Photobucket

Thursday, July 31, 2008

Kembali ke rahmatullah



Pada tanggal 22 July 2008,hari Selasa iaitu jam 19:15pm terima satu panggilan dari Imah mengatakan tok tak bangun tidur bila dikejutkan.Panggilan tersebut dijawap oleh my wife dan mengambil keputusan untuk pergi melihat di Bandar Baru Bangi.Kami sekeluarga pun bergegas bersiap untuk kesana dan hanya sediakan bekalan susu untuk anak-anak sahaja.Dalam perjalanan ke Bandar Baru Bangi iaitu lebih kurang 1KM ,bukalah radio IKIM,pada waktu tu lagu “selimut putih” berkumandang.Hati dan perasaan dah tak sedap waktu tu.Kereta terus bergerak jauh dan mengambil keputusan call sekali lagi untuk mengetahui berita selanjutnya waktu itu dah melalui di hadapan TESCO.Panggilan dari wife dijawap dan bercakap dengan kakak sendiri,dimana satu berita mengejutkan sampai ketelinga dimana Mak dah tak ada di dunia.Waktu mengetahui berita tersebut sungguh mengejutkan dan amat sedih sekali sehingga nak keluar airmata.Itu hanya dapat ditahan sahaja. Kakak dah maklumkan kepada Doktor dan mengesahkan Mak dah takder lagi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya.

Rasa baru semalam baru jumpa dengan Mak iaitu pada hari Sabtu 19 July 2008.Mak berada di Bandar Baru Bangi dah 2 minggu lebih.Pada hari Sabtu takder apa kelakuan yang pelik dari Mak dan hanya bermain dengan cucunya seperti biasa.Mak sebenarnya takder sakit apa pun samaada darah tinggi,kecing manis dan lain-lain lagi.
Tapi dengar cerita dah 2 ke 3 hari merungut nak balik kampong.
Sesampai di Bandar Baru Bangi sudah masuk waktu Maghrib.Ketika memasuki rumah terlihat jenazah mak dah ada di ruang tamu diselimuti kain putih.Lepas sahaja sembahyang Maghrib saya dan anak telah pergi ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membuat laporan kematian dan mengambil permit pengkuburan sebelum bawa jenazah pulang ke kampung.Setelah selesai sahaja laporan diambil anggota polis telah membuat pemeriksaan ke rumah.

Saya terpaksa balik semula ke rumah di BTK ,dimana terpaksa mengambil pakaian dan segala kelengkapan anak –anak untuk balik kampung setelah urusan jenazah selesai.Sewaktu membuat persiapan terima satu panggilan dari Mat supaya mengambilnya di stesen komuter UKM.

Dalam jam 22:00pm sampai di rumah Bandar Baru Bangi bersama Mat dimana dah ramai tetamu datang termasuklah sanak saudara yang berada di sini.Waktu itu jenazah tengah dimandikan oleh anak cucunya sendiri dan diiringi oleh Ustazah .
Setelah selesai dimandikan kami anak cucu mengangkat jenazah untuk dikafankan dan seterusnya disembahyangkan.Dalam jam 23:59pm Jenazah telah dibawa dengan Van Jenazah UKM ke kampung Undang dengan diiringi oleh Mat dan Aus.

Jenazah telah selamat sampai lebih kurang jam 5:00 pagi di kampung.Kami bertolak lewat 2 jam kerana terpaksa menguruskan bekas mandian jenazah ke surau dan terpaksa rehat sekejap kerana nak memandu kenderaan.Kami bertolak dengan 2 buah kenderaan dan sepanjang perjalanan alhamdulillah semuanya selamat dan tiba dikampung hampir jam 9:00am.

Waktu ini jenazah dah nak ditutupkan mukanya dan dimasukkan ke dalam keranda serta melakukan sembahyang jenazah sekali lagi dikampung sebelum dikebumikan.Jenazah telah dibawa dengan lori sehingga ke tanah perkuburan.Disitu penuh dengan sanak saudara dan rakan taulan.Jenazah selamat dikebumikan dengan lancar sehingga habis bacaan doa.Tahlil telah diadakan selama 3 malam berturut-turut sebelum pulang balik ke Kuala Lumpur.

Kita doakan supaya Arwah Mak berada ditempat golongan yang baik-baik.AMIN.
Al-Fatihah.

No comments: