi dah 2 minggu lebih.Pada hari Sabtu takder apa kelakuan yang pelik dari Mak dan hanya bermain dengan cucunya seperti biasa.Mak sebenarnya takder sakit apa pun samaada darah tinggi,kecing manis dan lain-lain lagi.
Tapi dengar cerita dah 2 ke 3 hari merungut nak balik kampong.
Sesampai di Bandar Baru Bangi sudah masuk waktu Maghrib.Ketika memasuki rumah terlihat jenazah mak dah ada di ruang tamu diselimuti kain putih.Lepas sahaja sembahyang Maghrib saya dan anak telah pergi ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membuat laporan kematian dan mengambil permit pengkuburan sebelum bawa jenazah pulang ke kampung.Setelah selesai sahaja laporan diambil anggota polis telah membuat pemeriksaan ke rumah.

Saya terpaksa balik semula ke rumah di BTK ,dimana terpaksa mengambil pakaian dan segala kelengkapan anak –anak untuk balik kampung setelah urusan jenazah selesai.Sewaktu membuat persiapan terima satu panggilan dari Mat supaya mengambilnya di stesen komuter UKM.

Dalam jam 22:00pm sampai di rumah Bandar Baru Bangi bersama Mat dimana dah ramai tetamu datang termasuklah sanak saudara yang berada di sini.Waktu itu jenazah tengah dimandikan oleh anak cucunya sendiri dan diiringi oleh Ustazah .
Setelah selesai dimandikan kami anak cucu mengangkat jenazah untuk dikafankan dan seterusnya disembahyangkan.Dalam jam 23:59pm Jenazah telah dibawa dengan Van Jenazah UKM ke kampung Undang dengan diiringi oleh Mat dan Aus.

Jenazah telah selamat sampai lebih kurang jam 5:00 pagi di kampung.Kami bertolak lewat 2 jam kerana terpaksa menguruskan bekas mandian jenazah ke surau dan terpaksa rehat sekejap kerana nak memandu kenderaan.Kami bertolak dengan 2 buah kenderaan dan sepanjang perjalanan alhamdulillah semuanya selamat dan tiba dikampung hampir jam 9:00am.

Waktu ini jenazah dah nak ditutupkan mukanya dan dimasukkan ke dalam keranda serta melakukan sembahyang jenazah sekali lagi dikampung sebelum dikebumikan.Jenazah telah dibawa dengan lori sehingga ke tanah perkuburan.Disitu penuh dengan sanak saudara dan rakan taulan.Jenazah selamat dikebumikan dengan lancar sehingga habis bacaan doa.Tahlil telah diadakan selama 3 malam berturut-turut sebelum pulang balik ke Kuala Lumpur.

Kita doakan supaya Arwah Mak berada ditempat golongan yang baik-baik.AMIN.
Al-Fatihah.

Wednesday, July 30, 2008

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK ?

Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"





Renung-renungkan...dan selamat beramal..

Monday, July 28, 2008

Rakyat Mesia gemar makan sisa tong sampah??..........hah!!



Kepada sesiapa yang selalu pergi ke pasar, tak kira pasar selayang or
mana2 pasar, better be careful, beli hanya dari penjual tempatan dan bukan dari pendatang asing.

SELAYANG: Walaupun baru diserbu lima hari lalu, peniaga haram warga Myanmar yang menjajah Pasar Borong Selayang di sini, kembali 'garang'
apabila mengacukan pisau ke arah seorang pemandu kereta yang tidak sengaja melanggar barang jualan mereka.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, seorang peniaga Myanmar dikatakan menunjukkan pisau pemotong sayur kepada seorang kerani sebuah syarikat pencetakan yang ketika itu melalui kawasan tepi pasar borong untuk menuju tempat kerja.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 25, berkata ketika itu dia memandu Perodua Kancil cuba melepasi kawasan pasar berkenaan yang sesak dengan peniaga terbabit di bahu jalan.

Menurutnya, dia tidak sengaja terlanggar bakul jualan milik peniaga terbabit menyebabkan ia terbalik.


"Saya tidak sengaja, namun lelaki Myanmar berusia 30-an itu mengetuk cermin tingkap saya sambil menunjukkan pisau.


"Tindakannya benar-benar memeranjatkan saya kerana kesalahan itu berpunca daripada tindakan mereka sendiri yang menghadang laluan jalan dengan meletakkan pelbagai jenis sayur di bahu jalan sehingga menyebabkan jalan raya sesak," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana pantas beredar dari kawasan itu walaupun cermin keretanya diketuk.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Bakri, 41, bimbang dengan kemunculan kumpulan peniaga samseng warga Myanmar itu yang terus bermaharajalela walaupun operasi besar-besaran sudah dilakukan minggu lalu.

Menurutnya, dalam operasi malam Sabtu lalu, lebih 500 warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah diberkas Rela dan Jabatan Imigresen.

"Namun, saya pelik bagaimana bilangan mereka langsung tidak menunjukkan tanda berkurangan, malah semakin berani berniaga secara terbuka,"
katanya.

Bakri berkata, kehadiran pendatang asing itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana mereka menghalang kenderaan keluar masuk dengan meletakkan barang jualan di atas jalan dengan beralaskan raga dan plastik nipis.

"Apa yang saya nampak, mereka (peniaga Myanmar ) gemar mengutip sayur-sayuran dari tong sampah sebelum dijual semula kepada orang ramai,"
katanya.

Malah, lebih memburukkan keadaan, kebanyakan pelanggan di kalangan penduduk tempatan yang tidak mengetahui taktik licik peniaga terbabit kerana rasa .

Biasanya warga Myanmar terbabit mengutip sayuran terbuang itu seawal jam
3 pagi dan dilakukan secara berkumpulan untuk memudahkan operasi mereka.

"Sambutan daripada masyarakat tempatan amat menggalakkan kerana mereka biasanya mula menjalankan perniagaan selepas pasar ditutup," katanya.

Sementara itu tinjauan Harian Metro di pasar berkenaan mendapati peniaga terbabit menggeledah sampah-sarap dilonggokkan dalam tong sampah bagi mencari sayuran yang boleh dijual.

Selepas puas hati dengan hasil yang diperoleh, mereka kemudian membawa sayur-sayuran terbuang itu ke kawasan tersorok untuk dibersihkan sebelum dijual.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zainal Abidin Azim, ketika diminta mengulas perkara itu berkata, dalam beberapa siri pemeriksaan dan serbuan, peniaga terbabit segera melarikan diri sehingga sanggup meninggalkan barang jualan mereka.

"Peniaga haram Myanmar itu tidak mementingkan barangan jualan mereka kerana ia diperoleh secara percuma (dari tong sampah), malah kerugian yang ditanggung juga sifar," katanya.

Menurutnya, kumpulan terbabit juga sering bergaduh sesama sendiri kerana berebut tapak jualan yang terhad di bahu jalan sempit yang sentiasa sibuk dengan kenderaan lalu lalang," katanya.

SYUKRAN: A look Inside The Kaba

Alhamdulillah.. dapat jugak kite tengok 'isi' Kaabah. Moga2 satu hari nanti dapat melawatnya



Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil-Copy Paste

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA…


Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama
anda
disini kerana ianya amat penting:

>Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
>berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
>Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
>
>Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
>mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
>Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
>dilahirkan.
>
>Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
>Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
>bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
>kepada bayi yang dikandung itu.
>
>Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
>memperbetulkan keadaan?
>Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
>sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
>mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
>
>Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
>Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
>itu tidak sah.
>
>Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
>Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
>untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
>
>Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
>anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
>perempuannya sendiri?
>Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
>
>Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
>(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
>yang sewajarnya?
>Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
>sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
>
>Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
>apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
>tepi kain sendiri?
>Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
>tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
>memperbetulkan
>keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
>tidak
>sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
>
>Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang
>serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan
>Imam/ustaz
>sekiranya perlu.
>
>mafhumnya:
>Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
>matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
>sekalian
>alam".

Monday, July 21, 2008

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari
para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam
sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu
panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang
selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud
'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia
guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada
manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA
SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN .

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....

Thursday, July 17, 2008

Lagi DIY



CHANGE RADIATOR COOLANT -WAJA

Salam, dari t_trax

INTRO:-
Hari ini kita akan belajar utk menukar Radiator coolant
Kos Radiator coolant RM17 (original proton 1 llitre).

TOOLS:-
- x de

TEMPOH PEMASANGAN:-
- 2 Minit

CARA-CARANYA:-

1. buka skru radiator. air akan keluar...

2. Buka penutup radiator. keluarkan tangki spare dan cuci

3. masukkan sedikit radiator coolant kedlm tangki spare

4. masukkan kembali skru. isi air & campurkan coolant sampai penuh tangki radiator.

5. hidupkan enjin, tambahkan air ke dlm tangki. biarkan enjin hidup bagi memastikan
air masuk ke liang2 water jacket dlm enjin, jika kurang tambahkan air.

6. Setalah pastikan air sudah mencukupi, tutup penutup radiator

SELESAI....



ok. selamat mencuba...

COOLANT PROTON 1 LITRE

SKRU BUANGAN AIR RADIATOR

SKRU BUANGAN AIR RADIATOR

SELESAI TUTUP KEMBALI PENUTUP RADIATOR

Tuesday, July 8, 2008

Politik Minyak

Politik Minyak



Monday, 07 July 2008 16:12

Oleh Husam Musa

Menaik atau menurunkan harga minyak, adalah pertimbangan politik.

Harga minyak dunia tidak akan terkejar, jika Negara ingin mengikut paras harga dunia. Waktu tulisan ini ditulis, ia sudah mencecah USD 146 satu tong. Sudah USD 11 lebih tinggi berbanding semasa Kerajaan mengumumkan kenaikan terakhir pada 5 Jun lepas.

Pilihan adalah samada untuk melindungi ekonomi Negara kita dan kesejahteraan rakyat atau mengejar harga dunia.

Oleh kerana Negara kita mempunyai minyak sendiri dan minyak yang kita keluarkan mencukupi untuk memenuhi keperluan kita sendiri, kita boleh memutuskan diri kita dari kenaikan harga minyak dunia. Kita tidak perlu terikut dengan harga dunia untuk menentukan harga domestik.



Untuk memudahkan pemahaman, kita andaikan semua keperluan dalam Negara menggunakan minyak yang kita sendiri keluarkan. Kita keluarkan 650,000 tong minyak sehari pada hari ini. Kita gunakan 500,000 tong. Kita masih mempunyai baki 150,000 tong sehari.

Setinggi mana pun harga minyak dunia meningkat, kita tidak perlu risau kerana harga yang kita kenakan untuk diri kita sendiri dari minyak perut bumi kita sendiri, boleh, secara teorinya, dipisahkan dari kenaikan dunia. Kecuali, keluaran kita kurang dari keperluan kita atau kita seronok mengikut rentak kenaikan harga dunia.

150,000 tong lebihan sehari, untuk satu tahun atau 365 hari ialah 54.750 juta tong. Dengan harga semasa, kita mempunyai lebihan pendapatan kasar seperti berikut;

54.750 juta tong x 150 USD x 3.20 = RM 26.280 billion setahun.

500,000 tong sehari yang kita gunakan , bukan diberi percuma. Kita menjualnya dengan harga RM 2.70 seliter. Satu tong minyak mentah boleh hasilkan 160 liter minyak petrol atau diesel.

Dengan harga RM 2.70 seliter minyak petrol, kita mendapat RM 108 juta dari jualan minyak petrol sehari jika kita andaikan separuh dari 500,000 tong dijual sebagai petrol, sebelum ditolak kos penapisan.

Ilustrasi ini, untuk menunjukkan kita mampu mengekalkan harga yang lebih rendah dari paras harga minyak dunia. Walaupun dalam keadaan sebenar, kita membeli minyak dari luar Negara untuk kegunaan domestik kerana faktor harga yang lebih rendah, tetapi ia dibiayai oleh tong minyak yang kita jualkan dengan harga dunia yang juga tinggi, bahkan lebih tinggi dari harga minyak yang kita beli.

Oleh kerana minyak kita lebih mahal kerana ia lebih berkualiti, itulah sebab kita menjual minyak kita dan membeli minyak dari luar untuk kegunaan domestik. Ertinya, jual beli tersebut tidak akan mengubah ilustrasi awal tadi bahawa kita mampu membiayai keperluan minyak domestik tanpa terikut dengan harga dunia.

Sebab itulah, harga domestik minyak di Negara pengeluar seluruhnya lebih rendah dari harga pasaran terbuka.

Point saya ialah, harga minyak dunia tidak perlu dijadikan ukuran untuk menaikkan harga minyak dalam Negara kita.

Lebih-lebih lagi, faktor politik adalah penyumbang kepada kenaikan harga minyak dunia. Ura-ura serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran, yang mungkin menyaksikan Selat Hormuz tersekat dari laluan keluar minyak Negara Teluk, iaitu 20 % bekalan dunia, akan memaksa harga minyak dunia meningkat lebih tinggi.

Tetapi faktor politik tidak selalunya kekal. Jika keadaan menjadi lebih stabil, ditambah Dollar Amerika mungkin mengukuh semula dan pengeluaran bertambah, harga minyak dunia mungkin boleh turun semula dan ia bukanlah mustahil. Jadi, hujah bahawa kita dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan harga dunia yang dijangka akan melambung tanpa had adalah masih boleh dipertikai.

Ia mungkin fenomena sementara. Dengan itu, kita masih ada beberapa tahun untuk mempertahankan harga yang rendah untuk kesejahteraan Negara sebelum membuat kajian semula.

Bekalan Minyak Negara Habis Tak Lama Lagi

Satu dari hujah yang digunakan oleh Kerajaan bagi mengiyakan kenaikan minyak ialah kerana bekalan minyak Negara akan habis dalam masa yang singkat. Kita perlu sesuaikan diri dengan harga dunia sedikit demi sedikit supaya pada waktu pengeluaran dalam Negara kita tidak lagi dapat menampung keperluan kita, kita tidak terperangkap dengan kenaikan mendadak.

Ada dua isu di sini. Isu pertama, rizab minyak kita tidak akan habis secepat yang digambarkan. Sesekali kerajaan mewar-warkan rizab kita akan habis dalam tempoh tujuh lapan tahun. Selepas didedahkan bahawa mengikut rekod Petronas sendiri, dengan kadar pengeluaran semasa, jangka hayat rizab kita boleh bertahan untuk tempoh tidak kurang dari 20 tahun dengan rizab 6 billion tong.

Sebenarnya, dengan rizab 6 billion tong dengan pengeluran 650,000 seperti sekarang, rizab kita boleh bertahan untuk 25 tahun.

Pada masa yang sama, kita menemui sumber baru minyak. Dalam pengurusan sumber minyak Negara, ada satu istilah iaitu Nisbah Penggantian Simpanan atau Reserves Replacement Ratio (RRR). Buat masa ini, Nisbah Penggantian Simpanan dalam Negara Negara, tak termasuk rizab hasil usahasama Petronas di luar Negara, ialah 1.8.

Maknanya, setiap tong minyak yang kita keluarkan, mempunyai penggantian baru dari penemuan sumber baru yang lebih tinggi iaitu satu perpuluhan lapan kali lebih tinggi.

Petronas dengan bangganya mencatit dalam buku Laporan Tahunannya seperti berikut;

"As at 1st January 2007, Malaysia's total reserves grew by 1.4% to 20.18 billion barrels of oil equivalent (boe) from 19.91 billion boe last year as a result of the continuous exploration campaign undertaken by PETRONAS ……"

Dalam waktu terdekat, kita tidak perlu meresahkan kehidupan ekonomi kita dengan menaikkan harga minyak sedemikian tinggi. RM 2.70 adalah antara harga tertinggi bagi seluruh Negara pengeluar minyak, termasuk Mesir yang mempunyai pengeluaran harian yang jauh lebih rendah, rizab lebih kecil dan kegunaan domestik yang jauh lebih besar.

Mengapa harga Malaysia mesti lebih mahal dari Mesir? Penduduk kita tak seramai Mesir.

Kedua, bagi membolehkan satu kusyen jangka panjang kepada harga minyak kita menjelang habisnya simpanan dalam bumi kita, Negara memerlukan SATU DASAR TENAGA yang lebih komprehensif.

Kita mempunyai sumber gas asli yang jauh lebih besar. Buat masa ini, kita mempunyai tak kurang dari 100 trillion kaki padu dan sumber baru terus dijumpai.

Negara kita belum dipersiapkan sepenuhnya untuk memanfaatkan kedudukan ini. Ini adalah kelemahan perancangan.

Jika kita beralih kepada gas, penggunaan minyak boleh dikurangkan. Lebihan minyak tadi boleh dijual dan Negara akan mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Nanti Kerajaan akan berhujjah bahawa harga gas dunia juga telah meningkat.

Sebab itu, premis utama kita, jika kita ingin teruskan kesejahteraan rakyat, keputusan politik adalah segala-galanya. Jika kita ingin apungkan gas kita sendiri mengikut rentak dunia sedangkan ia adalah untuk kegunaan kita sendiri dari bumi kita, tentulah ia tidak ada penghujungnya. Tetapi jika kita mengenakan harga untuk kegunaan kita dari hasil bumi kita mengikut apa yang kita tetapkan, kita mampu berbuat demikian.

Pada masa yang sama, dengan perkembangan teknologi terkini, lain-lain sumber tenaga seperti solar, boleh dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pada masa depan.



Last Updated ( Monday, 07 July 2008 16:36 )

Monday, July 7, 2008

DIY Rear Skirt

DIY rear skirt

Pemasangan dilakukan 3 hari sebelum cat pagi tadi.......
Alat-alat yang diperlukan untuk pemasangan skirt
1.2 biji screw
2.Double sideded 3M

Alatan cat
1. 1 tin under coat
2. 1 tin clear
3. 1 tin warna kereta(balance hari tu)
4. Sand Paper
5.surat khabar lama

Jeng-jeng gambarnya


Pandangan belakang yang belum dibuat apa-apa lagi....

Pandangan sisi dimana dah di send paper.....

layan under coat dulu satu kali.....

layan warna kereta.......

Dah siap.......

Thursday, July 3, 2008

Rear skirt

Rear skirt akan di install this weeks.
Gambarnya lebih kurang macam dalam gambar di bawah.
Tapi bahagian tengahnya akan dihitamkan.

Wednesday, July 2, 2008

Koleksi Keychain

Kenalilah Siapa dia?

Siapa Wanita ini?

dari SMS diterima sila forwardkan untuk pengetahuan umum.





Anda Kenal perempuan ini? Dia ni la imam wanita yg mengimamkan sembahyang di dlm gereja di mana makmumnya bukan sahaja perempuan malah terdiri dari org lelaki. Dia ni juga memutar belitkan agama Islam. malah cuba menyamakan semua agama.

die ni la Dr. Aminah Waduk antara pengasas fahaman Islam Wahabi (Islam moden la kununnyeee...!!!!!!!) utk pengetahuan korang semua fahaman ni sudah pun sampai kat Malaysia. ape la nak jadi...sudah lah jadi

sekarang bukan mainan lagi berwaspadalah zaman moderate ni...

Taksub artis rosak remaja

Taksub artis rosak remaja

Selebriti, sistem keluarga faktor nilai golongan muda merosot: Kajian

LONDON: Sikap mementingkan kebendaan, taksub kepada selebriti dan keruntuhan sistem kekeluargaan adalah faktor menyumbang kepada kemerosotan nilai golongan muda.

Satu laporan menyatakan, remaja kini mempelajari mesej tidak sihat seperti keperluan memiliki tubuh badan sempurna dan menilai kejayaan dari segi memiliki barang berbentuk material. Pada masa sama, ibu bapa melayan anak seperti 'hak milik' dan tidak begitu menghargai mereka atau kehidupan berkeluarga sepenuhnya.

Laporan berdasarkan siasatan oleh badan kebajikan Children's Society, mendapati dua pertiga daripada 1,176 orang dewasa yang ditanya menyifatkan nilai hidup dipegang remaja hari ini tidak sebaik seperti mereka ketika muda.

Tujuh daripada 10 responden berkata, nilai kemasyarakatan di kalangan golongan itu pada hari ini tidak sesihat dulu. Lebih separuh berasa ada lebih banyak konflik di antara dewasa dan kanak-kanak hari ini.

Cuma satu pertiga berasa tingkah laku remaja di kawasan kejiranan mereka kebanyakannya positif. Pakar yang memberikan bukti kepada badan siasatan berkata, keluarga adalah pusat pembentukan nilai, selain sekolah dan masyarakat.

Mereka menekankan bahawa ibu bapa perlu menetapkan sempadan jelas bagi anak mereka untuk membantu golongan itu membezakan yang baik dan buruk. Golongan remaja juga perlu mempunyai peluang membangunkan keupayaan sendiri.

Namun, pakar memberi amaran pandangan masyarakat mengenai remaja 'selalunya negatif' dengan golongan dewasa menganggap mereka sebagai 'masalah yang perlu diselesaikan'.

"Golongan profesional menunjukkan remaja kerap dinilai sebagai hak milik ibu bapa mereka, berbanding individu yang perlu mendapat perlindungan dan penghormatan sama seperti orang lain," menurut laporan.

Beberapa pakar mengadu mengenai 'penekanan ketara yang diberikan ke atas kekayaan material dan pencapaian, berbanding gaya hidup sederhana dan hubungan rapat.'

Laporan menyebut: "Profesional yang memberi reaksi kepada siasatan menegaskan remaja mempelajari kebanyakannya daripada orang dewasa dan meluahkan kebimbangan mengenai bagaimana aliran tertentu dalam masyarakat memberi kesan kepada nilai yang dipelajari golongan muda.

"Sikap mementingkan material, taksub dengan selebriti dan kemerosotan sokongan daripada masyarakat dan keluarga semuanya disifatkan sebagai faktor negatif."

Pakar turut meluahkan kebimbangan mengenai 'mesej cetek' yang diperoleh golongan berkenaan menerusi media dengan seorang daripadanya berkata, ada 'tekanan untuk menjadi sempurna' dari segi bentuk tubuh dan kejayaan 'dinilai dari segi pemilikan harta benda.' � Agensi